Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

31 Januari 2013

Aku dan Pesakit Hari Ini

Seorang wanita berusia awal 40-an.
Salah seorang pesakit tegarku.
Dah selalu sangat datang ke klinik aku.
Riwayat hidupnya pun ada dalam kocek aku.

Lebih 5 tahun dahulu.
Angkara cemburu buta,
suaminya menceraikan dia dengan talak tiga.
Bertahun suaminya gila talak nak rujuk kembali.
Tetapi apakan daya.
Nasi dah jadi bubur.
Cempedak dah jadi nangka.

Ditakdirkan dia berkahwin semula selang beberapa tahun kemudian.
Suami barunya muda beberapa tahun daripadanya.
Sedikit masalah.
Walaupun dah berkahwin,
mereka masih tinggal berasingan.
Suaminya masih tinggal dirumah bujang dengan kawan2nya.
Dia pula masih tinggal di rumah lamanya bersama anak2nya.
Dia ada seorang anak perempuan daripada suami lamanya.
Dan dia dapat seorang anak lelaki daripada suami barunya.

Sebulan yang lalu dia mengadu sakit kepala.
Malam2 dia ke hospital kerajaan.
Dia dimasukkan ke wad kerana tekanan darah tinggi.
Doktor kata tekanan darahnya 200/140 mmHg.
Boleh kena stroke kata doktor.
Masa keluar wad doktor beri dia ubat Amlodipine 10 mg.
Dia gigih makan ubat tu hari2 kerana takut kena stroke.
Doktor di hospital dah menakut2kannya.
Tapi malam semalam dia datang jumpa aku.

Dah seminggu kakinya bengkak.
Itu sahaja masalahnya.
Takda sakit, takda jatuh, dsbnya.
Tiada tanda2 sakit jantung, sakit buah pinggang atau kegagalan hati.
Yang merupakan penyebab utama kaki bengkak.

Menurut rekod kesihatan selama bersamaku,
tekanan darahnya sentiasa normal.
Aku tak pernah detect dia ada darah tinggi.
Paling tinggi pun 130/90 mmHg.
Itupun bila dia stress dengan masalah rumahtangganya.
Aku terkejut bila dia kata darahnya naik sampai 200/140 mmHg.

Dan dia pun mula bercerita.
Bercerita pasal suaminya.
Suaminya dah berlaku curang.
Ada perempuan lain mengacau suaminya.
Beriya2 mengajaknya berkahwin.
Usia perempuan itu sebaya dengan dia.
Tetapi belum pernah berkahwin.
Dia bergaduh besar dengan suaminya.
Dia juga dah berjumpa dengan perempuan tersebut.
Dia heran dengan taste suami dia.
Perempuan tu tak secantik mana.
Tergelak aku bila dia kata,
gigi dia lebih banyak daripada gigi perempuan tersebut.
Dia kata masa itulah tekanan darahnya naik.
Fikirannya tengah kusut.
Makan dan tidur dah tak menentu.
Sebab itu tekanan darahnya naik mendadak.
Cuma dia segan nak beritahu doktor di hospital.

Hari ini.
Masalah rumahtangganya dah selesai.
Berakhir dengan baik.
Kepala pun dah tak sakit.
Tekanan darahnya pun normal aje semalam.
Cuma kakinya pula yang membengkak.

Amlodipine.
Ubat darah tinggi yang agak moden.
Bagus untuk jantung.
Makan pun sekali sehari.
Cuma ada beberapa kesan sampingan.
Kaki bengkak terutamanya.
Juga mengganggu fungsi kejantanan.
Boleh juga tumbuh buah dada dikalangan lelaki.
Kesan sampingan ini jarang dibincangkan dengan pesakit.
Takut mereka tak nak makan ubat.

