Aku dan Statistik

Aku dan cerita2 lama:

21 Februari 2013

Aku dan minggu ini


3 minggu yang lalu.
Puteri kesayanganku masuk ke asrama.
Disebabkan dia masuk 2nd intake,
tiada langsung program orentasi.
Dia terus disuruh belajar.
Dia terus disuruh mengambil ujian.
Dia terus dibiarkan untuk berdikari.
Dia terus diwajibkan bangun pukul 5 pagi.
Dan tidur selepas jam 11 malam setiap hari.
Kejutan budaya berlaku.
Homesick jangan ceritalah.
Urusan diri semua kena buat sendiri.
Tiada siapa boleh diharapkan.
Tiada siapa boleh jadi tempat mengadu.
Kawan2 sebaya pun tak boleh diharap.
Masing2 pun merindui suasana hidup di rumah.
Bila seorang dah mula menangis,
masing2 pun menangis secara berjemaah.

Sebelum masuk asrama,
dia cuma dengar yang baik2 sahaja.
Sekarang baru dia tahu tinggi rendahnya langit.
Kawan2 first intake semua lebih pandai.
Ramai yang kata tidak memohon masuk.
Ramai yang kata dapat tawaran untuk masuk.
Kononnya mereka rasa sangat hebat.
Banyak pelajaran yang telah tertinggal.
Guru2 pun mengajar macam biasa.
Anakku mula rasa rendah diri.
Anakku mula rasa putus asa.
Anakku mula rasa nak mengalah.

Semasa cuti tahun baru cina,
anakku langsung tak ceria.
Dia dah putus asa.
Dia dah mengalah.
Dia tak nak masuk asrama lagi.
Sepanjang 4 hari di rumah,
aku dan wife tak henti2 memberi semangat.
Aku dan wife tak henti2 memberi perangsang.
Alhamdulilah,
semangatnya kembali pulih.
Semangatnya kembali berkobar2.

Kembali ke sekolah selepas cuti raya,
dia mula buat perangai kembali.
Kakak2 senior mula mengacaunya.
Padaku dan wife itu perkara biasa.
Pada warden pun itu perkara biasa.
Pada pengetua pun itu perkara biasa.
Tetapi tidak pada anakku.
Dia tidak biasa disuruh itu ini.
Dia tidak biasa diherdik itu ini.
Dia tidak biasa disindir itu ini.
Dia tidak biasa diejek itu ini.
Kekurangan dirinya menjadi bahan ejekan.
Kelebihan dirinya menjadi bahan sindiran.
Dia kembali putus asa.
Dia kembali mengalah.

Buku peraturan asrama ada 30 mukasurat.
Tetapi ada lagi tambahan 100 mukasurat.
Peraturan asrama yang tidak tertulis.
"The Unwritten Rules".
Yang kononnya akan menjadikan pelajar
lebih matang, lebih gagah dan lebih berdaya saing.
Padahal ianya ciptaan pelajar2 senior.
Yang akan memudahkan kehidupan mereka.
Tetapi menjadi beban kepada pelajar2 junior.

Minggu ini anakku lagi teruk keadaannya.
Satu hari lebih 3 kali telefon.
Menangis dan merayu nak balik.
Pujukan wife dah tak diendah lagi.
Aku dan wife ikut tertekan sama.
Nak buat kerja takda mood.
Nak tengok pesakit takda mood.
Nak masak takda mood.
Nak makan pun takda mood.
Rupa2nya dia demam.
Demam selsema, demam urat juga demam rindu.
Cikgu ada bawa dia ke klinik kesihatan.
Dapat MC sehari.
Tapi ubat dia tak makan.
Dia nak kami datang jugak.
Dia nak balik rumah jugak.

Petang semalam wife terjah ke asrama.
Minta kebenaran untuk bawa dia balik.
Minta cuti rehat sampai hujung minggu.
Minta cuti rehat untuk memulihkan semangatnya.

