Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

25 Februari 2013

Aku dan PortaWiFiku


Ini cerita dulu.
Ini pula cerita selepas 2 bulan.

PortaWiFiku.
Hanya satu keistimewaannya.
Portable.
Mudahalih.
Boleh digunapakai dimana2 sahaja.
Tapi yang lain2 mengecewakan.
Liputannya seperti angin.
Sekejap kuat, sekejap lambat,
sekejap laju, sekejap perlahan.
Dalam rumah ataupun di luar rumah.
Kadang2 rasa nak baling ke dinding pun ada.

PortaWiFiku.
Aku ambil pakej medium.
6 GB sebulan.
98 ringgit sebulan.
Ada diskaun 12 ringgit sebulan untuk setahun pertama.
Ada juga kontrak selama setahun.
Kena bayar penalti kalau pecah kontrak.

PortaWiFiku.
Ada limit 5 gajet untuk satu2 masa.
Kalau semua orang ada dalam rumah,
dan setiap orang pegang satu gajet,
memang ada yang tak dapat sambungan.
Memang gaduh siapa yang patut dapat sambungan.

Aku dah biasa pakai Streamyx.
Streamyx lebih stabil dan lebih dipercayai.
Walaupun aku ambil pakej sederhana,
kira masih laju untuk tulis blog dan upload gambar.
Tapi PortaWiFi sangat mengecewakan.
Biasanya Celcom 3G lebih pantas banding portaWiFi.
Kalau takda janggut pun boleh tumbuh janggut.
Kalau takda buasir pun boleh kena buasir.
Kalau ada darah tinggi pun boleh kena heart attack.

Inilah pengalamanku bersama PortaWiFiku.
Inilah jawapan kepada DaddyZiyyad yang bertanya.



11 ulasan:

  1. Pantas sungguh Doc beri jawapan. Tq for the review juga. Nampaknya belum menjadi pilihan terbaik lagi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jawapan dah lama ada dalam kepala.
      Cuma malas nak menaip.

      Padam
  2. Terima kasih atas review ini bro..
    Saya dulu guna Celcom 3G, dan setelah habis kontrak, saya stop, sebab dah ada streamyx..

    Nampak gayanya, tak jadi la saya langgan Porta wifi ni..:)

    BalasPadam
  3. saya memang agak skeptikal dengan portable internet ni.. speed yg dapat kadang2 mmg jauh dari apa yg diiklankan..
    yg terbaik buat masa ini bagi saya adalah Yes!4G.. tapi liputan masih terhad

    BalasPadam
    Balasan
    1. kena habiskan kontrak sampai hujung tahun.
      lepas tu baru boleh tukar.

      Padam
  4. Aku pun baru subscribe PortaWifi ni sbb hujung tahun gi hotel2 kat Malaysia ni, wifi lemah. Rupanya PortaWifi pun lemah gak. Menyesal. Nak amik Yes 4G tapi coverage tak penuh. Lepas subscribe PortaWifi, Celcom & Maxis kuarkan 4G plak. Aduhh..

    BalasPadam
  5. saya masih setia dgn celcom khusus utk government rm50 sebulan, 5 Gb, setakat nak tgk fb dan blog, takde buka youtube sgt, cukuplah byk tu, kelajuan boleh tahan, cuma kdg2 tgk tmpt la dia slow sikit...

    BalasPadam
  6. Hi. Nak tanya sikit. Pergi dekat outlet register pastu terus dapat and straight away boleh guna ke?

    BalasPadam