Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

23 Februari 2013

Aku dan Homestay Kesidang

Sebelum ini aku bercuti di Sabak Awor.
Minggu ini aku bercuti di Parit Bunga pulak.
Wife ajak try duduk homestay pulak.
Dan Homestay Kesidang jadi pilihan.
Sebab wife nak cari yang ada mesin basuh.



Hj Rashid tuanpunya homestay.
Orangnya peramah dan mesra alam.
Hebat sungguh tuan haji ini.
Berderet2 rumah sewa dan bilik tumpangan dibelakang rumahnya.
Dia kata buat kerja sambilan selepas pencen.
Yelah, ada tanah luas2 gunakanlah.
Taklah nak bergantung kat anak2 semata2.


Homestay Kesidang.
Aku paling suka suasananya.
Suasana kampung.
Jauh daripada kebisingan bandar.
Rumahnya pun lengkap segala2nya.
Ada ruang rehat dan meja makan.
Ada dua bilik air, dua bilik tidur.
Dan yang penting ada mesin basuh.
Ada juga dapur dan peralatan memasak.
Juga kolam ikan patin dibelakang rumah.
Boleh dipancing kalau rajin memancing.


Homestay Kesidang.
Lokasinya tak jauh daripada SM Sains Muar.
Tak sampai pun 5 minit perjalanan.
Jadi petang Sabtu aku ke asrama dulu.
Ambil baju2 kotor untuk dibasuh.
Esok tengahari ke asrama lagi.
Pulangkan baju2 yang sudah dicuci dan digosok.
Harap2 ini sementara sahaja.
Sementara menanti dia menyesuaikan diri.


Bilik yang aku sewa bilik jenis sederhana.
Tapi bilik ini tiada aircond.
Agak panas dan berbahang pada waktu malam.
Channel Astro pun takda.
Wi-Fi jauh sekali ler.
Tapi aku ada bawa PortaWiFi sendiri.
Tak jadi masalah.

Sila singgah di sini untuk maklumat lanjut.

Salam siaran daripada Homestay Kesidang.



1 ulasan:

  1. Bro, macam mana performance porta wifi setelah few months guna? berbaloi tak?

    BalasPadam