Mula2 aku ingat aku kenal anakku.
Aku ingat dia cekal dan tabah seperti ibubapanya.
Rupa2nya aku silap.
Dia belum cukup tabah untuk berjuang sendirian.
Dia belum cukup cekal untuk hidup sendirian.
Beberapa kawan yang punya anak di asrama aku tanyakan.
Ini masalah biasa.
Tiada yang luarbiasa.

Keputusannya hujung minggu ini.
Aku tak nak anakku keluar asrama.
Aku tak nak dia mengalah.
Aku pun tak nak mengalah.
Walaupun setiap Sabtu dan Ahad aku kena ke asrama,
itu adalah lebih baik.
Tahun depan aku dah bulat dan nekad.
Anak bungsuku tak boleh masuk asrama.




  


22 ulasan:

  1. Pengalaman yang sama pernah saya alami.. melayan keranah adik bungsu.. macam2 akal dibuatnya setiap hujung minggu.. nak balik hari isnin la.. dh dihantar hari isnin.. kena datang semula keesokan harinya.. tertinggal buku kat rumah katanya.. Minta datang pertengahan minggu teringin KFC la katanya lauk asrama tak sedap minggu nih..

    Sy layankan saja selama hampir setahun.. (maklum la adik bungsu.. status anak yatim dh ketika itu) bila dah jadi senior sikit.. Dia dah enjoy dok di asrama..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lama lagi nak naik taraf senior...

      Padam
  2. mmg betul. perkara tu mmg biasa utk pelajar yg baru masuk asrama. saya bekas pelajar sekolah anak doc dan mmg betul, utk sebulan yg pertama mmg keadaan sgt tertekan dalam sekolah. senior ragging, dgn tgk kwn2 baru yg lebih pandai lagi. tapi lama-lama dah okay, especially bila dah ada kawan rapat. zaman kena kacau tu paling lama pun sampai form 2 je. but seriously, pengalaman dalam sekolah mmg sgt menyeronokkan, dan yg paling penting, kena betul2 pandai pilih kawan.. sampaikan salam saya pada anak doktor ye :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya pun dulu duduk asrama jga.
      saya pun rasa perkara2 yg sama.
      tapi hati manusia lain2.
      tak semua orang setabah dan secekal kita.

      Padam
  3. InsyaAllah diberikan kemudahan.. kalau boleh bersabar insyaAllah hasilnya akan dapat.
    Anak saya dulu masuk asrama tingkatan 1 pun macam tu juga lebih kurang, sebab rayuan, dah lepas orentasi, sekolah agama lagi, banyak kali telipon, culture shock.
    Tapi sekarang dah sampai tingkatan 5, boleh bertahan dan telah dapat result yang bagus dalam PMR dan SMA.
    Alhamdulillah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Entahlah.
      Dah jemu memujuk.
      Dah jemu memberi semangat.

      Padam
    2. Doc x boleh jemu...Allah tidak akan membebankan hambaNya sesuai dengan kesanggupan kita...Al-Baqarah ayat 286. saya selalu pegang ayaat Al Quran ni setiap kali ditimpa masalah doc.. lg satu, dalam surah Al-Insyirah, 2 kali ayat " Tiap kesukaran pasti disertai dgn kemudahan" Jangan jemu bagi semangat doc.

      Padam
  4. saya pun masuk asrama masa form one, memang culture shock, tp alhamdulillah takde ragging2 sebab sekolah agama senior semua baik2 sangat, tp selalu juga nangis tgh malam sebab homesick,tp tak pernah sekalipun berani nak minta keluar dari asrama , sbb tahu makayah org susah....:(