Ubat2an untuk darah tinggi ada banyak jenis.
Kat klinik aku pun lebih 5 jenis.
Nak beri kat pesakit kena fikir betul2.
Nak kena cari yang paling sesuai.
Sama ada dari segi compliance,
keberkesanan juga kos.
Juga kesan2 sampingan.
Semua ini perlu dibincangkan dengan pesakit.
Sebab makan ubat darah tinggi bukan untuk sehari dua sahaja.
Kena makan untuk selama2nya.
Tapi ramai orang tak suka makan ubat sebegini.
Ramai yang kata;
"makan ubat banyak2, nanti rosak buah pinggang."
"makan ubat banyak2, nanti telinga boleh pekak."
"doktor suka beri ubat banyak2, nanti boleh untung banyak."

Susah gila nak menjelaskan hal sebenar.
Ramai pesakitku yang memang confirmed darah tinggi.
Tapi liat nak makan ubat moden.
Mereka lebih percaya ubat2 tradisional.
Mereka lebih percaya ubat2 herba.
Mereka lebih percaya jus2 MLM.
Yang aku heran tu,
ubat MLM beratus2 ringgit mampu beli,
tapi ubat moden berpuluh ringgit sebulan pun nak berkira lagi.





34 ulasan:

  1. errr.doc, ubat darah tinggi pun boleh menyebabkan buah dada tumbuh ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada. Tapi jarang2lah orang komplen.

      drugs whose mechanism of action is unknown (it is thought that many may act by altering liver function)
      tricyclic antidepressants-may increase the prolactin levels.(2)
      angiotensin converting enzyme inhibitors. (2)
      heroin
      amiodarone
      busulfan
      methyldopa
      captopril
      growth hormone
      highly active antiretroviral therapy
      calcium channel antagonists - long term use of verapimil
      isoniazid (2)

      Padam
  2. Selalu sangat dengar orang kasi ulasan negatif pasal ubat. Especially anti-depressant. Yang makan ubat orang lain, yang sedap-sedap je cakap "Anti-depressant tu tak elok bla-bla-bla" orang lain yang haram tak tau macam mana rasanya ada depression. Mau pesakit tu bertambah depressed

    BalasPadam
  3. bertabah lah .. semoga pesakit tu kuat semangat...

    saya pon suka depress2 nih...

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih follow saya.

      nanti saya recce blog awak.

      salam kenal.

      Padam
  4. So, apa solution doc untuk wanita ini? Tukar ubat, hentikan ubat sebab dia tak ada darah tinggi, atau continue Amlodipine tapi bagi ubat untuk kaki bengkak?

    Yang degil tu memang ramai. Pagi ini, sorang staff diabetic di office nie mengadu dah seminggu sugar dia 20++. Boleh percaya ke dia masih tegak berdiri dan rilek2 jalan2 lagi? Tapi dia ngadu la, risau. Tapi x pening kepala. Bila tanya makan apa, katanya nasi lemak, teh tarik sehari 3-4 gelas dan macam2 lagi. Makan ubat tapi tak control intake sugar, kenapa pula nak merungut lagi? Ok, saya stress sebab takut dia pengsan dalam office.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Berhenti makan ubat.
      Datang balik lepas seminggu.
      Check balik BP dia.
      Kaki bengkak tak payah ubat.
      Berhenti makan Amlodipine,
      hilanglah bengkaknya.

      Cuba hantar dia pergi jumpa Specialist.
      Sure kena test darah.
      Sure buat ECG.
      Sure buat Ultrasound.
      Confirmed.

      p.s Tak payah stress2.
      Saya hari2 ngadap manusia jenis ini.
      Dah lali sangat dah...

      Padam
  5. Teringat saya kes leg odema seorang patient dulu...buat macam2 test, rule out side effect any medication...tup tup, filariasis!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Filariasis?
      Mak Oii!
      Ni kes kat mana ni?

      Padam
  6. Sbb masalah2 camtu abis kesihatan terganggu jua!

