Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

15 Januari 2013

Aku dan 14 Januari

Genap 13 tahun yang lalu.
Pada pagi hari Jumaat penuh berkat.
Aku sendiri yang menyambut kelahiranmu.
Sang Puteri kesayanganku.
Syukur Alhamdulilah.
Kelahiranmu dipermudah.
Membesarkanmu juga mudah.
Kau jarang meragam.
Kau jarang sakit.
Kau jarang minta yang bukan-bukan.


Hari ini.
14 Januari 2013.
Kau masih lagi puteri kesayanganku.
Kerana kau banyak mewarisi tabiatku.
Suka makan dan suka memasak.
Suka tidur jangan dikacau.
Suka menulis juga melukis.
Sangat tekun dalam pelajaran.
Juga langsung tak minat bersukan.

13 tahun melihat kau membesar.
Satu anugerah Allah tidak ternilai.
Kaulah penenang dikala duka.
Kaulah pengubat dikala kecewa.
Kaulah penawar segala masalah jiwa.

13 tahun akan datang.
Pasti kau dah besar panjang.
Pasti kau dah cukup matang.
Pasti kau akan dipinang orang.
Tapi aku masih yakin dan pasti.
Kau tetap puteri kesayanganku.

Selamat Harijadi puteriku.



16 ulasan:

  1. wak pon nk ucap hepi besday wat puteri doczoul tuu..,

    BalasPadam
  2. selamat hari jadi buat puteri kesayangan doktor..semoga dirahmati dan menjadi anak solehah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Kak Acik Erna.
      Terima kasih saling mendoakan.

      Padam
  3. sama baya dengan Nina..
    :)

    happy birthday dear..
    make your dad proud of you..

    BalasPadam
  4. sama baya dengan my Nina

    Happy Birthday dear..
    Make your Dad proud

    BalasPadam
  5. Selamat hari lahir kepada tuan puteri..semoga sentiasa berada di dalam perlindunganNYA.

    BalasPadam
  6. Happy belated birthday buat puteri doc...:)

    sama birthdaynya dgn wife saya...14 jan :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama dengan TYDP Negeri Sembilan punya bday.

      Happy belated bday to your wife ...
      Saya dah baca entri awak.
      Menyambut bday di Cameron Highlands.
      Best tu...

      Padam
  7. Happy Birthday princess. Semoga kejayaan, kebahagiaan dan kegembiraan seiring dengan princess. Amiin.

    P'S : Touching sungguh baca entry ini. Sob..sob...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya kenangkan dia nak masuk asrama.
      Nak pisah dengan keluarga.
      Tu yg rasa touching sikit tu...

      Padam
  8. happy belated birthday sang puteri.......memang touching...terutama ini luahan raSA kasih seorang bapa yg jarang2 dapat didengar atau diluahkan oleh bapa lain...like it!

    BalasPadam