    BalasPadam
  5. Kalau lah ini anak saya, saya akan keluarkan serta merta atau lebih tepat lagi tidak masukkan ke asrama langsung. Saya dan suami dua-dua pernah masuk asrama dan kami berdua keluar asrama selepas beberapa bulan (untuk suami), beberapa hari (untuk saya). Pelajaran saya dan suami merosot teruk masa di asrama. Selain sebab homesick, saya tak boleh tumpukan study sebab terlalu penat dengan aktiviti tak perlu. Sebelum PMR saya tidur pukul 10pm. Bangun 6.30am. Balik pukul 1.30pm. Lepas lunch tidur sampai 4.00pm kemudian study. Pukul 6pm keluar sport. Lepas maghrib sambung study. Alhamdulillh saya dapat 8A PMR. Tapi bila duduk asrama saya bangun 5am. Kena cuci baju (padahal kat rumah ada mesin basuh), kena makan makanan tak berkhasiat dan sesedap masakan ibu(padahal ibu masih ada), lepas pukul 2 masih kena pergi kelas. Padahal penat dan mengantuk tak hilang lagi. Petang kena sukan lagi. Malam prep. Tidur pukul 11.30pm. Otak saya mereng sebab terlalu penat dan otak tak boleh proses apa yang cikgu saya ajar. Saya nangis macam orang gila telefon mak ayah. Mak tak nak keluarkan saya. Alasan mak, duduk MRSM la baru cemerlang, malu orang tengok kalau keluar asrama dan bersekolah biasa. Saya merana dengar keputusan mak. Hari-hari call ayah nangis dan akhirnya Ayah saya buat keputusan drastik keluarkan saya walaupun cikgu pujuk jangan. Ayah kata'anak saya boleh dapat cemerlang dengan duduk rumah, takde sebab spm dia hancur kalau tak duduk asrama'. Saya nyaris cium kaki ayah saya sebab selamatkan saya dari neraka dunia. Alhamdulillah saya dan suami cemerlang spm dan kami berdua jadi juga doktor. Saya harap dr pertimbangkan lah permintaan anak doktor tu. Kalau kita ibubapa memang tak mampu provide tempat tinggal dan belajar yang selesa mungkin asrama tempat terbaik untuk mereka. Tapi kalau tidak, rumah la tempat terbaik untuk anak kita dibentuk dan dididik. Wassalam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih berkongsi pengalaman.
      Terima kasih menulis panjang2.

      Kita cuba memberi yg terbaik untuk anak2.
      Tetapi kadang2 yg terbaik pun,
      tak cukup baik untuk anak2.

      Padam
  6. Kalau lah ini anak saya, saya akan keluarkan serta merta atau lebih tepat lagi tidak masukkan ke asrama langsung. Saya dan suami dua-dua pernah masuk asrama dan kami berdua keluar asrama selepas beberapa bulan (untuk suami), beberapa hari (untuk saya). Pelajaran saya dan suami merosot teruk masa di asrama. Selain sebab homesick, saya tak boleh tumpukan study sebab terlalu penat dengan aktiviti tak perlu. Sebelum PMR saya tidur pukul 10pm. Bangun 6.30am. Balik pukul 1.30pm. Lepas lunch tidur sampai 4.00pm kemudian study. Pukul 6pm keluar sport. Lepas maghrib sambung study. Alhamdulillh saya dapat 8A PMR. Tapi bila duduk asrama saya bangun 5am. Kena cuci baju (padahal kat rumah ada mesin basuh), kena makan makanan tak berkhasiat dan sesedap masakan ibu(padahal ibu masih ada), lepas pukul 2 masih kena pergi kelas. Padahal penat dan mengantuk tak hilang lagi. Petang kena sukan lagi. Malam prep. Tidur pukul 11.30pm. Otak saya mereng sebab terlalu penat dan otak tak boleh proses apa yang cikgu saya ajar. Saya nangis macam orang gila telefon mak ayah. Mak tak nak keluarkan saya. Alasan mak, duduk MRSM la baru cemerlang, malu orang tengok kalau keluar asrama dan bersekolah biasa. Saya merana dengar keputusan mak. Hari-hari call ayah nangis dan akhirnya Ayah saya buat keputusan drastik keluarkan saya walaupun cikgu pujuk jangan. Ayah kata'anak saya boleh dapat cemerlang dengan duduk rumah, takde sebab spm dia hancur kalau tak duduk asrama'. Saya nyaris cium kaki ayah saya sebab selamatkan saya dari neraka dunia. Alhamdulillah saya dan suami cemerlang spm dan kami berdua jadi juga doktor. Saya harap dr pertimbangkan lah permintaan anak doktor tu. Kalau kita ibubapa memang tak mampu provide tempat tinggal dan belajar yang selesa mungkin asrama tempat terbaik untuk mereka. Tapi kalau tidak, rumah la tempat terbaik untuk anak kita dibentuk dan dididik. Wassalam.

