Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2013

Aku dan Toyota Vellfireku

Bro, cuba tulis tentang Vellfire/Alphard pula...
dulu dah tulis tentang Estima...
Especially tentang button2 dan radio/camera berbahasa Jepun...
tentang risiko buying Jap recond ni...
TQ

Ada orang suka kereta tempatan.
Ada orang suka kereta Eropah.
Tapi aku suka kereta buatan Jepun.
Honda CRV aku pernah pakai.
Tetapi Toyota Estima adalah yang terbaik
sepanjang 15 tahun aku memandu di jalan raya.

Bila aku terpaksa menggantikan Estima aku,
aku hanya ada dua pilihan.
Downgrade ke Honda Odyssey
atau upgrade ke Toyota Alphard/Vellfire.
Selepas 12 bulan membuat penyelidikan,
juga mengumpul wang pendahuluan,
Vellfire adalah pilihan paling tepat.


Vellfire dan Alphard adalah adik-beradik.
Enjinnya enjin yang sama.
Ruang kokpit pun lebih kurang sama.
Cuma ada modifikasi luaran yang nyata.
Iaitu lampu depan dan lampu belakang bertingkat.
Juga grill depan yang menjadikannya kelihatan lebih ganas.

Aku suka kereta buatan Jepun.
Ianya sangat reliable.
Kos penyelenggaraannya lebih kurang sama dengan kere…

Aku dan Wordless Thursday

Akan mula ditayangkan hari ini.
Nak kena tengok.
Mengenang kembali zaman2 muda dulu.
Baca sini.


Aku dan Program Saringan Kesihatan PERKESO

Poster di atas dah lama aku tampal.
Dah berpuluh orang tanya pasal poster itu.
Dah ramai yang call.
Dah ramai juga yang datang bawa baucar.
Tapi aku macam malas nak daftar klinik aku.
Malas nak key-in data dalam sistem.
Malas nak kejar result sana sini.
Malas nak membebel2 suruh pesakit ubah gaya hidup.
Aku tak kejar sangat upah wang dan ringgit tu.
Tapi bila dah gantung poster X6,
dan telinga dah tahan bila pesakit2 regular asyik bertanya aje
maka aku pun daftarkan klinik aku.

Program Saringan Kesihatan PERKESO.
Diumumkan oleh Perdana Menteri masa bajet 2013.
Semua pencarum PERKESO yang aktif,
semua pencarum PERKESO berusia 40 tahun ke atas,
layak untuk mendapat baucar ini.
Baucar ini tidak boleh ditukar dengan wang ringgit.
Baucar ini pun takda nilai wang ringgit.
Aku sendiri pun tak boleh tunaikan baucar ini.

Baucar ini perlu dibawa ke klinik yang dah mendaftar.
Boleh buat pemeriksaan kesihatan percuma.
Ramai yang ingat boleh buat 100% check up.
Boleh tahu ada penyakit berbahaya k…

Aku dan Wordless Wednesday

Entri bosan. Entri mencabar diri sendiri. BMW X6. Crossover SUV. 3L engine. Harganya?




Aku dan Monday Blues

Pesakit #10#11#12

3 orang warga Nepal.
Sepatutnya kena bekerja pada hari minggu.
Katanya tertinggal kenderaan.
Langsung tak pergi kerja.
Datang ke klinik pada pagi Isnin.
Masing2 minta MC seorang satu.
MC untuk semalam.
Merayu2 minta MC untuk semalam.
Kalau tak dapat MC,
gaji dipotong 200 ringgit seorang.
Hampir meroyan aku dibuatnya.
Lalu aku callsupervisornya.
Aku minta gunalah budi bicara.
Bukannya gunakan MC untuk selesaikan masalah.

Pesakit #35

Seorang lelaki macho dan segar bugar.
Belum berkahwin.
Kerja di sebuah kilang panel.
Tahun ini sahaja dah 3 kali datang ke klinik.
Petang Isnin semalam dia datang klinik lagi.
Pagi tadi demam dan sakit kepala.
Langsung sambung tidur sampai tengahari.
Petang ni dah rasa sihat.
Tapi kena datang klinik juga untuk ambil MC.
Jangan tanya apa aku buat kat dia.
Jangan tanya apa aku cakap kat dia.
Tapi kalau aku doktor klinik kerajaan,
aku beri satu jarum besar kat bontot
dan satu branula size 21G kat tangan.

Pesakit #70

Seorang lelaki lewat 30-an.

