Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

18 Januari 2013

Aku Di Atas Padang Sejarah

Agak2lah berapa ribu orang ada dalam gambar ini?

Di dataran sejarah
Suara kita sesubur rumput,
Bisik kalbu bergaung garang
Tanpa resah tanpa takut.

Lagu kita rindu demokrasi
Darjat awan tertinggi
Mengindah ufuk senja merai
Kemerdekaan diri.

Rumput di kaki
Awan di kepala
Gah iringi murba
Seramainya
Sederapnya
Setulusnya
Kita bersama menjulang panji negara
Bangga dicium angin jati
Di tengah gelora kita sebangsa
Dan sejiwa murni.

Di atas padang sejarah
Pantang kita mungkiri janji
Setiap tapak dan langkah
Mengisi rindu demokrasi.

Diri kita amat padu maruah
Senandung setulus hati
Melunturkan wewarna zalim
Menyubur kuning berseri.

Kita
Tenaga jati
Gah berjuang demi keadilan
Kita terbang sederas sinar
Julang panji kebenaran.

A Samad Said
Stadium Merdeka
HKR112.

5 ulasan:

  1. Doktor minat puisi juga...? Really salute you. A man with interesting personality.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bukan sajak nukilan saya.
      A Samad Said punya...

      Padam
  2. oho...mula2 baca td ingatkan sendiri tulis..rupanya A samad....ekeke...

    BalasPadam
  3. muger2 negara akan tetap aman damai sejahtera sentosa senantiasa .., aminn

    BalasPadam