    BalasPadam
  7. Saya doakan moga anak bro dapat bertahan..sebab dia di STF kan? Sekolah yg bagus tu. Masa adik saya di sana, dia takde masalah.Mungkin sebab setiap minggu mak ayah saya dtg melawat, membawa makanan..berborak2 di kafe/taman di STF tu...

    BalasPadam
  8. Moral support yang penting. Saya pernah jadi macam anak Doc masa Form 1 dulu. Lebih dramatik lagi, saya meraung sambil berpaut kat kaki mak saya depan bilik warden untuk keluar dari asrama. Mak saya pun menangis, tapi demi masa depan saya di pujuk juga.

    Bila balik sekali dalam sebulan tu, saya mengadu dengan arwah atok yang lebih 'ayah' dari ayah saya sendiri sebab saya tinggal dan membesar dengan atok dan nenek. Atok saya beri semangat yang bukan calang2. Dia suruh saya fight dan kukuh berdiri di situ. Kalau ada yang nak buli, jangan biarkan. Lawan dan pertahankan diri. Sejak itu, saya sedikit demi sedikit menongkah gelombang ganas itu dan akhirnya berjaya lepas 5 tahun. Alhamdulillah. Kerana pengalaman itulah, saya rasa saya boleh berdikari dan menjadi diri saya hari ini. Sebab tu bila saya lihat ada anak yang dah nak terima menantu masih manja dan mengadu domba dan menyusahkan mak bapak mereka, saya jadi geram. Hakikatnya, mereka mungkin tidak terdedah kepada cubaan yang lebih getir sebelum ini.

    STF ialah sekolah yang sangat baik. Saya dulu dalam kelompok SBP juga. Percayalah, akan tiba masanya dia akan mengenang saat homesicknya ini sambil tersenyum.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih berkongsi pengalaman.
      Anak saya pun baca.
      Harap2 terbuka hatinya.

      Padam
  9. ( Doc, ini kali ketiga saya cuba komen, tapi nampak macam tak masukk jer. Kalau redundant, Doc deletelah yang terlebih2 tu yer)

    Moral support yang penting. Saya pernah jadi macam anak Doc masa Form 1 dulu. Lebih dramatik lagi, saya meraung sambil berpaut kat kaki mak saya depan bilik warden untuk keluar dari asrama. Mak saya pun menangis, tapi demi masa depan saya di pujuk juga.

    Bila balik sekali dalam sebulan tu, saya mengadu dengan arwah atok yang lebih 'ayah' dari ayah saya sendiri sebab saya tinggal dan membesar dengan atok dan nenek. Atok saya beri semangat yang bukan calang2. Dia suruh saya fight dan kukuh berdiri di situ. Kalau ada yang nak buli, jangan biarkan. Lawan dan pertahankan diri. Sejak itu, saya sedikit demi sedikit menongkah gelombang ganas itu dan akhirnya berjaya lepas 5 tahun. Alhamdulillah. Kerana pengalaman itulah, saya rasa saya boleh berdikari dan menjadi diri saya hari ini. Sebab tu bila saya lihat ada anak yang dah nak terima menantu masih manja dan mengadu domba dan menyusahkan mak bapak mereka, saya jadi geram. Hakikatnya, mereka mungkin tidak terdedah kepada cubaan yang lebih getir sebelum ini.