Aku dan PortaWiFiku

Ini cerita dulu.
Ini pula cerita selepas 2 bulan.

PortaWiFiku.
Hanya satu keistimewaannya.
Portable.
Mudahalih.
Boleh digunapakai dimana2 sahaja.
Tapi yang lain2 mengecewakan.
Liputannya seperti angin.
Sekejap kuat, sekejap lambat,
sekejap laju, sekejap perlahan.
Dalam rumah ataupun di luar rumah.
Kadang2 rasa nak baling ke dinding pun ada.

PortaWiFiku.
Aku ambil pakej medium.
6 GB sebulan.
98 ringgit sebulan.
Ada diskaun 12 ringgit sebulan untuk setahun pertama.
Ada juga kontrak selama setahun.
Kena bayar penalti kalau pecah kontrak.

PortaWiFiku.
Ada limit 5 gajet untuk satu2 masa.
Kalau semua orang ada dalam rumah,
dan setiap orang pegang satu gajet,
memang ada yang tak dapat sambungan.
Memang gaduh siapa yang patut dapat sambungan.

Aku dah biasa pakai Streamyx.
Streamyx lebih stabil dan lebih dipercayai.
Walaupun aku ambil pakej sederhana,
kira masih laju untuk tulis blog dan upload gambar.
Tapi PortaWiFi sangat mengecewakan.
Biasanya Celcom 3G lebih pantas banding portaWiFi.
Kalau…

Aku ke Medan Ikan Bakar Sabak Awor

Kali kedua datang ke sini.
Aku datang selepas Isyak.
Agak terlewat.
Full house.
Sebelum ini aku ke gerai no 8.
Rancangannya nak ke gerai no 9 pulak.
Tapi tiada meja yang kosong.
Jadi aku ke gerai no 10.

Wak Man Ikan Bakar.
Gerai hujung sekali.
Pilihan ikannya kurang sedikit banding gerai sebelah.
Tapi menunya lebih kurang sama sahaja.
Rasa masakan boleh tahan.
Kuah untuk udang dan kupang,
juga sambal untuk ikan bakar boleh tahan sedapnya.
Tapi memandangkan semua meja penuh,
hampir setengah jam menunggu,
barulah makanan sampai.
Nasi panas jadi sejuk menunggu lauk tak sampai.
Air kena tambah sementara menunggu lauk sampai.
Tapi satar gerai no 5 sangat sedap.
Itulah pengisi perut sementara tunggu lauk sampai.


Tips hari ini:
Datang sebelum Maghrib.
Boleh sembahyang di sana.
Boleh parking depan pintu masuk.
Boleh tengok langit senja.
Boleh pilih gerai terbaik.
Boleh dapat makanan lebih awal.

Salam siaran dari Homestay Kesidang


Aku dan Homestay Kesidang

Sebelum ini aku bercuti di Sabak Awor.
Minggu ini aku bercuti di Parit Bunga pulak.
Wife ajak try duduk homestay pulak.
Dan Homestay Kesidang jadi pilihan.
Sebab wife nak cari yang ada mesin basuh.



Hj Rashid tuanpunya homestay.
Orangnya peramah dan mesra alam.
Hebat sungguh tuan haji ini.
Berderet2 rumah sewa dan bilik tumpangan dibelakang rumahnya.
Dia kata buat kerja sambilan selepas pencen.
Yelah, ada tanah luas2 gunakanlah.
Taklah nak bergantung kat anak2 semata2.


Homestay Kesidang.
Aku paling suka suasananya.
Suasana kampung.
Jauh daripada kebisingan bandar.
Rumahnya pun lengkap segala2nya.
Ada ruang rehat dan meja makan.
Ada dua bilik air, dua bilik tidur.
Dan yang penting ada mesin basuh.
Ada juga dapur dan peralatan memasak.
Juga kolam ikan patin dibelakang rumah.
Boleh dipancing kalau rajin memancing.


Homestay Kesidang.
Lokasinya tak jauh daripada SM Sains Muar.
Tak sampai pun 5 minit perjalanan.
Jadi petang Sabtu aku ke asrama dulu.
Ambil baju2 kotor untuk dibasuh.
Esok teng…

Aku dan Fareeda Homemade

Ingat entri ini?
Selepas beberapa kali try&error.
Selepas beberapa kali ulang alik ke Kamdar dan Jakel.
Selepas beberapa kali ulang alik ke kedai jahit tepi.
Inilah antara hasilnya.

