Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

17 Disember 2012

Aku dan PERMATApintar 2012


Dah lebih 2 minggu anakku di kem PERMATApintar.
Kalau 2 tahun dulu,
setiap hujung minggu aku boleh datang melawat.
Tapi tahun ini hanya sekali sahaja.
Hari Sabtu 15hb.
9 pagi hingga 6.30 petang.
Hari lain tak boleh.
Jadual penuh pagi sampai ke malam.

Tahun ini anakku tak meragam.
Takda telefon setiap hari.
Takda menangis nak mintak balik.
Dia seronok di sana katanya.
Kawan2nya ramai.
Cikgu2nya bagus2.
Para pembantu muridnya pun bagus.
Subjek pelajarannya pun menyeronokkan.

Pukul 10.00 pagi aku ambil dia di asrama.
Dan pukul 6.00 petang aku pulangkan balik.
Bawak dia jalan2 sekitar UKM/Bangi.
Terubat sedikit rindu dengan anak bungsuku.
Hujung minggu ini kem akan berakhir.
Ada perjumpaan dengan cikgu2 yang mengajarnya.
Boleh tanya pasal perkembangan anak.
Boleh tanya apa yang telah dipelajari.
Boleh tanya apa prospek masa depannya.

Jadi hujung minggu ini kena ke Bangi lagi nampaknya.
Banyak lagi kedai2 makan yang aku belum cuba.

Kuih coklat hasil buatan anak bujangku

2 ulasan:

  1. Dengan peruntukan yang banyak seperti mana Doc ceritakan dulu, memang wajarlah anak2 terpilih ini mendapat yang terbaik.

    So, Fareed lagilah nampaknya yer Doc?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Macam gitulah kira2nya.
      Wife sekarang belajar jadi usahawan.
      Jual kat kawan2.
      Jual kat saudara.
      Jual kat FB.
      Beli 10 helai, 6 helai dah jual dah.

      Padam