    BalasPadam
  7. Doc. Ubat darah tingi ni boleh dihentikan ke apabila tahap kesihatan dia dah kembali normal dan dia kekalkan cara hidup yg sihat

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh??? Biar baru bbrp bulan ambik ubat tknn drh tnggi? Bgaimn caranya doc??

      Padam
  8. Doc, kalo dah start mkn ubat jenis Amlodipine, mmg dah xleh stop ka?
    Kena makan sepanjang hayat?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul.
      Sepanjang hayat.
      Tetapi dos boleh dikurangkan jika BP stabil.

      Padam
    2. Doc..
      Kalau stop ubt apa kesannya? Adakah akan dpt serangan lg teruk? Ngeri dengar kena makan seumur hidup.tapi kenapa? Dulu sy pn mkn ubt ni..tpi xserasi..tukar ubt lain. Pn sama xserasi..hampir 3 @ 4 jenis ubt tukar tpi xserasi jd sakit kepala, mual n bengkak2..skrg sy pregnent..mkn ubt methyldopa.. still mcm duk pening2.

      Padam
    3. Doc..
      Kalau stop ubt apa kesannya? Adakah akan dpt serangan lg teruk? Ngeri dengar kena makan seumur hidup.tapi kenapa? Dulu sy pn mkn ubt ni..tpi xserasi..tukar ubt lain. Pn sama xserasi..hampir 3 @ 4 jenis ubt tukar tpi xserasi jd sakit kepala, mual n bengkak2..skrg sy pregnent..mkn ubt methyldopa.. still mcm duk pening2.

      Padam
  9. As salam doc..nak tanya saya start makan ubat darah tinggi jenama zynor.. bacaan darah sy 150/100 berapa hari ye..ubat tu akan bg kesan stabil kan balik tekanan darah tu.?

    BalasPadam
    Balasan
    1. tengok individu.
      ada yg 24 jam.
      ada yg seminggu.
      selain bergantung ubat,
      kena juga jaga kesihatan.
      jaga pemakanan.
      jaga stress.
      bersenam.
      insyaAllah.

      Padam
  10. Assalamualaikum
    Saya ambil ubat darah tinggi dan diabetes adakah ia beri kesan selain yg doc sebut sbb saya rasa sakit kt sendi takut2 jadi gout plk...apakah nasihat doc...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Gout, Darah Tinggi dan Diabetes mungkin ada kaitan.
      Ketiga2 penyakit dikaitkan dengan makanan manis yang berlebihan.
      Tetapi
      ubatan kencing manis dan darah tinggi tiada kaitan dengan serangan gout.

      Lagi satu
      wanita jarang kena gout
      kecuali jika telah putus haid.

      Padam
  11. Assalam Doctor Zoul,

    Saya berumur 38 tahun,baru je kena makan ubat darah tinggi setelah tekanan darah saya mencecah 140/90 mmHG (dlm seminggu check tak turun). saya diberi Micardis 40mg, dah 2 minggu saya makan dan tekanan darah saya dah turun ke tahap normal. saya adalah seorang yg aktif, main futsal, hiking, jogging dan juga cycling.

    Pada pendapat doktor bolehkah saya berhenti mengambil Micardis ni jika tekanan darah saya di bawah 140/90 mmHG ? Jika saya henti ambil ubat, apakah risikonya?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Micardis adalah ubat darah tinggi yang 'moden'
      kiranya ubat baru
      yg sesuai untuk orang-orang muda
      kurang kesan sampingan
      dan ada protection kpd jantung.

      saya rasa boleh berhenti makan micardis
      jika tekanan darah kembali normal.
      tetapi kena selalu buat pemeriksaan ulangan.
      makan ubat darah tinggi hanyalah salah satu cara untuk mengawal darah tinggi.
      menjaga stress
      bersukan
      menjaga pemakanan
      amalkan gaya hidup sihat
      semuanya membantu mengawal darah tinggi.
      bukan bergantung ubat semata-mata.

