Aku dan Statistik

Aku dan cerita2 lama:

28 Januari 2013

Aku Pening Kepala!


Pening kepala.
Menyediakan kelengkapan dan persiapan.
Untuk mendaftar di sekolah berasrama penuh esok.
Dua minggu yang serba sibuk.
Cari sijil2 dan fotokopi apa yang patut.
Selepas itu perlu disahkan pulak.
Sekurang2nya Pegawai Kerajaan Kumpulan A.
Kalau takpun cari Ketua Kampung.

Pening kepala.
Pakaian seragam sekolah kena balik warna asal.
Kemeja putih dan seluar panjang hijau.
Kasut kulit berwarna hitam.
Baju melayu putih cekak musang.
Itu pakaian yang wajib.
Pakaian yang tak wajib untuk luar waktu sekolah,
kemeja T berkolar dan seluar slack.
Semuanya memang takda dalam stok.
Kalau jersi bola dan jeans berlambak2lah.

Kelengkapan2 lain kena juga disiapkan.
Peralatan untuk bersukan,
peralatan mandi,
peralatan membasuh,
beribu ringgit juga berhabis.
Itu belum kira yuran yang perlu dibayar.
Khabarnya yuran bergantung dengan gaji ibubapa.
Ada beza dari segi subsidi kerajaan.

Antara keperluan wajib ialah setem 50 sen.
Dilekat di sampul surat beralamat sendiri.
Berhari2 aku musykil.
Cukup ke setem 50 sen tu?
Bila tengok checklist yang wife print semula,
dah naik ke 80 sen.
Kalau yang ni baru betul.
tapi pening kepala aku.
Mana nak cari setem 30 sen petang2 begini?

Walaubagaimanapun,
persiapan dan kelengkapan dah berada depan pintu.
Esok pagi akan pergi mendaftar.
Harap2 segala2nya dipermudahkan oleh-Nya.
Dan dia tak minta balik sebelum seminggu di sana.


2 ulasan:

  1. Dah boleh bayangkan timbunan barang2. Yang wajib ada ialah baldi dan hanger. Hehehehehe

    BalasPadam
  2. Been there, done that. Nnt barang2 spt baldi, gayung hilang....haishhh...

    BalasPadam