    STF ialah sekolah yang sangat baik. Saya dulu dalam kelompok SBP juga. Percayalah, akan tiba masanya dia akan mengenang saat homesicknya ini sambil tersenyum.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bukan blog saya saja.
      Saya try post komen kat blogspot lain pun sama.
      Penat je menulis,
      tapi tak boleh masuk...

      Apa2pun,
      nanti saya check tengok.
      Terima kasih.

      Padam
  10. Adik saya dulu macam ni juga... bezanya dia form 4. Lepas dapat result 8A PMR dia dapat tawaran MRSM. Lepasa seminggu dia mula berubah dengan drastik, menjadi muram, tertekan, selalu call dan sering menangis. Seperti doc saya ambil keputusan cutikan 1 minggu. Cuba pujuk dan bagi semangat.. nampak macam ok. Bila balik semula, keadaan semakin teruk, bukan pelajaran sahaja merosot, kesihatan juga terjejas. Walaupun berat hsti dan terkilan, Kami ambil keputusan keluarkan dia dari asrama dan sekolah biasa. Alhamdulliah cemerlang dalam SPM dan skrg menjadi doktor sedang buat master di IPTA. Ini adalah pengalaman keluarga saya. Bagi saya cara pembelajaran di asrama tidak sesuai untuk semua orang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih berkongsi pengalaman.

      Semalam saya hantar dia ke asrama.
      Berat hati juga dia nak tinggalkan rumah.
      kalau hari2 biasa dia ok,
      hari nak masuk ke asrama dia berubah.
      100% berubah.
      Dia tidak seperti anak yg saya kenali.

      Saya beri tempoh sampai hujung minggu ini.
      Kalau keluar asrama itu yg terbaik,
      saya akan keluarkan.

      Betul kata awak.
      Tak semua orang sesuai dengan cara hidup di asrama.

      Padam
  11. Doc ..Allah tidak akan membebankan hambaNya sesuai dengan kesanggupan kita...Al-Baqarah ayat 286. saya selalu pegang ayaat Al Quran ni setiap kali ditimpa masalah doc.. lg satu, dalam surah Al-Insyirah, 2 kali ayat " Tiap kesukaran pasti disertai dgn kemudahan" Jangan jemu bagi semangat doc.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih atas semangat dan dorongan.

      Padam
  12. Salam Doc, rasa menarik pulak membaca blog Doc ni. Izinkan saya berkongsi sedikit maklumat. Tahniah kerana anak Doc ditakdirkan terpilih untuk ke asrama penuh. Untuk pengetahuan Doc, sebenarnya semua pelajar yg dapat keputusan cemerlang dlm UPSR perlu memohon untuk ke SBP. Pelajar2 yang kata dia tak mintak untuk ke STF mungkin bermaksud dia tidak melalui proses temuduga kot. Semua pelajar perlu mohon, ramai yang tak tau proses memasukkan data pelajar cemerlang ini (permohonan) dibuat oleh guru2 di sekolah rendah ke dlm sistem SBP, KPM. Buat masa ini, STF sbg SBT(sekolah berprestasi tinggi) diberi sedikit kebebasan(kuota) utk memilih pelajar yang berpotensi untuk membantu sekolah dalam 'niche area' sekolah masing2 spt hoki, band, orkestra, bahas, matematik dsb. Sebab itulah temuduga diadakan dengan menjadikan penglibatan dalam bidang kokurikulum sbg ukuran. Walaubagaimanapun, ini tak bermakna pelajar yang tidak dipanggil kurang berkualiti. Boleh dapat 5A maknanya boleh dpt 8A dlm PMR dan cemerlang dlm SPM.
    Anak saya ditawarkan ke SMS Semberong di Kluang thn lps sbb dpt 8A dlm PMR. Walaupun saya adalah produk SBP, saya agak keberatan kerana umur sekolah yg baru setahun jagung, anak saya akan jadi 1st batch SPM disana. Takut juga, sekolah boleh ubah strategi tapi SPM anak saya hanya sekali. Kalau ke SMS Johor mungkin lain ceritanya. Setiap keputusan yang dibuat pastinya memerlukan pertimbangan teliti atas sebab2 yang tertentu. Doc jangan putus asa untuk beri dorongan pada anak Doc, beri dia masa utk menyesuaikan dirinya.

