Aku dan Statistik

Aku dan cerita2 lama:

23 Januari 2013

Aku dan Gila Burger

Malam minggu yang lalu.
Aku tertengok program Majalah 3.
Kisah penjual2 burger.
Kisah penjual Lava Burger.
Kisah tauke Monster Burger.
Burger bukan makanan orang kita.
Tetapi budaya makan burger semakin menular di sini.
Ada sampai sanggup beratur panjang tunggu giliran.
Tunggu berjam2 pun takpda.
Sebab itu orang kita semakin 'sihat'.
Lepas tengah malam pun masih nak makan lagi.
Makan berat2 pulak tu.

Burger Hanif yang simple tetapi sedap

Stall burger ada di mana2 sekarang.
Rasanya setiap 100 meter mesti nampak stall burger.
Kalau dulu cuma ada Ramly Burger,
sekarang dah macam2 jenama.
Dan orang2 kita dah semakin kreatif dan inovatif.
Dulu daging burger cuma ada 2 jenis;
ayam atau daging.
Sekarang macam2 jenis daging ada.
Rusa, arnab, kambing pun ada.
Lepas tu boleh tambah macam2.
daging boleh dibungkus telur,
boleh minta double atau triple,
tambah cheese pun boleh.
Nak yang combo berserta kentang goreng pun boleh.
Sos pun dah macam2 warna.
Sayur2 pun dah macam2 jenis.
Salad, kobis, carrot, bawang.
Saiz pun dah semakin membesar.
Sebesar padang bola pun ada.
Sekali makan beribu2 kalori sekali masuk.
Juga paling baru; kegilaan burger bakar.
Daging burger dibakar di atas arang,
bukannya goreng atas kuali.

Aku ada warung burger favorite aku.
Dekat aje dengan kedai aku.
Taukenya juga bekas mekanik kereta2 aku.
Resepi burger dia pun aku dah tahu.
Daging burgernya dibelah dua semasa digoreng.
Lepas tu dibubuh rempah kari.
Juga air bawang putih dan serbuk lada hitam.
Jadi dagingnya sangat sedap dikunyah.
Sosnya pula triple.
Merah, hitam juga putih.
Harganya baru 2 ringgit setengah.
10 minit sebelum tutup kedai,
aku order guna telefon.
Balik kerja tinggal ambil sahaja.
Tak payah tunggu lama2.

Dulu rajin juga cari Prosperity Burger di McD.
Tapi semenjak isu boikot-memboikot produk Israel,
aku dah lama berhenti pergi ke sana.
Tapi aku dah dapat penggantinya.
Aku pun boleh order Burger Oblong Black Pepper di stall biasa aku.
Harga pun baru 4 ringgit kalau tambah Cheese.

Burger Bakar O-Nan

Aku juga pernah try burger bakar.
Dagingnya agak tebal.
Jadi perlu dibakar lama sikit.
Jenuh juga menunggunya.
Kalau tidak dalamnya kurang masak.
Harganya pun dah 6 ringgit setengah satu.
Tapi bila dimakan rasanya lebih kurang sahaja.
Jadi padaku taklah berbaloi.
Dari segi masa juga wang ringgit.
Yang di dalam Majalah 3,
daging2 burger dikukus dulu sebelum dibakar.
Jadi dagingnya betul2 masak.
Luar dan dalam.

Tabiat aku makan burger,
aku makan selapis demi selapis.
Maksudnya daging dan roti dimakan berasingan.
Aku tak makan sekaligus.
Macam pelik aje tapi tekakku suka begitu.

Aku dah beli peralatan untuk buat burger sendiri.
Di Kedai Cowboy di Kulai Centerpoint.
Kuali leper, sudip dan segalanya.
Daging burger pun dah beli.
Anak2 yang tolong membuatnya.
Dapur habis bersepah.
Dan hasilnya,
masih tak boleh lawan yang dikedai punya.

Kesimpulannya,
sokonglah penjual2 burger tempatan.
Makanlah burger selalu.





5 ulasan:

  1. huhuhu...saya pakai kuali yg biasa je kak..janji dpt masak burger..ekekek...kat JB ni dah mula nak sama mcm kl jual beger2 nih...promosi kene kuat je la..

    BalasPadam
  2. hahaha...kesimpulan yang baik...(ingatkan nak ckp: kurang2kan lah makan kalori byk2 tu...)

    BalasPadam
  3. sokong juga burger Malaysia.

    tapi Carl's Jr tetap di hati.hehe

    BalasPadam
  4. Sokong burger Malaysia juga. Tapi burger bakar tu, saya sependapat juga. Cuma saya tak makan burger selapis2, kecuali burger tu double stack dan x muat mulut.

    BalasPadam
  5. salam, bro, kat mana burger yang best kat kulai tu..saya pon orang kulai, nak jugak test burger best nih..

    BalasPadam