Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

27 Januari 2013

Aku dan Readers Digest


Antara banyak2 majalah berbahasa Inggeris,
aku paling suka majalah ini.
Saiznya sedang2 sahaja.
Mudah untuk dibawa kemana2.
Bahasanya sangat mudah difahami.
Gambar2 nya menarik.
Dan yang paling penting,
cerita2 kehidupan manusia seluruh dunia.
Kisah2 benar.
Kisah2 menyentuh perasaan.
Kisah2 menyayat hati.
Kisah2 lawak.
Kisah2 membangkit semangat.
Bukan seperti majalah Mastika.
Cerita pasal hal2 mistik.
Cerita pasal hantu dan jin.
Cerita pasal mayat dan kubur.

Aku pernah melanggan majalah ini dulu.
Sekitar tahun 2000 dulu.
Dihantar ke rumah secara percuma pada awalnya.
Lepas tu kata aku antara yang terpilih menang hadiah.
Siap beri kunci kereta Camry lagi.
Siap suruh pilih warna mana yang aku nak.
Tapi aku melanggan bukan sebab Camry.
Aku langgan sebab aku suka baca cerita2 didalamnya.
Dan memang sah dan nyata.
Aku tak menang pun kereta Camry tu.
Gimik pengiklanan sahaja.

Tahun2 berikutnya,
Aku beli majalah dikedai sahaja.
Dulu cuma sepuluh ringgit.
Sekarang dah 15 ringgit.
Tapi beli satu dapat satu edisi lama percuma.
Masih kira berbaloi jugak.
Walaupun banyak sangat iklan.


Edisi June 2012.
Cerita pasal rahsia para jururawat.
Cerita pasal keajaiban kembar seiras.
Cerita pasal Novak Djokovic.
Edisi January 2013.
Aku belum start baca lagi.

Salam berhujung minggu kawan2!






1 ulasan:

  1. Saya dan hubby wpun x dpt kereta...tp kami dpt jam tgm sepasang. Yg penting isinya. Readers digest mmg bagus.

    BalasPadam