Modalnya sedikit sahaja.
Tak sampai pun 30 ringgit.
Tengok jenis dan kualiti kain.
Modalnya cuma kain 3 warna, brooch dan upah jahit tepi.
Cuma aku yang tak tahan menunggu.
Wife memilih warna di kedai kain.
Aku dah pusing satu Angsana,
wife belum siap memilih lagi.

Wife kata dah stopped membeli Fareeda.
Kalau beli baju kurung,
kena beli kain lebih yang matched warnanya.
Untuk buat tudung yang sedondon bila dipakai.
Boleh jimat banyak.
Boleh simpan duit untuk cop pasport antarabangsa.




Aku dan Lawak Hari Jumaat

Jack wakes up with a horrible hangover and throbbing black eye. The first thing he sees is a single rose on the side table  and a note from his wife: " Dear, breakfast is ready. I've gone shopping to make you your favorite dinner tonight. I love you."
He stumbles to the kitchen, and sure enough, there's breakfast. " Jack," he says to his son, " Whatever happened last night? " " You came home drunk and got that black eye  tripping over a chair. " " So why the rose, breakfast and the note? "
" Oh, that. Mum dragged you to the bedroom, and when she tried to take off your clothes, you screamed, Leave me alone. I'm married! "
planetproctor.com reader's digest. September 2011

Aku dan Minggu Ini

3 minggu yang lalu.
Puteri kesayanganku masuk ke asrama. Disebabkan dia masuk 2nd intake, tiada langsung program orentasi. Dia terus disuruh belajar. Dia terus disuruh mengambil ujian. Dia terus dibiarkan untuk berdikari. Dia terus diwajibkan bangun pukul 5 pagi. Dan tidur selepas jam 11 malam setiap hari.
Kejutan budaya berlaku.
Homesick jangan ceritalah. Urusan diri semua kena buat sendiri. Tiada siapa boleh diharapkan. Tiada siapa boleh jadi tempat mengadu. Kawan2 sebaya pun tak boleh diharap. Masing2 pun merindui suasana hidup di rumah. Bila seorang dah mula menangis, masing2 pun menangis secara berjemaah.
Sebelum masuk asrama,
dia cuma dengar yang baik2 sahaja.
Sekarang baru dia tahu tinggi rendahnya langit. Kawan2 first intake semua lebih pandai. Ramai yang kata tidak memohon masuk. Ramai yang kata dapat tawaran untuk masuk. Kononnya mereka rasa sangat hebat. Banyak pelajaran yang telah tertinggal. Guru2 pun mengajar macam biasa. Anakku mula rasa rendah diri. Anakku mula rasa pu…

Aku dan Wordless Thursday

Ada orang copy&paste entri aku ke tranungkite.net. Glamourlah sekejap. Nasib baik takda macai UMNO kutuk aku.



Aku dan Wordless Wednesday

Jumpa di AEON Jusco Tmn U.

Aku dan Pesakit Hari Ini

Seorang lelaki berusia pertengahan 40-an.
Bekerja di sebuah kilang elektronik hampir 20 tahun.
Selalu juga datang klinik.
Selalu juga datang bawa anak2 datang klinik.
Maklumlah klinik panel.
Dan aku boleh buktikan dia bukannya kaki MC.

Semalam petang dia datang klinik.
Mengadu fikiran bercelaru.
Tak lalu makan dan susah nak tidur.
Wife pun ada sama.
Mengesahkan cerita2 beliau.
Dan cerita selanjutnya agak mengejutkan.

Dia telah ditawarkan untuk naik pangkat.
Naik level eksekutif.
Gaji besar sedikit tetapi dah tiada OT.
Dia kata dia rugi hampir 2 ribu sebulan kalau tiada OT.
Itu yang merunsingkannya.
Satu lagi,
sebelum naik pangkat,
dia kena buat presentation depan big big boss.
Orang2 Jepun.
Kena cakap bahasa Inggeris.
Itu juga merunsingkannya.
Satu lagi,
dia tak memohon jawatan itu.
Dia terpilih dan dipilih.
Kawan2 yang memohon jawatan dah cukup bersedia katanya.
Dan dia rasa dia tak bersedia.
Dia sangat berfikiran negatif.
Wife nya pun sama.
Masing2 tiada keyakinan diri.
Dan aku kena…

