Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

27 Januari 2013

Aku dan Kenduri Kesyukuran

Nasi Ambeng: Sayur Goreng, Mee Goreng,
Ayam Kicap dan Kerabu Sayur Kampung
15 tahun lamanya.
Duduk menyewa,
Duduk kuarters kerajaan,
Duduk rumah sendiri,
Duduk rumah taman,
Duduk rumah berpengawal,
Duduk rumah kampung.
Baru ini kali pertama.
Aku buat kenduri kesyukuran dirumah sendiri.
Biasanya tumpang rumah emak,
atau rumah emak mertua.

Kuih-muih dan buah-buahan dihantar jiran2

Kenduri kesyukuran di kampung.
Bermula sekitar jam 8 malam.
Dan berakhir 2 jam kemudian.
Korumnya agak ramai.
Bacaan tahlilnya pun panjang.
Lepas doa bermesyuarat dulu.
Lepas tu baru boleh hidangkan makanan.
Makanan pun Nasi Ambeng.
Semua letak dalam dulang.
Dialas dengan daun pisang.
Tak payah susah2 nak cuci pinggan nanti.
Cuma pakat kat sini tak makan banyak.
Jamah sedikit lepas tu bungkus bawak balik.
Makan di rumah lebih selesa rasanya.
Bagusnya bila semua dibawa balik.
Tak tinggal barang sedikit pun.
Jadi tiadalah pembaziran.

Meriahnya suasana nak balik, macam nak salam dengan YB

Seronoknya buat kenduri di kampung.
Anak2 sedara semua ringan tulang.
Kakak ipar, abang ipar semua datang membantu.
Tukang masaknya pun kakak ipar sendiri.
Bermula dengan menyediakan rencah,
menyediakan kelengkapan,
memasak makanan,
menyiapkan hidangan,
mengemas dan mencuci pinggan mangkuk,
semuanya siap dalam pakej.

Open Table selepas majlis selesai

Seronoknya buat kenduri dikampung.
Jiran2 yang datang mesti bawa buah tangan.
Budaya melayu tak pernah luput.
Kuih-muih, buah-buahan,
gula pasir juga tepung.
2 bulan dah tak payah beli gula dah.
Cuma bila makanan jadi terlalu banyak,
boleh menjadi satu pembaziran.
Nasib baik dah siapkan beg plastik.
Bungkus siap2 dan pulangkan balik kat mereka.

Seronoknya buat kenduri dikampung.
Adik-beradik dan sedara-mara semua datang.
Kawan rapat pun ada datang.
Boleh bercerita dan update status secara live.
Tak payah tulis dalam FB.

Seronoknya buat kenduri dikampung.
Rumah emak mertua dekat aje dengan rumah.
Apa2 barang yang kurang pinjam aje.

Kepada semua yang sama2 menjayakan majlis,
rasanya ucapan terima kasih tak mencukupi.
Tetapi hanya itu yang boleh diberikan.
Semoga Allah akan membalas kebaikan anda,
berpuluh2 kali ganda banyaknya.

Syukur Alhamdulilah.



4 ulasan:

  1. Saya pun baru sekali kenduri di rumah sendiri. Khatam dan khatan anak. Mmg lain rasa puasnya tu. Yg dikerumun tu cinta hati Doc yer? Cantiknya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betullah Aziela.
      Penat tapi puas.

      Salah orang kot.
      Cinta hati saya yang pakai tudung 3 kaler tu.
      Mana nampak muka.

      Padam