Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

13 Januari 2013

Aku dan Pesakit Hari Ini

Warga asing pertama tahun ini.
Datang untuk pemeriksaan FOMEMA.
Warga Nepal.
Umur baru 19 tahun.
Hanya tahu berbahasa isyarat sahaja.
Hanya ternganga bila ditanya.
Dan aku pun ikut ternganga.
Bila dia tunjuk stok ubat yang dimakannya.
Sodium Valproate.
Clonazepam.
Ubat untuk penyakit sawan.
Penyakit yang sah kena reject.

Bila ada penyakit sawan.
Mana boleh kerja dikilang besi?
Mana boleh kerja menjaga mesin memotong besi?
Kilang ni pun punya rekod buruk diklinik aku.
Setiap tahun pasti ada yang tercedera.

Aku kasihan dengan warga Nepal ini.
Dah beribu duit habis untuk ke mari.
Tapi buta2 dah kena hantar balik.
Penyakitnya susah nak kaw-tim.
Apatahlagi bila tunjuk ubat depan mataku.
Semoga Allah lebih mengasihinya.




3 ulasan:

  1. Kesiannya dia. Tp kita pun terikat dfn law kan doc.

    BalasPadam
  2. Kesian. Desperate untuk mencari rezeki dinegara orang.. Mesti beliau hampa..

    BalasPadam