Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

03 Februari 2013

Aku bercuti di Sabak Awor

Dulu aku jadi orang Bangi sekejap.
Setiap hujung minggu aku pasti ke Bangi.
Sekarang aku dah jadi orang Muar pulak.
Setiap hujung minggu pasti aku ke Muar.


Aku dah Google pasal bandar Muar.
Di Booking.com cuma ada satu hotel aje.
Sabak Awor Resort.
Memang tak pernah dengar pun nama tempat ni.
Itu yang excited nak pergi tu.
Lokasinya di tepi Sungai Muar.
Dekat aje dengan bandar Muar.

Pukul 6:30 petang.
Aku tiba dilokasi.
Sabak Awor Resort.
Hotelnya biasa sahaja.
Biliknya pun biasa-biasa sahaja.
Tapi lengkap kemudahannya.
Harga pun cuma 90 ringgit.


Selepas Maghrib.
Aku ke destinasi pilihan Foursquare.
Medan Ikan Bakar Sabak Awor.
2 km aje daripada hotel.
Foursquare beri 8.6 point untuk tempat ini.
Banyak positive review tentang gerai no 8.
Gerai Wak Jos Ikan Bakar.
Ada juga gerai No 6 guna nama yang sama.
Kat deretan kedai baru siap pun ada Restoran Wak Jos juga.
Famous gila Wak Jos ni rupanya.


Medan Ikan Bakar Sabak Awor.
Diuruskan oleh Majlis Perbandaran Muar.
Jauh lebih selesa berbanding Umbai.
Parking tak payah bayar.
Ada menara tinjau mengadap Sg Muar.
Pekerja2nya lebih mesra alam.
Pilihan menu makanan pun banyak.
Udang, sotong dan ikan2 nampak segar.
Nasi lemak ada.
Nasi putih ada.
Nasi Goreng pun ada.
Lebih kurang macam di Umbai jugak.
Tapi tak perlu tunggu lama untuk makanan dihidangkan.
Dan paling penting,
harganya sangat berpatutan.
Lebih murah berbanding di Umbai.


Ikan Cencaru Bakar RM3.40/seekor.
Kerang Bakar RM3.50/setengah kilo.
Sotong Goreng Tepung RM8.00/setengah kilo.
Tomyam RM 4.00.
Kailan Ikan Masin RM 3.00.
Nasi Putih RM 1.00/sepinggan.
Cuma udang agak mahal sikit.
Tapi masih harga patut.


Keseluruhannya aku suka tempat ini.
Anak2 pun OK sebab tak perlu tunggu lama2.
Kalau datang lagi,
aku nak try Gerai No 9 pulak.
Ada Asam Pedas.

bersambung.


11 ulasan:

  1. Lama betul tak gi Muor..

    Wak Jos ye? Masa kecik2 kat Jln Petrie, makcik aku selalu takutkan dgn citer Wak Gos...hahaha...kalau takmo tido, dia kata Wak Gos dtg...

    BalasPadam
  2. wahhh..sedapnyer makanan2 kat situ...tu larrr..banyak sebenarnyer tempat2 yg menarik nie..cuma jarang org bercerita pasal tempat2 nie..bila da berblog nie..baru kita dapat tahu tempat2 yg best yg x pernah kita pergi lagi..hihi

    BalasPadam
  3. Rajin2lah baca blog saya kalau gitu.
    Zaman memang dah berubah.
    Semua boleh cari dlm hphone...

    BalasPadam
  4. saya cuma sekali pernah makan kat situ..
    mahal sikit lah..
    saya rasa..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kena tengok hari kot...
      Kalau musim ikan mahal, mahal ler...

      Padam
  5. Much more better than Umbai? Seriously? Wajib ajak hubby try lah. Dia tu nama jer skolah kat SMS tu, tapi apa places of interest pun dia tak tau... Kena educate dialah lepas nie.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Orang Johor,
      kenalah promote negeri sendiri.

      Tapi selera ikut tekak masing2.
      bila anak2 saya kata ok,
      bermakna oklah tu...
      Sebab anak2 saya boleh jadi juri Masterchef semuanya...

      Padam
  6. Pak mertua sy kt muar, tp sy x pernah tau pasal ni. Nexttime nk try la

    BalasPadam
  7. oo..ini rupanya tempat bernama pelik itu....

    BalasPadam
  8. Very good, fresh and reasonable prices!

    BalasPadam