Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

04 Disember 2012

Aku ke Kuala Gandah Elephant Sanctuary


Cuti Raya Haji tempohari,
aku dah ke Pahang.
Tetapi perjalananku hanya separuh jalan.
Jadi sebelum aku ke Bangi,
aku menyambung semula percutianku di negeri Tok Gajah ini.
Melalui laman web ini,
baru aku tahu tentang kewujudan pusat perlindungan ini.
Bukan untuk manusia,
tetapi untuk gajah.

Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah.
Jauh tersorok di dalam hutan.
Kalau tak kerana ada dalam GPSku,
dah lama aku berpatah balik.
Jalannya kecil, lengang dan bengkang-bengkok.

Aku sampai kira2 jam 2.30 petang.
Ramai pelancong asing juga tempatan aku lihat.
Masuk adalah percuma.
Lebih bagus kalau mendaftar di kaunter depan.
Bolehlah masuk dalam statistik mereka.
Bolehlah mereka mintak bajet lebih tahun depan.

Mula2 aku masuk bilik tayangan video dulu.
Suasana macam dalam panggung wayang.
Aircondnya pula sejuk.
Boleh terlelap dibuatnya.
Ada video hampir sejam panjangnya.
Mengisahkan kesusahan pihak Perhilitan nak menyelamat
dan memindahkan gajah2 yang telah tersesat.
Kalau rasa kerja ofis dalam aircond tu dah membosankan,
bolehlah apply kerja dengan Perhilitan.
Masuk keluar hutan berhari2 lamanya.
Mencari dan menyelamat gajah yang kebingungan.
Nyawa semestinya menjadi taruhan.
Kerana emosi gajah berbeza dengan emosi manusia.


Selepas menonton tayangan video,
boleh pula melawat dan membaca carta2 
di muzium kecil mereka.
Banyak yang boleh dipelajari di sini.

Selepas itu barulah masuk ke hutan.
Melihat gajah2 yang telah dianak angkatkan.
Boleh menonton sedikit persembahan daripada mereka.
Boleh juga memberi mereka makan.
Boleh juga memandikan mereka kalau kena waktunya.

Sepanjang bersama2 gajah,
kita akan mendengar penerangan 
tentang sejarah hidup gajah2 yang ada.
Bagaimana mereka dijumpai,
berapa usia mereka,
apa kelebihan2 mereka,
apa makanan kegemaran mereka.

Walaupun cuaca panas terik,
hatiku sejuk melihat telatah dan gelagat anak2 gajah.
Kalau boleh bawak balik,
nak aku ambil satu untuk dianak angkatkan.
Kesan pembangunan kehidupan manusia,
mengecilkan lagi habitat gajah,
seterusnya mengurangkan lagi bilangan mereka.

Baca seterusnya di sini


3 ulasan:

  1. Memang seronok. Cuma sayangnya, acara menunggang gajah dan mandi dengan gajah telah di tiadakan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bagus jugak ditiadakan.
      Kalau tidak stress gajah2 tu.
      Asyik kena menghadap manusia sahaja.

      Padam
  2. kalau ko amik gajah jadi anak angkat, tah mana la ko nak sumbat kat umah kan.....pernah nek gajah sekali, best gak hehehehehehe

    BalasPadam