Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

04 Disember 2012

Aku dan program PERMATApintar

Tujuan utama aku ke Bangi,
menghantar anak bungsuku ke program ini.
Perkhemahan cuti sekolah PERMATApintar.
Ini kali kedua dia dapat menyertainya.
Berbaloi ke tidak,
ini aku nak cerita.

Sebenarnya tak ramai yang tahu pasal program ini.
Pada awalnya aku pun tak berapa tahu tujuan program ini.
Ini program naungan Datin Rosmah Mansur.
Program membazir dan menghabiskan duit rakyat.
Program nak menaikkan nama sendiri.
Tapi bila wife beriya2 suruh anak2ku mencuba,
aku ikutkan sahaja.

Semalam aku berkesempatan mendengar taklimat daripada mereka.
Pengarah dan barisan pekerja mereka orang2 hebat belaka.
Ada juga doktor daripada John Hopkin turut sama.
Program seperti ini telah dimulakan di US 30 tahun yang lalu.
Tapi di Malaysia baru 5 tahun usianya.
Program untuk mengenalpasti budak2 pintar.
Program untuk membantu budak2 pintar mengembangkan idea mereka.

Program ini dibawah kendalian Jabatan Perdana Menteri.
Dinaungi oleh Datin Rosmah Mansur yang vogue tu.
Bukannya Kementerian Pelajaran,
bukannya Kementerian Pengajian Tinggi,
bukannya kendalian UKM.

Untuk mencari pelajar pintar,
satu ujian IQ dijalankan terlebih dahulu.
Ini dinamakan ujian UKM-1.
Soalannya adalah setara.
Sama sahaja untuk semua peringkat umur.
Pelajar berusia 9-15 tahun digalakkan mengambilnya.
Menjawab soalan2 melalui sistem online. 
Boleh dibuat bila2 masa.
Emak bapak nak tolong jawabkan pun boleh.

Selepas ujian ini, ada satu lagi ujian saringan.
Ujian IQ UKM-2 namanya.
Hanya segelintir sahaja yang layak untuk mengambil ujian ini.
Ianya dijalankan di pusat2 yang disediakan.
Dan dipantau oleh penyelia2.
Jadi emak bapak tak boleh nak tolong.
Kalau di Singapura, ujian ini berbayar.
Seorang sekitar SGD 350.00.
Tapi di Malaysia ianya masih percuma.
Pembayar cukai yang membayarnya.

Keputusan ujian UKM-2 inilah dapat mengenalpasti kepintaran seseorang.
Kebanyakan yang terpilih mempunyai pemikiran 2-3 tahun 
lebih matang berbanding usia sebenar mereka.
Aku difahamkan,
kerajaan membelanjakan kira2 RM 15 ribu ringgit seorang
untuk program selama 3 minggu ini.

PERMATApintar telah ada bangunan sendiri.
Siap dengan kemudahan asrama sekali.
Tapi masih belum siap sepenuhnya.
Dan kali ini penyertaan adalah paling ramai.
770 orang termasuk 8 orang pelajar antarabangsa.
Anak bungsuku salah seorang daripadanya.

Ini kali kedua anak bungsuku menyertainya.
Dan kali ini dia lebih bersedia.
Kali ini dia dah lebih matang.
Takda asyik telefon nak balik sahaja.
Aku hanya dibenarkan melawatnya sekali sahaja.
Aku juga tidak boleh menghubunginya selalu.

Semasa taklimat ada seorang bapa bertanya,
bagaimana dengan perkembangan rohani mereka?
Kenapa hanya unsur2 sains dan teknologi yang diberatkan?
Kenapa hanya usahasama dengan universiti di US sahaja?

Sebagai seorang pembayar cukai tegar,
aku bersyukur kerana anakku terpilih menyertai program ini.
Setidak2nya aku tahu kemana duit aku dibelanjakan.
Untuk jangka panjang,
aku masih tak tahu kemana arah tujuan program ini.
Apa akan jadi seterusnya bila anak2 ini dah besar nanti?
Mudahkah nak masuk universiti di luar negara?
Mudahkah nak dapat kerja di dalam negara?
  


5 ulasan:

  1. bagus entry ni, aku baru tau bila baca entry nih, lagi 2 tahun leh suh anak cuba la
    mau google sebentar lagi

    BalasPadam
  2. tahun depan nak suruh anak yang no empat tu cuba lah ....

    thanx for the info's

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ujian UKM 1 biasanya antara Mei-Julai.
      Ujian UKM 2 bulan September.
      Rajin2 semak laman web dia yg jarang diupdate tu.

      Padam
  3. Mohon jangan bercakap benda yang buruk tentang program ini, sya sndiri telah join program ni, dan ia mmang sgat dipenuhi dgan aktiviti2 kerohanian di sini, stiap malam d antara solat maghrib dan isyak, sentiasa ada tazkirah yg dberikan. Sbnrnya program ni bnyak mmberi manfaat kpda plajar, sprti saya sndiri, untuk jngka masa pnjang, program ni mmg mmbantu plajar utk lbih cmrlang d pringkat universiti, sbb kursus2 yg dtawarkan adalah kursus universiti thun 1, jdi plajar ada basic bila nak msuk uni.

    BalasPadam