    Tips:
    1. Kalau Doc berhasrat utk kekalkan dia di SBP, jangan sebut2 tentang opsyen kalau keluar dari SBP. Biar dia ada mind set dan fokus utk terima hakikat yg dia tak ada pilihan lain dan perlu survive di SBP. Saya pasti dia boleh buat. Jika diberi pilihan, 90% pelajar tingkatan 1 akan pilih nak keluar SBP selepas 2-3 hari mendaftar. Itu perkara biasa.
    2. Parents akan ada dlm dilema sbb anak akan call almost setiap hari utk mengadu dan nangis, kita akan bercelaru kerana naluri ibubapa ialah anak kita sdg dalam kesusahan, menderita. Sebenarnya, anak2 ini tgh berperang dgn perasaannya sendiri. Just cool them down.
    3. Berhati2 dgn alasan2 yg anak2 berikan utk keluar dari SBP. Mereka akan perbesarkan isu2 kecil, kadang2 nak meyakinkan ibubapa, ceritanya sampai boleh mendatangkan tanggapan negatif kpd pihak lain, rakan sebaya, senior, warden dsb.
    4. Selepas 2 bulan biasanya, dia dah ada kawan rapat dan sesuaikan diri dgn kehidupan asrama, 6 bulan biasanya dia dah boleh sesuaikan diri sbg junior dan pasti akan ada pelajar senior yang boleh dijadikan panduan.
    5. Masuk tingkatan 2 nanti, biasanya dia dah okey, sampai parent risau kenapa dah tak call rumah lagi. Masa ni perlu pantau akademik sbb dah mula berseronok. Bila naik form 3 to form 5, nak kena jaga, selain akademik kena jaga, jangan sampai dia jadi orang yang ditakuti oleh pelajar junior pulak.. =)

    BalasPadam
  13. assalamualaikum..

    bercerita pengalaman masuk ke SBP masa form 1, second intake.. itu juga pengalaman saya. rasa rendah diri, kakak senior pandang semacam jer. itu semua perkara biasa. tetapi hanya jadi kebiasaan pada saya hanya selepas 3 tahun di sana. sepanjang 3 tahun pelajaran saya merosot.nak keluar dari sekolah takut nak cakap dengan mak sebab tau mak ayah susah. kemuncaknya, sehinggalah result PMR keluar dan saya di kick dr SBP sebab subjek sains saya dapat C.

    saya keluar dari SBP dan masuk ke teknik. mak saya tetap nak masukkan saya ke asrama. tetapi situasi berbeza bila saya duduk di SMT. prestasi akademik saya cukup bagus. cemerlang dalam SPM, malah jauh lebih cemerlang dari rakan2 saya yang ambik akaun di SBP.

    dulu, SBP adalah tempat yang sesuai untuk anak2 yang fasiliti x cukup di rumah. tapi, anak2 sekarang, jika fasiliti di rumah lengkap, duduk di rumah masih boleh cemerlang. pada saya, hantar ke SBP/MRSM adalah lebih untuk meg"elit" kan diri anak kita.

    jika ditanya pada saya, jika ditakdirkan anak saya ada rezeki masuk ke SBP, saya tetap akan hantar.. bagi dia rasa macamana rasanya stay di hostel. tapi, jika ketahanan diri sudah nampak kendur, prestasi pelajaran merosot, kesihatan terganggu, sudah tiba masanya dia balik semula ke rumah. mungkin dia sama macam ibunya (saya), hanya selesa duduk di hostel pada umur 16 tahun...

    sekadar berkongsi pengalaman dan pendapat yer doc...



    BalasPadam