Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

28 Januari 2013

Aku dan 28 Januari

Hari ini hari terakhir kau bersamaku.
Selepas hampir 16 tahun,
ini kali pertama kita akan berpisah.
Kau akan masuk asrama esok.

Kelahiranmu tak sempat kusambut.
Tapi kedatanganmu sungguh dinantikan.
Kau penghubung kasih sayang.
Kau pengerat silaturahim.
Kau menjadi bukti,
cinta agung ayah dan ibumu.


Sebagai anak sulung,
kau contoh terbaik untuk adik-adik.
Cemerlang dalam pelajaran,
cemerlang dalam sukan,
juga pandai memilih kawan.
Kau disukai guru2 disekolah.
Kau rajin menelaah.
Kau jarang membantah.

2 tahun kebelakangan ini,
kau mula menuju keremajaan.
iPod dan Blackberry sentiasa lekat ditangan.
FB dan Twitter dah menjadi kawan,
bolasepak dan futsal menjadi teman.
Namun pelajaran tak dilupakan.


Esok 29 Januari.
Kau akan masuk asrama.
Jauh daripada keluarga.
Jauh daripada ayah.
Namun kau tetap dekat dihati ayah.
Anak ayah dah besar rupanya.
Harap2 dah pandai berdikari.
Harap2 dah pandai menjaga diri.
Harap2 boleh membasuh kasut dan baju sendiri.
Harap2 boleh mengemas katil sendiri.
Dan paling penting,
pelajaran tetap diutamakan.
Cita-cita perlu dikejar,
untuk masa hadapan.

Anak bujangku,
hidup perlu diteruskan.
Cekalkan hati kuatkan iman.
Ini baru permulaan.
Bersusah2 dahulu bersenang2 kemudian.
Ingat pesah ayah tempohari.
Hidup diasrama tidak semudah disangka.
Hidup diasrama tidak sesusah disangka.
Kena pandai membawa diri.
Kena pandai bertolak ansur.
Kena pandai membahagikan masa.
Kena pandai memilih kawan.
Kalau rasa bosan dan kesunyian,
bacalah Al-Quran atau sembahyang sunat.
Hujung minggu nanti ayah datang melawat.


Baca pengalaman aku duduk asrama di sini.




1 ulasan:

  1. Saya rasa touching lagi.... Doc nie, suka tau.

    BalasPadam