Aku dan Lawak Hari Jumaat

An elderly woman went to her local doctor's office.
She asked to speak with the doctor.
When the receptionist asked why she was there,
the old woman replied,
" I'd like to have some birth control pills."
Taken back,
the doctor thought for a moment and then said,
" Excuse me, ma'am, but you're 80 years old.
What would you possibly need birth control pills for?"
The woman replied,
" They help me sleep better."
The doctor considered this for a second,
and said...
" How in the world do birth control pills help you sleep?"
The woman said,
" I put them in my granddaughter's orange juice,
and I sleep better at night."

submitted by Seychelle Mae Villanueva,
Philippines,
rdasia.com
June 2012



Aku dan Pesakit Hari Ini

Seorang lelaki awal 20-an.
Terlibat dalam kemalangan jalan raya lebih setahun yang lalu.
Mengalami (R) Brachial Plexus Injury.
Kecederaan saraf besar ke tangan kanannya.
Menyebabkan kelumpuhan tangan kanannya.
Menyebabkan tangan kanannya langsung tidak berfungsi.
Beliau berubat di hospital kerajaan dan swasta.
Namun kecederaannya dikira kekal.
Dah setahun dia hanya duduk di rumah sahaja.
Mengharapkan bantuan BR1M yang tak kunjung tiba.

Entah mana dia belajar.
Dia rendam tangannya dalam air panas.
Supaya darah cepat mengalir.
Supaya sarafnya cepat berfungsi kembali.
Malangnya selain lumpuh,
tangannya juga kebas.
Langsung tak berasa apa2.
Air panas mendidih pun tak rasa apa2.
Dia rendam tangannya dalam air panas mendidih.
Bila dikeluarkan dah 'masak' tangannya.
Full thickness burn.

Dah seminggu dia dressing di Klinik 1Malaysia.
Hari ini tersesat di klinik aku.
Termenung panjang aku.
Tak tahu nak buat apa2.
Tangan dah takda kulit.
Tinggal daging sahaja.


Sedih pun ada.
Kasihan pun…

Aku dan Pejabat Imigresen Kulaijaya

Ini cerita 2 tahun yang lalu. Dan bulan Februari datang lagi. Pasport antarabangsa aku expired bulan ini. Pasport anak2 pun expired juga bulan ini. Dah beberapa kali aku pergi terjah, tetapi asyik full house aje. Tak kuasa aku nak menunggu lama2.
Mungkin ramai yang dah tahu, tapi aku baru dapat tahu. Aku boleh renew pasport secara atas talian. Jadi malam tadi aku godeh2 website mereka. Tak sangka segala2nya cepat dan pantas. Masukkan aje no K/P dan no pasport, borang dah siap terisi. Cuma upload gambar terbaru dan buat bayaran. Kemudian print resitnya.
Esok dah boleh ambil di pejabat imigresen yang dipilih.
Pukul 2:30 petang tadi aku ke Pejabat Imigresen Kulaijaya.
Bila aku bertanya di kaunter depan,
terus diarah ke kaunter 11. Confirmkan cap jari. Hantar 2 keping gambar. Dan selepas 1/2 jam, aku dah dapat ganti pasport yang baru. Tak payah bangun sesudah subuh nak ambil nombor giliran. Tak payah tunggu giliran untuk confirm cap jari. Tak payah tunggu lagi giliran untuk buat bayaran. T…

Aku dan Wordless Thursday

Takda rugi apa2pun kalau tidak menyambutnya.



Aku dan non-Wordless Wednesday

Walaupun aku takda akaun Maybank2U, hari2 pihak bank hantar notification. Suruh update akaun aku. Satu hari yang bosan, aku pun update akaun. Nampak perkataan unavialable?
Nampak bebeno nak menipu!
Kalau dulu setiap hari, selepas aku update akaun aku, makin menjadi2 pulak bank ini. Sehari 4-5 kali aku dapat notification yang sama. Haram)@&@% betul!


Aku dan Pertunangan Fiza&Firdaus

Cuti Tahun Baru Cina hari ini.
Ada majlis pertunangan anak saudara aku.
Sangat meriah.
Pihak lelaki datang dengan lapan buah kereta daripada KL.
Sambil membawa 11 dulang hantaran.
Lagi meriah kerana,
bakal suaminya saudara dekat sebelah bapak mertua aku jugak.
Kita orang yang kenen2kan masa jumpa raya puasa tahun lepas.
Alhamdulilah menjadi.
InsyaAllah bulan November ni majlis perkahwinannya.

Boleh lihat gambar2 selanjutnya di sini .

Selamat bercuti kawan2!


