Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

29 Januari 2013

Aku ke SM Sains Muar


29 Februari hari ini.
Pukul 8:00 pagi.
Aku dah sampai di Parit Sulong.
Kena cari pejabat pos dulu.
Nak kena top up setem yg tak cukup.
Malangnya pejabat pos dibuka pukul 8:30 pagi.
Jadi aku teruskan perjalanan dan singgah di Bakri.
Nasib baik pejabat pos di tepi jalan sahaja.

Pukul 9:15 pagi.
Aku selamat tiba di SMS Muar.
Proses pendaftaran sangat cekap dan efficient.
Ramai pelajar2 senior ditugaskan untuk membantu urusan.
Ikut sahaja flow chart yang diberikan.
Takpun tanya aje senior yang sedia membantu.
Semuanya dah ditetapkan.
Mula2 ambil name tag di bilik makmal.
Lepas tu ke kelas untuk hantar borang/dokumen dan bayar yuran.
Lepas tu terus ke asrama putera.
Bilik dan katil dah ditetapkan.
Angkat dan kemas barang dalam loker.
Pukul 11 pagi masuk ke dewan besar.
Sekarang ni tengah mendengar taklimat bersama pengetua.

Lepas ni ada jamuan makan tengahari.
Pukul 2-5 petang aktiviti bebas.
Waktu2 terakhir bersama anak.
Boleh bawa jalan2 ke bandar kalau hendak.
Dan selepas tu program orentasi selama 2 minggu bermula.
Aku boleh jumpa semula dengan anakku pagi Ahad minggu depan.

Dan ibarat jatuh ditimpa tangga.
Isnin depan seorang lagi anakku akan masuk asrama.
Rayuannya ke SBP Tun Fatimah diterima.
Nasib baik dekat dengan rumah.
Maka tinggallah aku bertiga di rumah selepas ini.
Dan hujung minggu aku,
Sibuk menjenguk anak2 sahaja.
Maaf sebab aku asyik bercerita tentang anak2.
Mungkin ramai yang bosan.
Tetapi anak2 adalah segala2 nya untukku.
Bercerita tentang anak2 lebih mengujakan
Berbanding cerita tentang politik dan pilihanraya.

Salam siaran drp Dewan Besar SAMURA.


27 ulasan:

  1. exactly bro..anak anak adalah segalanya utk kita...saya pun byk mencoret pasal anak kat blog..hihihih..Lepas ni mula la rutin visit hostel every weekend..:)

    BalasPadam
  2. Oh ya, saya dah sent email ya..TQ.

    BalasPadam
  3. sekolah yang ada kabur tengah-tengah padang sekolah!
    :)

    BalasPadam
  4. Saya tak kisah Dr cerita pasal anak Dr. sebab sy rasa mcm ini luahan seorang ayah, since sy xtahu mcm mn ayah sy rasa kat anak2 dia. buat sy terfikir, "oh, mcm ni kot ayah rasa bila sy pergi asrama, etc".

    BalasPadam
  5. Sy xkisah Dr cerita pasal anak Dr, saya enjoy post2 Dr. Sebab sy rasa ini mcm luahan hati seorang ayah. Buat saya terfikir, "oh, mcm ni kot ape yang ayah rase masa sy pergi asrama, etc" :)

    p/s: kdg2 buat sy homesick, rindu kat family bila baca post Dr. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih kerana rajin baca2 cerita merapu saya.
      Awak belajar kat mana sekarang?

      Padam
    2. Sekarang sy blaja kat Czech Republic, course Medicine. :) Sekarang tgh musim exam. hehe, doakan sy Dr. XD

      Padam
    3. Mak Oii!
      Jauhnya.

      All the best!
      Saya doakan.

      Nanti saya recce blog awak.

      Padam
    4. huhu, xde apa menarik pun kat blog sy.
      tp... terimakasih Dr! XD

      Padam
  6. acik suka baca..walaupun setiap hari dr.tulis kisah anak2

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Acik Erna.

      Nanti saya list blog awak dlm blog saya.

      Padam
  7. Saya suka, sebab kalau saya tak dapat peluang itu, at least saya share sikit dengan yang pernah melaluinya. Doc, cerita sikit proses application ke SMS tu, boleh? Selain straight A UPSR, apa lagi yang dia uji anak2 pilihan tu yer?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nanti saya tanya dengan wife.
      Saya buat satu entri khas.
      insyaAllah.

      Padam
  8. yup yup
    area padang sekolah ini ada tanah perkuburan.

    SMS ni hampir dengan rumah adik pB.

    BalasPadam
    Balasan
    1. pB=pulut bakar.

      salam ziarah.
      nanti saya list blog awak diblog saya.

      Padam
  9. cerita anak2 dari versi seorang ayah ini selalu buat air mata saya bergenang....teringat ayah yang pernah membanting tulang empat kerat menyekolahkan anaknya hingga berjaya menjadi seorang doktor.....

    BalasPadam
  10. Saya bekas pelajar Sains Muar, tempat jatuh lagi dikenang inikan pula SMS Muar. Rumah Budiman 2

    BalasPadam
    Balasan
    1. Anak saya di Budiman Satu.
      Tingkat paling atas.

      Padam
    2. sms muar nie ada sydrome selipar hilang sampai student beli padlock kunci selipar kelakar. nanti tanya anak tuan doktor masih ada lagi ke masalah turun temurun nie? thn 2005-06

      Padam
  11. Aku dan Kehidupanku adalah nama blog kan? Apa yg nak mintak maaf kalau citer pasal anak2? Itulah kehidupan Doc. Keep on writing.

    BalasPadam
  12. Salam kenal. Anak saya bekas murid sek sains kuala selangor. Saya bersyukur sgt2 kerana dia terpilih. Sek sains telah banyak membantu dia sehingga berjaya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kak angahPJ,

      Salam ziarah.
      Semoga anak2 kita berjaya,
      dunia dan akhirat.
      Amin.

      Padam
  13. sy pon peminat blog ini. sy samura 98-99 mula2 dorm budi 3 (masa ni form 4 dgn form 5 lain bilik) then masa form 5 masuk budi 2 (masa dia dia campur kan form 5 and form 4 supaya xde kes buli)...skrg ni xtau laa ada buli lg tak.. tp yg pasti tak thrill la kalo x kene buli..ala buli ringan2 je..jgn mati sudah..

    BalasPadam
  14. saya alumni samura batch 24. saya nak mencadangkan kepada alumni samura di bawah perkara 1) Youth, Sport And Cultural Development untuk menghantar/menaja pelajar-pelajar semasa yang cemerlang ke program SYNERGY CHALLENGE CAMP secara tahunan. Saya juga merupakan alumni dan fasilitator program SCC.

    Saya sangat SYORKAN program ini kerana semua peserta dibantu sehingga ke alam IPT mahupun alam pekerjaan untuk membina skill komunikasi dan kepemimpinan malah dari sudut keusahawan belia.

    Sekiranya ada apa-apa pertanyaan boleh menghubungi saya di talian +6010-7749684 atau PM di laman fb saya (sis noora).

    noor adibah abdullah juwaeni
    alumni SAMURA
    Batch 24
    ex-TKJ SARJANA

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih puan.
      Saya akan panjangkan cadangan puan kepada pihak Alumni dan PIBG.
      InsyaAllah.

      Padam