Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

16 Februari 2013

Aku dan Pesakit Hari Ini

Seorang lelaki berusia pertengahan 40-an.
Bekerja di sebuah kilang elektronik hampir 20 tahun.
Selalu juga datang klinik.
Selalu juga datang bawa anak2 datang klinik.
Maklumlah klinik panel.
Dan aku boleh buktikan dia bukannya kaki MC.

Semalam petang dia datang klinik.
Mengadu fikiran bercelaru.
Tak lalu makan dan susah nak tidur.
Wife pun ada sama.
Mengesahkan cerita2 beliau.
Dan cerita selanjutnya agak mengejutkan.

Dia telah ditawarkan untuk naik pangkat.
Naik level eksekutif.
Gaji besar sedikit tetapi dah tiada OT.
Dia kata dia rugi hampir 2 ribu sebulan kalau tiada OT.
Itu yang merunsingkannya.
Satu lagi,
sebelum naik pangkat,
dia kena buat presentation depan big big boss.
Orang2 Jepun.
Kena cakap bahasa Inggeris.
Itu juga merunsingkannya.
Satu lagi,
dia tak memohon jawatan itu.
Dia terpilih dan dipilih.
Kawan2 yang memohon jawatan dah cukup bersedia katanya.
Dan dia rasa dia tak bersedia.
Dia sangat berfikiran negatif.
Wife nya pun sama.
Masing2 tiada keyakinan diri.
Dan aku kena buka kelas kaunseling sekejap.
Mengulang kembali kata2 Prof Muhaya di Astro Oasis.
Tapi dia dah nekad.
Dia tak nak jawatan itu.
Dia tak nak buat presentation.
Dia tak nak memalukan diri dia sendiri.
Dia nak minta cuti panjang2.

Inilah antara masalah bangsa kita.
Tidak mahu keluar daripada kepompong.
Tidak mahu keluar daripada zon selesa.
Tidak mahu mencabar keupayaan diri.
Tidak mahu bersaing.
Takut untuk bersaing.
Aku dulu pun pernah mengalami pengalaman yang sama.
Stress tahap gaban bila kena uji tahap maksimum.



7 ulasan:

  1. salam weekend abg doc.., wak pon xmoh stress selalu jugakk..aHHKs

    BalasPadam
  2. Setuju ngan ko, kebanyakan memikirkan pulangan jangka pendek

    BalasPadam
  3. Saya juga ada masalah itu. Tapi x kritikal sangat rasanya hehe. Maybe juga itu taktik syarikat untuk keluarkan dia dari union dan untuk cost saving. OT staff lebih muda lebih murah kan.

    BalasPadam
  4. Dulu staf aku pun macam tu, HR naikkan pangkat. Hilang segala OT walhal naik exec, gaji naik RM200 jer.

    Kesian dia, duit kereta, rumah semua guna duit OT. Hilang OT, pening kepala gak. Last2 resign.

    BalasPadam
  5. saya pernah terlibat dgn management meeting di mana menaikkan pangkat pekerja bg mengelakkan mereka OT berlebihan....tujuannya satu nak jdkan pekerja lbh efisyen dan kedua jimat kos...

    BalasPadam