Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

26 Februari 2013

Aku dan Monday Blues

Pesakit #10#11#12

3 orang warga Nepal.
Sepatutnya kena bekerja pada hari minggu.
Katanya tertinggal kenderaan.
Langsung tak pergi kerja.
Datang ke klinik pada pagi Isnin.
Masing2 minta MC seorang satu.
MC untuk semalam.
Merayu2 minta MC untuk semalam.
Kalau tak dapat MC,
gaji dipotong 200 ringgit seorang.
Hampir meroyan aku dibuatnya.
Lalu aku call supervisornya.
Aku minta gunalah budi bicara.
Bukannya gunakan MC untuk selesaikan masalah.

Pesakit #35

Seorang lelaki macho dan segar bugar.
Belum berkahwin.
Kerja di sebuah kilang panel.
Tahun ini sahaja dah 3 kali datang ke klinik.
Petang Isnin semalam dia datang klinik lagi.
Pagi tadi demam dan sakit kepala.
Langsung sambung tidur sampai tengahari.
Petang ni dah rasa sihat.
Tapi kena datang klinik juga untuk ambil MC.
Jangan tanya apa aku buat kat dia.
Jangan tanya apa aku cakap kat dia.
Tapi kalau aku doktor klinik kerajaan,
aku beri satu jarum besar kat bontot
dan satu branula size 21G kat tangan.

Pesakit #70

Seorang lelaki lewat 30-an.
Dia dah lama tak ke klinik aku.
Dia juga bukannya kaki MC.
Datang ke klinik dengan muka berserabut.
Mengadu sakit kepala dan tak boleh tidur.
Tanpa paksaan dia pun bercerita.
Dia dan 3 tahun tak tidur bersama isterinya.
Walaupun anak dah enam,
isterinya tidak lagi menyayanginya.
2 tahun yang lalu,
dia berkahwin dengan seorang wanita Indonesia.
Dia kata isterinya yang memberi persetujuan
untuknya berkahwin lagi.
2 bulan yang lalu,
isteri keduanya terpaksa pulang ke Indonesia.
Ada masalah dengan pasportnya.
Dan 2 bulan ini hidupnya huru-hara.
Sebab itu dia tak boleh tidur.
Sebab itu dia selalu sakit kepala.
Aku tak salahkan isterinya.
Aku salahkan dia.
Isterinya dingin terhadapnya mungkin bersebab.
Suami mendapat kenikmatan sekejap,
isterinya yang menanggung azab.
Azab mengandungkan anak,
azab melahirkan anak,
juga azab membesarkan anak2 yang enam.
Mungkin itu menyebabkan isterinya trauma.
Memang benar anak2 itu anugerah.
Tapi anak2 juga tanggungjawab.
Tanggungjawab isteri bukannya di atas katil sahaja.
Tanggungjawab suami pun bukannya di atas katil sahaja.

Pesakit#80

Ingat cerita budak ini ?
Hari isninku.
Penuh dengan drama sebabak.
Penuh dengan thriller.
Penuh dengan cerita2 melankolik.
Tapi semestinya berakhir dengan happy ending


4 ulasan:

  1. Saya baru aja lepas sound direct seorang brader kilang ni, umur 42 tahun...Sebabnya, dia kaki MC. Okeh, itu tak apa. Semalam dia dtg mintak MC--sakit leher katanya,ok..saya beri. Hari ni dtg lagi, dan minta sambung MC. Saya tolak dengan baik, cakap berlapik mengenangkan umur nya. Tapi dia mula perli2 saya..cakap " baik tak payah bukak klinik". Makanya, sebab dia dah start trigger & provoke saya, maka saya jadi marah dan terkeluar lah segala yg terbuku dalam hati saya selama ni, saya sound dia direct tentang perangai kaki MC nya. Dan selepas ini, mudah kerja saya kalau dia dtg lagi ke klinik saya, sense of hormat/nak berlapik cakap sebab faktor umur tu dah terlerai.

    BalasPadam
  2. banyak citer mc..para doktor memang kurang gemar orang mintak mc yer.... :D

    BalasPadam
  3. Saya baca sambil gelak2. Senang sikit kerja org HR mcm saya kalau semua doktor tegas mcam ni. Tahniah doc. Patient yg last tu dah tumbuh kulit baru. Elok kering nampaknya. Apa yg doc buat pada tangan dia masa first time dia datang tu?

    BalasPadam
  4. saya kan pesakit classic migrain...
    kengkadang datang mintak ubat jaa.
    dulu2 saya memang selalu dpat mc..
    skang ni saya ckp tak mau mc..(tak larat baru saya ckp..ok nak mc..)
    nak rehat jaa..
    agak2 tak larat cuti jaa..
    kadang2 tu memang Dr tak bg MC pon..hehehe...

    hehe...

    BalasPadam