Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

16 Januari 2013

Kenapa Aku Tak Boleh Jadi Doktor?

Aku biasa terima email daripada doktor2 muda.
Bertanya pasal kehidupan sebagai GP.
Bertanya bagaimana nak buka klinik sendiri.
Bertanya pasal francais.
Bertanya pasal pinjaman bank.
Tapi email ini lain sangat ceritanya.

Seorang doktor muda.
Baru dapat jadi Houseman tahun ini.
Lulusan universiti di Indonesia.
Dia minat bidang Farmasi sebenarnya.
Tapi JPA suruh dia buat jurusan Medik.
Dia selalu gagal dalam exam.
Dah beberapa kali dia nak quit,
tetapi dia teruskan juga sebab kasihankan ibubapanya.
Dia teruskan juga sebab ada perjanjian dengan JPA.

Masa mula bekerja sebagai doktor pelatih,
baru dia tahu realiti sebenar kehidupan sebagai doktor.
Dia tak boleh tengok pesakit.
Dia akan kena Panic Attack.
Dia seolah2 phobia dengan pesakit.
Dia selalu mengelak untuk jumpa dengan pesakit.
Jumpa pengarah hospital.
Jumpa pakar sakit jiwa.
Dapat ubat2 penenang juga MC panjang2 pun.
Masih tak boleh menyembuh "panic attack"nya.
Akhirnya dia resigned sebagai doktor.
Dia nak minta kerja lain selain doktor.
Masalahnya ialah dia ada perjanjian dengan JPA.
Kena bayar balik gantirugi lebih 100 ribu ringgit.




Terus-terang aku katakan.
Aku sangat simpati dengan nasibnya.
Dia memang tak boleh jadi doktor.
Dia tak cukup passionate untuk jadi doktor yang selamat.
Dia takda jiwa untuk jadi doktor yang berjaya.
Dia memang kena cari bidang lain.
Itu wajib.
Boleh mati pesakit ditangannya.
Apa yang boleh aku katakan,
semuanya sudah terlambat.
Ijazah sudah ada ditangan.
Tapi tanpa khidmat wajib 3 tahun di kerajaan,
dia tak boleh guna ijazah tersebut.

Aku teringat cerita 3 Idiots di tv semalam.
Masa depan anak2 ditentukan ibubapa.
Ibubapa sungguh2 suruh anak jadi Engineer.
Hanya Engineer yang boleh menjamin masa depan.
Hanya Engineer boleh dapat rumah besar.
Hanya Engineer boleh dapat kereta besar.
Padahal anak minat nak jadi Photographer.
Padahal anak minat nak jadi Artist.
Begitu juga dengan bidang kedoktoran.
Tanpa minat yang mendalam,
anak2 tidak boleh dipaksa.
Janganlah terpengaruh dengan cerita2 di tv dan filem.
Jangan masih menganggap kerjaya doktor sesuatu yang mudah.
Mudah nak berjaya,
mudah nak kaya,
mudah nak dapat kereta besar,
mudah nak dapat rumah besar.
Kerjaya doktor perlukan minat.
Kerjaya doktor perlukan pengorbanan.
Bukan setakat wang ringgit sahaja.
Tapi pengorbanan masa yang paling utama.
Waktu belajar yang lebih panjang.
Waktu kerja yang lebih panjang.
Bebanan kerja juga kadang2 tak tertanggung.
Nyawa manusia itu tak ternilai harganya.
Begitulah juga tanggungjawab doktor yang menjaganya.

Kepada doktor muda yang bertanya,
perkara yang lepas janganlah dikenang.
Ilmu yang dipelajari masih ada gunanya.
Walaupun anda mungkin takkan jadi doktor,
ada banyak lagi cabang kerjaya yang boleh anda pilih.
Anda juga masih punya masa untuk belajar bidang yang baru.
Ikutlah gerak hati.
Bertanya dengan diri sendiri,
apa yang anda mahu.
Anda tak rugi apa2 kalau tak jadi doktor sekalipun.
Allah itu Maha Adil.

Tentang gantirugi dengan JPA tu,
masih ada jalan penyelesaiannya.
JPA tidak sezalim yang disangka.
Mereka pasti memahami masalah anda.
Anda memang wajib bayar ganturugi.
Mungkin tak seratus peratus.
Mungkin boleh bayar secara ansurans.
Dan biasanya lepas beberapa tahun baru fail dibuka.
Hal itu janganlah dirisaukan.
Ada kawan saya dah 10 tahun berhenti,
satu surat saman pun tak sampai ke rumah.


12 ulasan:

  1. kesian .....
    semoga dr muda tu .. dapat temui jalan penyelesaiannya .
    Untuk masa depannya juga ...

    BalasPadam
  2. so, KKM tak approve dia punya application utk masuk line lain di KKM?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam 1 Malaysia, kami memerlukan tenaga kesihatan jurusan doktor yang mempunyai ijazah MD atau MBBS untuk bekerja di syarikat kami. Jika anda berminat sila hubungi 011-16659590 untuk info lebih lanjut.

      Padam
  3. Subhanallah, kasihannya dia. Patutlah anak saya beria2 menolak bila kami mengusiknya untuk jadi doktor bila besar nanti. Dia pun ada phobia agaknya.

    BalasPadam
  4. kesian dia, mungkin kerja kat klinik kurang sikit paniknya berbanding hosp esp a&e

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum bro, apa pun sebagai seorang psychiatrist... aku merasakan ada yang tak kena ni... sama ada doktor ni betul2 diberi rawatan ubatan ke tidak?? aku ada pengalaman yg mana HO yg diberi ubat, tapi mereka tak compliance... bagi aku kan masalah panik ni boleh dirawati dengan pengambilan ubat SSRI dan bukannya benzodiazepine yg boleh menyebabkan ketagihan...... apa komen anda bro???

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mohd,

      Dah mentalnya tak minat nak jadi doktor camna?
      Sebab itu macam2 alasan diberikan.
      Alasan sakit mental adalah paling mudah.

      Padam
    2. yer lah betui tu bro... kalau tak minat mesti guna alasan mental.. tapi buat masa ni kalau yg refer kat aku, memula memang mereka nak quit tapi bila ditanya lagi memang semuanya ada underlying depression..... apa pun mencabar bro nak convince mereka ni agar meneruskan kerjaya mereka....

      Padam
  6. Assalamualaikum bro, mintak izin share yer.... Untuk renungan semua...

    BalasPadam
  7. Saya simpati pada doktor tersebut, tapi saya hairan bagaimana beliau boleh lulus kursus perubatan sedangkan semasa latihan praktikal di hospital dan peperiksaan begitu banyak contact times dengan pesakit?

    BalasPadam
  8. Jom bukak klinik sendiri atau renovate klinik sedia ada.
    Pakej lengkap dengan alatan klinik, Urusan pinjaman, urusan KKM dll lagi.
    Boleh hubungi sy untuk berbincang dengan lebih lanjut lagi.
    Jumpa berborak sambil minum teh tarik. ;)
    019-952 0049 (aiza)

    BalasPadam