Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

25 Januari 2013

Aku dan Doktor Jual Bayi


Doktor Jual MC. Biasa dengar.
Doktor jual ubat batuk. Biasa dengar.
Doktor jual ubat tidur. Biasa dengar.
Doktor jual bayi?
Dah makin kerap didengar.
Kalau fikir nak untung dan nak cepat kaya,
doktor boleh jadi penjenayah paling keparat.
Patut dilaknat dunia dan akhirat.


Ramai pasangan yang sanggup buat apa sahaja.
Untuk dapatkan zuriat sendiri.
Kaedah perubatan semua dah buat.
Ujian darah dah beberapa kali buat.
Ujian air mani pun dah buat.
Ujian ultrasound pun dah buat.
Pil subur pun dan jelak memakannya.
Berurut dan memakan akar2 kayu pun sudah.
Berpantang macam2 pun sudah.
Cuma IVF sahaja tak mampu nak buat.
Jadi mereka pun guna kaedah ini.
Kos pun lebih kurang sama sahaja.
Tapi boleh pilih hasilnya.
Yang lelaki atau yang perempuan.
Yang putih ataupun yang sawo matang.
Yang cerah ataupun yang hitam manis.

Dan ada juga doktor yang kecundang.
Demi wang ringgit dan kekayaan segera,
mereka tolak ke tepi batas2 dan hukum-hakam.
Kalau ada bakal ibu datang klinik,
terutama yang belum sah taraf,
dan boleh dipujuk dengan duit,
segala2nya boleh diatur.
Bila lahir,
doktor boleh keluarkan surat kelahiran,
boleh tolong daftar atas nama sapa2 pun.
Bukan ibubapa pun boleh jadi ibubapa sah.
Muslim ke non-muslim,
halal atau haram,
salah atau tidak,
semuanya main langgar sahaja.
Yang penting boleh untung ribu2.


Kat JB dulu pernah berlaku,
seorang doktor perbidanan.
Dapat jadi ADUN sepenggal.
Tapi hilang segala2nya selepas itu.
Dia mengaku salah.
Mengeluarkan sijil kelahiran palsu.
Seumur hidup dah tak boleh praktis.
Cuma tak kena masuk penjara sahaja.
Maklumlah bekas ADUN.

Kes jual bayi ini bukan kali pertama.
Tapi kes ini khabarnya paling besar. 
Tak salah membela anak angkat.
Tapi didokumen sebagai anak sendiri itu salah besar.
Undang2 dunia juga undang2 agama.
Seluruh keturunan menanggung akibat.
Inilah dunia akhir zaman.


4 ulasan:

  1. Wang ringgit, kekayaan memang mampu melumpuhkan iman dan akal.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semoga kita tidak mudah terperdaya.
      dengan bisikan syaitan!
      Amin.

      Padam
  2. pstt...adun tu siapa ya, nak google cerita dia,,mungkin time tu saya lum dok johor kot, tak perasan cerita adun tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. dulu ada satu pusat bersalin di BBU.
      ada 2 doktor kat sana.
      satu drpnya aktif politik.
      dan dapat jadi ADUN.
      budaya politik cantas mencantas.
      ada orang bukak kes lama dia.
      dia tolong dptkan surat beranak utk satu pasangan.
      camna cerita sebenar saya kurang pasti.
      tapi rasanya bukan satu kes sahaja.
      byk kes yang dia tolong.
      dia mengaku sekadar menolong.
      bukannya ambil untung.
      tapi yang salah tetap salah.
      MMC gantung dia seumur hidup.
      pusat bersalin dia pun dah tutup.
      lepas sepenggal jadi ADUN,
      dia terus menghilangkan diri.
      tapi polis tak bukak kes jenayah rasanya.
      namanya tak boleh nak sebut di sini.

      Padam