Aku dan Wordless Wednesday

Hanya di Sabak Awor. Salur paip jadi lampu. Gila kreatif.




Aku dan Wordless Tuesday

Jumpa di Plaza Angsana.

Aku ke Sekolah Tun Fatimah

Kalau minggu lepas ke SMS Muar,
hari ini aku ke Sekolah Tun Fatimah pulak.
Anak keduaku antara 23 orang yang terpilih.
Pengambilan pelajar kumpulan kedua.
Hanya klik rayuan secara online.
Tak perlu temuduga.
Tak perlu guna kabel besar-besar.
Tak perlu jumpa pengetua sekolah.
Tak perlu minta surat sokongan wakil rakyat.
Kami hanya berdoa kepada Allah.
Dan yakin pada kebolehan anak sendiri.


Sekolah Tun Fatimah.
Hanya 25 km jaraknya daripada rumahku.
Ramai anak2 kawanku ada di sini.
Jadi aku tak risau apa2.
Tepat jam 9 pagi,
aku tiba di Dewan Besar.
Proses pendaftaran agak mudah kerana orang tak ramai.
Mula2 kena isi borang macam biasa.
Lepas tu hantar borang/dokumen di kaunter disediakan.
Dan bayar yuran makan di kaunter sebelahnya.
Lepas tu pergi ke kedai koperasi.
Pilih dan beli segala jenis baju yang berkaitan.
Lepas tu angkat barang ke bilik asrama.
Ramai adik2 senior nak tolong angkat barang.
Terima kasih banyaklah adik2.


Pukul 10.30 pagi. Aku masuk semula ke Dewan Besar. Mendenga…

Kenapa aku suka Bandar Maharani

Aku pernah kerja di hospital Muar.
Masa jadi houseman dulu.
Sekitar tahun 1996-97.
Walaupun kena kerja siang dan malam
dan jarang dapat tengok matahari,
sempat jugak aku jalan-jalan makan-makan di bandar Muar.


15 tahun dulu.
Pagi hari minggu.
Selepas ward round dan sebelum balik tidur,
aku pergi bersarapan Mee Rebus dulu.
Lepas tu bungkus satay sikit untuk makan tengahari.
Lepas tu baru balik bilik dan tidur sampai petang.
Kalau hari tak on call,
Lepas kerja aku ke Tanjung Agas.
Makan rojak petis sambil tengok muara sungai.
Kalau hari tak on call,
aku makan malam di Seri Bentayan.
Ada Mee Bandung Muar yang famous,
atau Nasi Goreng Ayam Bentayan yang juga famous masa itu.
Sekarang warung2 tu dah dipindah lokasi.
Tapi aku tak pasti kemana.


Hari ini.
Pagi hari minggu.
Aku bukannya post call.
Tapi awal2 aku dah bangun.
Nak bersarapan dengan satay dan mee rebus.
Kedainya dah berpindah lokasi rupanya.
Dah tak berkongsi dengan tauke cina yang bancuh air.
Kedainya dah makin maju nampaknya.
S…

Aku bercuti di Sabak Awor

Dulu aku jadi orang Bangi sekejap.
Setiap hujung minggu aku pasti ke Bangi.
Sekarang aku dah jadi orang Muar pulak.
Setiap hujung minggu pasti aku ke Muar.


Aku dah Google pasal bandar Muar.
Di Booking.com cuma ada satu hotel aje.
Sabak Awor Resort.
Memang tak pernah dengar pun nama tempat ni.
Itu yang excited nak pergi tu.
Lokasinya di tepi Sungai Muar.
Dekat aje dengan bandar Muar.

Pukul 6:30 petang.
Aku tiba dilokasi.
Sabak Awor Resort.
Hotelnya biasa sahaja.
Biliknya pun biasa-biasa sahaja.
Tapi lengkap kemudahannya.
Harga pun cuma 90 ringgit.


Selepas Maghrib.
Aku ke destinasi pilihan Foursquare.
Medan Ikan Bakar Sabak Awor.
2 km aje daripada hotel.
Foursquare beri 8.6 point untuk tempat ini.
Banyak positive review tentang gerai no 8.
Gerai Wak Jos Ikan Bakar.
Ada juga gerai No 6 guna nama yang sama.
Kat deretan kedai baru siap pun ada Restoran Wak Jos juga.
Famous gila Wak Jos ni rupanya.


Medan Ikan Bakar Sabak Awor.
Diuruskan oleh Majlis Perbandaran Muar.
Jauh lebih selesa berband…