Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

05 Disember 2012

Aku di Colmar Tropicale Bukit Tinggi

Akhirnya sampai juga aku ke sini.
Dah bertahun menyimpan hasrat,
hujung minggu lepas baru aku sampai.
Lokasinya kira-kira 55 km daripada Kuala Lumpur.
Termasuk melalui jalan berliku dan menaiki bukit
daripada Lebuhraya Karak sejauh 10km.

Aku tiba kira2 jam 3.30 petang.
Suasananya agak sejuk dan redup.
Pengunjung pun tak ramai.
Proses check in agak pantas.
Aku ambil Family Room.
Ada dua katil besar dan dua bilik air.
Sesuai untuk 5 orang sekeluarga.


Paling menarik di sini ialah bangunannya.
Di tengah hutan belantara,
ada bangunan secantik ini.
Rekaannya sangat unik.
Tak terasa seperti berada di Malaysia.
Lagipun staf di sini hampir semuanya non-Malaysian.
Yang jaga kaunter depan, warga Filipina.
Yang tolong angkat beg, warga Bangladesh.
Yang jadi jaga, warga Nepal.
Yang ambik order di restoran, warga Bangladesh lagi.
Yang buat persembahan di pentas, warga China.
Yang buat kerja maintenance, warga Indonesia.
Tak nampak pun bangsa sendiri bekerja di sini.
Siapa patut dipersalahkan?
Warga sendiri yang tak suka buat kerja2 sebegini,
atau majikan yang lebih suka menggaji warga asing? 


Ada banyak restoran di sini.
Namanya semua pelik2.
Susah juga aku nak sebut.
Tapi jual makanan biasa2 sahaja.
Ada kedai jual kek dan pastri,
ada kedai jual makanan barat,
ada kedai jual makanan Malaysia,
ada kedai jual ayam panggang.
Tapi harganya setaraf di luar negara.
Mee Hoon Sup RM19.00,
Air Tin RM6.00,
Ayam Golek seekor RM68.00.
Walaupun aku dah buat persiapan awal.
Stok Maggi, telur, roti, air berperisa, buah2an,
tapi malam masih kebulur jugak.
Nak kena cari nasi jugak.

Selain bergambar sepuas hati di sekitar hotel,
banyak aktiviti lain boleh dilakukan.
Pada waktu malam,
ada persembahan ala sarkis di pentas.
Kalau nak main pool pun boleh.
Kalau nak main video games pun boleh.
Satu token berharga RM 2.00.


Walaupun biliknya bersih dan luas,
aku tak terasa sejuknya.
Air condnya macam dah lama tak diservis.
Tapi katil dan tilamnya sangat selesa.
Anak2 pun terasa seperti berada di rumah.
TV pula masih tv jenis lama.
Bukannya LCD yang lekat kat dinding tu.
Nyamuk pun agak banyak jugak.
Maklumlah dikelilingi hutan.
Sarapan paginya biasa2 sahaja.
WiFi pun kena bayar.

Secara keseluruhannya,
aku puashati dengan pengalaman di hotel ini.
Tapi kalau datang lagi,
aku nak ke hotel yang lebih mahal disebelahnya.



3 ulasan:

  1. dah lama juga teringin nak pegi ...tp makanan camtu punya harga....mahal tak room kat sana

    BalasPadam
    Balasan
    1. Makanan memang mahal.
      Kos pengangkutan naik bukit kena kira.
      Harga bilik paling murah dah 300++.
      Kalau nak ke sini,
      kena bawak makanan berat siap2.
      Rice cooker kena bawak.

      Padam
  2. True, nak makan lah yang susahnya kat sini. Kalau sekadar nak menikmati suasana lain dari Malaysia dan tenangkan jiwa, bolehlah kot. Saya tidur 2 malam kat sana...not bad juga. Cuma tu lah, next time nak kena seludup masukkan rice cooker dan lauk pauk.

    BalasPadam