      Padam
  12. Assalam doc..sewaktu sy menulis ulasan ini masuk hari ke4 sy mengambil ubat amlodipine 10m utk setengah biji per hari.tp sejak itu sy rasa pening...keletihan..dan rasa sakit dan tidak selesa di dada sehingga menganggu rutin harian tidak seperti sblm sy mengambilnya.adakah ini kesan sampingan ubat dan berapa lama ia akan kembali normal...atau perlu tak sy terus berjumpa dgn doc yg merawat..tq


    BalasPadam
    Balasan
    1. ya.
      setiap ubat ada kesan sampingan.
      setiap orang memberi tindakbalas berlainan terhadap ubat.
      amlodipine 5 mg adalah dos yang rendah.
      kalau tuan merasa sedemikian bermaksud ubat tersebut tidak sesuai untuk badan tuan
      jumpalah doktor semula untuk tukar ke ubatan lain.
      kesan sampingan biasanya hilang selepas 24 jam berhenti mengambilnya.

      Padam
  13. Slm doc, baru2 ni sya d beri tmbhn mkn ubat ni amlodipine, 3 hari sdh..sdh 3 hari kaki sya gatal2 dr kaki smpi ke paha...knp tu doc? Kesan ubat ka? N sya ni didapati tknn drh pd 3 minggu mngandung n slps beranak still on lg dgn labetalol 4 biji n now d tmbh dgn amlodipine 1 biji ..msh ada hrpn utk tdk cont ubat kaini doc? Sya takut mkn betmbah parah plk sya ni nnti

    BalasPadam
  14. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  15. Sya patient berumur 37 thn kn srh mkn ubat start 3 minggu mngandung sbb sya mngadu sakit kepala...skrng ni sdh beranak n msh on labetalol 400 mg..baru2 ni sya d beri amlodipine 10mg ni tiga hari sdh mkn, kaki sya gatal2 dr tapak kaki smpi ke paha...bdn2 ada jgk gatal tp tdk smpi ke tahap yg terlalu gatal...doc knp tu? Kesan ubat? Msh ada hrpn ka utk sya d berhentikan mkn ubat2 drh tnggi ni..sya takut len lg kesan yg sya dpt..apa hrus sya buat doc?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Gatal-gatal tiada kaitan dengan ubat Amlodipine.
      Labetolol adalah ubat darah tinggi yg paling kuno dalam pasaran.
      Paling selamat untuk wanita mengandung.
      tetapi sesetengah orang rasa mudah letih dan mengantuk.
      Silalah berbincang dengan doktor yg merawat.
      Mungkin Labetolol boleh ditukar terus kpd Amlodipine.

      Padam
  16. Salam Doc,
    Saya penghidap hipertensi & baru bertukar ubat dr perindopril kpd methyldopa kerana pregnant.
    Boleh saya tau apa side effect ubat ni selain mengantuk sbb lpas ambil ubt ni, hidung saya kerap tersumbat.
    tq Doc =)

    BalasPadam
  17. Slm doc, sya on off mkn ubat labetalol 400mg 3x sehari sbb delima ttg ubat2 drh tnggi ni...kn detect waktu mngndung 13 mnggu n punca terlalu stress...msh mnyusukan bdn ..skrng d beri tmbhn methyhladopa 1 biji 3x sehari sbb tknn drh terakhir d cek ialah 170/100, bila sya mkn blk ubat2 ni soma n ikut arahan doc tnpa mo berhenti, sya rasa dada sya sesak, pening n rasa sakit d bhgn blkng kepala, apatah lg bila sya berada d tmpt kerja, sya rasa x selesa..knp tu doc? N adakah kemungkinan ubat sya ni blh d trunkan dos kpd yg lbh rendah / ada kemungkinan tknn drh tnggi ni blh hlng (trlalu mnghrp bhw sya x ada pnyakit ni😥😥)

    BalasPadam