Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

14 Februari 2013

Aku dan Pesakit Hari Ini


Seorang lelaki awal 20-an.
Terlibat dalam kemalangan jalan raya lebih setahun yang lalu.
Mengalami (R) Brachial Plexus Injury.
Kecederaan saraf besar ke tangan kanannya.
Menyebabkan kelumpuhan tangan kanannya.
Menyebabkan tangan kanannya langsung tidak berfungsi.
Beliau berubat di hospital kerajaan dan swasta.
Namun kecederaannya dikira kekal.
Dah setahun dia hanya duduk di rumah sahaja.
Mengharapkan bantuan BR1M yang tak kunjung tiba.

Entah mana dia belajar.
Dia rendam tangannya dalam air panas.
Supaya darah cepat mengalir.
Supaya sarafnya cepat berfungsi kembali.
Malangnya selain lumpuh,
tangannya juga kebas.
Langsung tak berasa apa2.
Air panas mendidih pun tak rasa apa2.
Dia rendam tangannya dalam air panas mendidih.
Bila dikeluarkan dah 'masak' tangannya.
Full thickness burn.

Dah seminggu dia dressing di Klinik 1Malaysia.
Hari ini tersesat di klinik aku.
Termenung panjang aku.
Tak tahu nak buat apa2.
Tangan dah takda kulit.
Tinggal daging sahaja.


Sedih pun ada.
Kasihan pun ada.
Klinik kerajaan semacam tak buat apa2.
Sepatutnya hantar dia ke unit kaunseling.
Hantar dia ke unit cara kerja.
Dia kena terima hakikat.
Dia kena teruskan hidup.
Dia kena belajar survival.
Walaupun hanya dengan satu tangan.
Dia tak perlukan bekalan ikan.
Dia perlukan joran dan mata kail.
Dia bukan sekadar memerlukan wang BR1M.
Dia perlukan sokongan dan panduan.
Untuk meneruskan penghidupan.



9 ulasan:

  1. Sape lah yg bagi idea suruh buat gitu....

    BalasPadam
  2. so kena buat camne Dr. ?
    kena potong ke? ke boleh lagi skin grafting?

    BalasPadam
  3. aduh...kesiannya,ngerinya.sape la g bg idea mcm tu..sedihnye..

    BalasPadam
  4. Hrmm tak tau nak luahkan apa ye..Bila dah terdesak.. tak de pulak yang memberi panduan.. kesian ada dlm pada tu gelihati pun ada kat empunya diri

    BalasPadam
  5. Allahu Akbar. Kesiannya. Socso tak berikan panduan dan bantuan ker? Dah 3-4 tahun Socso sibuk dengan Return To Work (RTW) program. Menggalakkan dan menyediakan kerja untuk OKU agar mereka boleh terus bekerja tanpa menunggu pencen ilat (dan menghabiskan duit modal PRU).

    Serius, saya simpati.

    BalasPadam
  6. dulu aku accident 2 bulan sebelom SPM. tangan kanan kerosakan saraf. alhamdulila, x lumpuh seluruh lengan.. tp da x normal 100%. nak terima hakikat mmg pedih.. apatah lagi nak menjawab SPM dengan tangan KIRI. Alhamdulila... semua nye selamat..
    nasihat utk budak nie, dier kena dapatkan kaunseling. dier kena faham dengan keadaan dier yg sudah berkurangan.

    aku betol2 simpati dengan nasib dier.. jgn mengalah sahabat.

    BalasPadam
  7. Astaga sapa la ajar camtu. Kesian2. Mmg org camni perlukan kaunseling. Itu je yg leh bantu.

    BalasPadam
  8. masa accident dulu tak refer unit cara kerja ke?

    BalasPadam