Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

14 Januari 2013

Aku dan Pesakit Hari Ini

Seorang lelaki cukup dewasa.
Cukup sifat dan waras akal fikirannya.
Salah seorang kawan sekelas masa sekolah menengah dulu.
Bekerja disebuah kilang elektronik sejak habis sekolah.
Dah lebih 20 tahun bekerja di kilang tersebut.
Dia jarang2 berjumpa denganku.
Tapi aku kenal benar sejarah kehidupan dia.
Isterinya banyak kali mengandung.
Tetapi tak pernahnya lekat.
Asyik keguguran sahaja.
Buat IUI beberapa kali pun gagal juga.

Dah lebih setahun dia tak datang ke klinik.
Tiba2 dia datang waktu klinik hampir ditutup.
Membawa masalah negara katanya.
Panjang lebar dia bercerita masalah dia.

Tiga minggu yang lalu.
Dia kena marah dengan Manager kilang.
Ada barang yang dihantar ke Jepun kena reject.
Dia tak puashati.
Sebab kena marah semasa di dalam line.
Kena marah didepan para pekerja yang lain.
Lalu dia langsung tak hadir bekerja.
Bukan sehari dua.
Tetapi lebih 2 minggu.
Absent Without Leave.
Memang confirmed kena buang kerja punya.

Tempoh 2 minggu itu.
Dia belajar berniaga kecil2an didepan rumah.
Menjual ABC dan rojak.
Tetapi peristiwa khemahnya terbang ditiup angin menyedarkannya.
Dia terasa nak kembali semula bekerja.
Bila kilangnya telefon,
dia kata dia kena Chicken Pox.
Bila Manager kilang telefon,
dia pun berterus-teranglah.

Dan kehadirannya ke klinik mengundang masalah.
Dia nak MC hampir 2 minggu.
Untuk tarikh2 yang telah pun berlalu.
Untuk cover line katanya.
Manager dah tahu cerita sebenarnya.
Tetapi HR Dept belum tahu.

Pening kepala aku dibuatnya.
Dia benar2 berharap.
Hanya tinggal aku sebagai talian hayatnya.
Kalau tidak tempoh 21 tahun bekerja takda makna.
Dia tidak akan dapat apa2.
Cuma simpanan EPF yang tak seberapa.
Serba-salah aku dibuatnya.
Nak ditolong ke tidak.
Aku pernah hilang seorang kawan.
Sampai sekarang langsung merajuk denganku.
Nak pinjam duit aku tak beri.
Dan mungkin aku akan kehilangan seorang lagi.




4 ulasan:

  1. hati2 membuat keputusan tuan dr...silap langkah lesen kamu juga kena gantung.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah 18 tahun jadi doktor.
      Dah masak sangat dengan undang2.
      Nak menolong pun biar berpada.

      Terima kasih mengingatkan.

      Padam
  2. Confirm kena buang kerja. AWOL adalah major misconduct. And manager dia dah tahu cerita sebenar. Kalaupun doc tolong, takut2 menjerat diri. Semoga semuanya akan berakhir dengan baik. Saya doakan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya dah berhubung dengan HR.
      InsyaAllah.
      Ada penyelesaiannya.

      Padam