Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

27 Februari 2013

Aku dan Program Saringan Kesihatan PERKESO


Poster di atas dah lama aku tampal.
Dah berpuluh orang tanya pasal poster itu.
Dah ramai yang call.
Dah ramai juga yang datang bawa baucar.
Tapi aku macam malas nak daftar klinik aku.
Malas nak key-in data dalam sistem.
Malas nak kejar result sana sini.
Malas nak membebel2 suruh pesakit ubah gaya hidup.
Aku tak kejar sangat upah wang dan ringgit tu.
Tapi bila dah gantung poster X6,
dan telinga dah tahan bila pesakit2 regular asyik bertanya aje
maka aku pun daftarkan klinik aku.

Program Saringan Kesihatan PERKESO.
Diumumkan oleh Perdana Menteri masa bajet 2013.
Semua pencarum PERKESO yang aktif,
semua pencarum PERKESO berusia 40 tahun ke atas,
layak untuk mendapat baucar ini.
Baucar ini tidak boleh ditukar dengan wang ringgit.
Baucar ini pun takda nilai wang ringgit.
Aku sendiri pun tak boleh tunaikan baucar ini.

Baucar ini perlu dibawa ke klinik yang dah mendaftar.
Boleh buat pemeriksaan kesihatan percuma.
Ramai yang ingat boleh buat 100% check up.
Boleh tahu ada penyakit berbahaya ke tidak.
Tetapi dengan baucar ini,
hanya pemeriksaan asas sahaja yang dijalankan.
Baucar ini sesuai untuk orang yang sihat sahaja.
Orang yang tak pernah berpenyakit,
orang yang tak pernah buat pemeriksaan kesihatan.

Orang2 yang dah biasa ke klinik,
orang2 yang banyak penyakit,
tak banyak yang boleh ditolong.
Ujian darah pun cuma tahu kepekatan darah,
paras gula juga paras kolesterol.
kalau nak tahu yang selebihnya,
memang takda dalam pakej baucar ini.
Untuk pencarum wanita,
ada sedikit kelebihan.
Boleh buat ujian Pap Smear.
Boleh buat pemeriksaan Mammogram.

Program kerajaan kita kena sokong.
Tapi menyokong projek kerajaan
tidak bermakna menyokong kerajaan yang ada.
Tetapi kalau sebulan 100 orang datang bawa baucar.
dan setiap bulan aku dapat payment tanpa gagal,
dan aku boleh mula berkira2 bayar instalment X6 aku,
aku akan menyokong kerajaan yang ada.

Kepada pemegang2 baucar PERKESO,
anda kena berpuasa semalaman.
Keputusan ujian darah akan lebih tepat bila anda berpuasa.

Kepada pemegang2 baucar PERKESO,
baucar tidak boleh ditukar dengan wang ringgit.
Bahagi 50-50 pun takkan dilayan.
Baucar beli buku mungkin boleh.
Baucar beli komputer mungkin boleh.

Kepada wakil2 syarikat/kilang/majikan,
tiada komisen 10 atau 25 percent.
Pekerja datang ke klinik secara sukarela.
Tiada paksaan kerana mengejar komisen.


2 ulasan:

  1. hahahaha..kalau tiap2 tahun Najib buat macam ni, Ferrari pun boleh keluar kan bro...:P

    BalasPadam
  2. Hehehehe...dah sampaikan amanat kepada staffs. Tapi, full check-up basic tu pun memang sangat, sangat, sangat basic la kan Doc..

    BalasPadam