Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

14 Februari 2013

Aku dan Pejabat Imigresen Kulaijaya

Dan bulan Februari datang lagi.
Pasport antarabangsa aku expired bulan ini.
Pasport anak2 pun expired juga bulan ini.
Dah beberapa kali aku pergi terjah,
tetapi asyik full house aje.
Tak kuasa aku nak menunggu lama2.

Mungkin ramai yang dah tahu,
tapi aku baru dapat tahu.
Aku boleh renew pasport secara atas talian.
Jadi malam tadi aku godeh2 website mereka.
Tak sangka segala2nya cepat dan pantas.
Masukkan aje no K/P dan no pasport,
borang dah siap terisi.
Cuma upload gambar terbaru dan buat bayaran.
Kemudian print resitnya.
Esok dah boleh ambil di pejabat imigresen yang dipilih.

Pukul 2:30 petang tadi aku ke Pejabat Imigresen Kulaijaya.
Bila aku bertanya di kaunter depan,
terus diarah ke kaunter 11.
Confirmkan cap jari.
Hantar 2 keping gambar.
Dan selepas 1/2 jam,
aku dah dapat ganti pasport yang baru.
Tak payah bangun sesudah subuh nak ambil nombor giliran.
Tak payah tunggu giliran untuk confirm cap jari.
Tak payah tunggu lagi giliran untuk buat bayaran.
Tak payah tunggu beberapa jam untuk ambil pasport.
Rasanya belum ramai warga Kulai yang guna kaedah atas talian.
Pegawai tu pun agak kelam-kabut tak tahu nak buat apa.

Cuma ada beberapa masalah:
Kanak2 bawah 18 tahun masih kena guna sistem lama.
Server tak boleh beza gambar .jpeg dengan .jpg
Padahal benda yang sama sahaja.
Nasib baik otak bergeliga sikit.
Selesai juga masalah.

Sekarang aku dah ada pasport baru.
5 tahun akan datang tak payah susah payah ke Pejabat Imigresen.
Tapi masih tak pasti ceruk mana nak merantau.
Pasport aku yang sebelum ini cuma 2 tahun.
Itupun 2 kali aje pakai untuk ke Singapura.
5 tahun akan datang,
Indonesia,
Mekah,
Vietnam,
Hong Kong,
Shanghai,
Japan,
Australia,
New Zealand,
France,
Hawaii,
mana lagi?



  

5 ulasan:

  1. owh, saya pun baru tahu boleh renew atas talian.... :)
    tapi passport saya tamat tempoh hujung tahun ni.. lambat lagi..hihi..
    ~~2014 boleh la ke brazil utk fifa world cup doc ;)

    BalasPadam
  2. Pejabat Imigresen kat Kukup tu paling mudah, paling cepat, paling kosong takde orang :)

    BalasPadam
  3. Saya pun baru tahu. Passport saya pun baru expired, baru 3 kali guna jer sepanjang 5 tahun. Nak renew pun tak sure nak pergi mana. So, diamkan aja dulu.

    BalasPadam
  4. Terus tingat bila passport aku mati agaknya

    BalasPadam
  5. Jabatan Imigresen antara yg paling cekap selepas KWSP & Jabatan Pendaftaran. Wife aku buat, tak sampai 1 jam dah siap kat Cawangan Kelana Jaya. Selesai hntr dokumen, gi minum kejap dlm 30 min, pastu pegawai dia keluar bitau dah siap. Efisien sungguh.

    BalasPadam