Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

13 Januari 2013

Aku dan Projek Hari Ini

Sejak 5 tahun yang lalu.
Wife dah suruh upgrade gajet di bilik air.
5 tahun telah pun berlalu.
Aku buat2 tak dengar sahaja.
Wife aku pun dah kenal sangat denganku.
Aku memang 'out' kalau bab tukang menukang.
Sepanjang 5 tahun ini,
satu persatu kepala paip mula rosak.
Kepala2 paip yang dipasang oleh pemaju,
semuanya buatan kurang bermutu.
Asal ada sahaja.
Selang beberapa lama,
dah rosak.
Dan sepanjang 5 tahun ini,
kami gunakan apa yang ada sahaja.

Hari ini harijadi wife aku.
Dan sempena harijadinya,
aku panggil seorang plumber.
Aku suruh ganti semua kepala paip,
upgrade sinki dan shower-head di bilik2 air.
Plumber ni sangat special.
Kena ambil 2 minggu untuk dapatkan appointment.
Plumber ni sibuk aje memanjang.
Kerjanya tak pernah habis.

'SEBELUM 13 JAN'

Plumber ini sangat professional.
Dalam kereta buruknya,
segala spare parts ada.
Daripada yang sekecil sehingga sebesar2nya.
Peralatannya pun cukup serba-serbi.
Dan dia kerja seorang diri sahaja.

Plumber ni sangat2 teliti kerjanya.
Sepanjang petang aku temankan dia buat kerja.
Sambil bekerja mulutnya tak henti2 bersyarah.
Macam2 ilmu dan trick diajarnya.
Kalau sesuatu benda tu tak berapa bagus,
dia beritahu aku.
Kalau boleh modify, dia modified.
Kalau nak kena tukar, dia tukar.
Dia sanggup balik ke kedai aku beli sinki.
Semata2 nak tukar part yang kurang bermutu.
Dia kata pasang memang boleh pasang.
Tapi tak boleh tahan lama.
Kerana air akan bertakung dalam sinki.
Kalau plumber lain,
mereka sekadar pasang dan tinggal.
Yang lain kemudian cerita.
Inilah istimewanya plumber ini.
Dia akan pastikan tiada langsung masalah selepas dipasang.

'SELEPAS 13 JAN'

Aku tengah buat appointment baru.
Air tangki tak kuat tekanannya.
Air di shower tak cukup power.
Dia kata tak payah beli water pump.
Dia kata tak payah susah2 nak wiring.
Dia kata dia boleh modify.
Tekanan air akan bertambah 2 kali ganda.

Aku suka berkenalan dengan orang2 seperti ini.
Orang yang bekerja sepenuh hati.
Orang yang bekerja bukan kerana gaji semata2.
Orang yang bekerja bukan kerana duit dan untung sahaja.
Tak ramai orang sepertinya.
Sebab itu aku kata plumber ini istimewa.
Dan aku juga berani kata,
dia juga manusia istimewa.



6 ulasan:

  1. Orang yang ikhlas bekerja biasanya memang tak lokek ilmu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pun sedang mencuba menjadi sepertinya.
      Tapi lain bidang.

      Padam
  2. mmg susah nak carik org yg sgt passionate ttg kerjanya..org2 macam ni sgt 'rare'

    seperti seorang kontraktor aku ni berbangsa cina...buat kije sorang2, berbulan2 nak siap tapi hasil kerja cukup memuaskan..

    yg aku upah kontraktor kabinet org melayu, aku yg bagi design kabinet, dia sekadar melukis dgn lebih cantik (tak gunakan CAD pulak)..bila aku mintak salinan, dia kata copyright so kena byr RM500..so, aku ckp takpe, cuma bila habis kije, semua kena bagi balik..bila siap, cuma 80% je yg ikut gambaran..pelik aku dan kos naik 30%..mmg aku tak panggil dia balik la..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya dah serik berurusan dengan bangsa sendiri.
      Niat asal nak menolong bangsa,
      Tapi yang dapat,
      Berbakul2 dosa.

      Padam
  3. Sangat ikhlas dalam mencari rezeki, biasanya murah rezekinya. Ternyata dia bekerja bukan sekadar untuk wang, tapi kerana minatnya.

    BalasPadam

  4. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi kami di:

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Kami memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati di Indonesia. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour dan Bali Muslim Tour.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.

    BalasPadam