Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

25 Januari 2013

Aku ke Taklimat Murid-Murid Tahun 6


Hari Jumaat.
Hari cuti aku.
Ada doktor baik hati sanggup jaga klinik aku.
Tapi hari ini kena bangun awal jugak.
Kena hadir ke sekolah.
Kena dengar taklimat.
Program setahun untuk kecemerlangan UPSR.
Ada taklimat GPK.
Ada taklimat guru penyelaras.
Ada taklimat YDP PIBG.
Ada taklimat guru besar.


Daripada dulu lagi.
Aku memang tak suka hadir majlis2 camni.
Biasanya wife yang kena pergi.
Tapi memandangkan ini anak terakhir ambil UPSR,
aku gagahkan juga untuk hadir.
Walaupun intipati taklimat ulang perkara yang sama,
ada juga ilmu yang aku dapat.
Aku nampak kesungguhan dikalangan guru2.
Aku nampak juga kesungguhan dikalangan ibubapa.
Cuma budak2nya mungkin lambat panas.
Masih sibuk nak bersilat.
Masih sibuk nak berlatih kompang.
Masih sibuk nak lawan ping pong.
Masih sibuk nak belajar main catur.

Mulai bulan depan,
kelas2 tambahan bermula.
Kelas tambahan sejam selepas waktu sekolah.
Dan setiap hari Sabtu,
7:30 pagi hingga 12:00 tengahari.
Juga mulai bulan depan,
Kena beli suratkhabar BH setiap Isnin.
Ada sisipan Didik didalamnya.

Selepas majlis tamat,
guru besar, YDP dan GPK panggil aku.
Ajak bersarapan di kantin sekolah.
Bersembang hal2 politik.
Bersembang hal2 dunia lelaki.
Pukul 12 baru dapat balik rumah.







1 ulasan:

  1. Sibuknya. Saya dah mula gentar. Turn anak saya tahun depan.

    BalasPadam