Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

28 Februari 2013

Aku dan Toyota Vellfireku

Bro, cuba tulis tentang Vellfire/Alphard pula...
dulu dah tulis tentang Estima...
Especially tentang button2 dan radio/camera berbahasa Jepun...
tentang risiko buying Jap recond ni...
TQ

Ada orang suka kereta tempatan.
Ada orang suka kereta Eropah.
Tapi aku suka kereta buatan Jepun.
Honda CRV aku pernah pakai.
Tetapi Toyota Estima adalah yang terbaik
sepanjang 15 tahun aku memandu di jalan raya.

Bila aku terpaksa menggantikan Estima aku,
aku hanya ada dua pilihan.
Downgrade ke Honda Odyssey
atau upgrade ke Toyota Alphard/Vellfire.
Selepas 12 bulan membuat penyelidikan,
juga mengumpul wang pendahuluan,
Vellfire adalah pilihan paling tepat.


Vellfire dan Alphard adalah adik-beradik.
Enjinnya enjin yang sama.
Ruang kokpit pun lebih kurang sama.
Cuma ada modifikasi luaran yang nyata.
Iaitu lampu depan dan lampu belakang bertingkat.
Juga grill depan yang menjadikannya kelihatan lebih ganas.

Aku suka kereta buatan Jepun.
Ianya sangat reliable.
Kos penyelenggaraannya lebih kurang sama dengan kereta2 tempatan.
Spare parts mudah dicari.
Hampir semua mekanik berani usik enjin kereta2 Jepun.
Dan yang penting,
ianya masih ada harga jika di trade-in.

Memandu Vellfire sangat selesa.
Pandangannya luas kerana ketinggiannya.
Tak terasa penat walau memandu berterusan KL-JB.
Tak terasa sakit pinggang pun.
Alphard/Vellfire agak tinggi di atas jalan raya.
Ada yang kata 'bergoyang' bila dilebuhraya.
Tetapi aku tak merasakannya.

Sistem audio Vellfire sudah cukup mantap.
Tak banyak modifikasi diperlukan.
Walaupun semuanya berbahasa Jepun,
butang2nya mudah difahami.
Touch screennya sensitif,
speakernya sekeliling.
Walaupun pasang DVD cap ayam,
bunyinya masih seperti dalam panggung.
Kamera pandang belakangnya sangat jelas.
Diwaktu malam ataupun di dalam hujan.


Penumpang2 dibelakang jarang yang mengeluh.
Penumpang2 dibelakang jarang bertanya,
" Jauh lagi ke perjalanan? "
Ruang kaki sangat luas.
kerusinya pun boleh dibaringkan.
Ada juga butang aircond individu.
Dan kalau tertidur,
memang tak terasa seperti di atas jalanraya.

Aksesori seperti sunroof, moon roof,
vacuum door, auto boot hanyalah tambahan sahaja.
Itu bukannya wajib.
Hanya wajib untuk orang2 malas sahaja.
Juga untuk menaikkan harga bila nak dijual.


Selepas 8 bulan menggunakannya,
Vellfireku dah 2 kali aku servis.
Semuanya aku buat di Mutiara Motors Larkin.
Kosnya tak lebih 300 ringgit.
Setakat ini ganti benda2 wajib sahaja.
Selepas2 ini tak tahu lagilah.

Setakat ini aku tiada apa2 masalah dengan Vellfireku.
Aku hanya tambah booster untuk dapatkan siaran radio Malaysia.
Aku juga tambah satu monitor ditengah untuk tengok DVD.
Sedikit kekurangan membeli kereta Jepun;
GPSnya berbahasa Jepun,
GPSnya pun hanya ada peta negara Jepun,
langsung tak boleh dipakai di sini.
Takda siapa yang boleh modify setakat ini.

Sensor mengingatkan pakai seatbelt sungguh menjengkelkan.
Start enjin aje mesti kena pakai seatbelt.
Penumpang sebelah pun wajib pakai seatbelt.
Kalau tidak menanah telinga.

Penggunaan minyak lebih sedikit banding Estima.
Walaupun ada lampu ECO-friendly menyala,
aku tak rasa sangat penjimatannya.
Mungkin sebab bodynya lebih berat.
Juga penggunaan rim 18" yang standard.

Kepada DaddyZiyyad yang bertanya.
Tak rugi membeli.
Tak kalah memakai.

Apa selepas ini?
Tunggulah anak2 masuk asrama semuanya.
Aku nak beralih ke X6 pulak.

p.s 
Risiko membeli kereta recond adalah minimal.
Kebanyakan kereta masih dalam tip top condition.
Cuma sijil AP yang kadang2 bermasalah.
Ada AP klon, 
AP Sabah/Sarawak,
AP palsu pun ada.
Jadi kalau membeli kereta recond,
pergilah ke kedai2 yang besar2.
Semak salinan APnya betul2.
Kalau bertanya dengan salesman,
memang semua takda masalah.
Tetapi bila nak trade in kemudian hari,
barulah timbul isu2 AP tersebut.

102 ulasan:

  1. Saya dan hubby suka dengan kereta continental. Tapi bila dah mula mendatangkan masalah, setiap bulan poket bukan setakat bocor, tapi koyak rabak, maka kami terpaksa tukar ke Toyota juga. Dan betul, bila nak trade in langsungggg tiada harga.

    Hubby dah lepas, tinggal saya seorang yang menanggung kekoyakan poket untuk kereta continental nie.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Puan pakai kereta apa? Saya VW rasa memang mengoyakkan poket..huhu

      Padam
    2. korang belum rasa Pajero Sport aku 3.8 Petrol.kalu korang dah rasa memang Vellfire pun korang tak pandang. Hahahahaaha

      Padam
    3. korang belum rasa Pajero Sport aku 3.8 Petrol.kalu korang dah rasa memang Vellfire pun korang tak pandang. Hahahahaaha

      Padam
    4. Saya minat vellfire... plan nk beli.. skrg guna stream..

      Padam
  2. Thanks bro...
    kalau di JB, Mutiara Motors..
    Kalau di tempat saya, nak yg paling reliable, Naza.

    BalasPadam
  3. Doc punya Z Platinum, ada power boot. Aku punya V-spec.

    BalasPadam
    Balasan
    1. janji VF.
      Orang bukan tahu pun...

      Padam
    2. Aku rasa spec VF lagi straight forward dari spec Estima yg entah apa2. Jenuh nak menjawab/menolong org yg nak beli Estima sbb byk sgt option.

      Padam
    3. Doc, J*B 99 tu keta you ker? Nampak kat KL Sentral 11 Mei lalu. Ada stiker M7 Mutiara motors.

      Padam
    4. Bukan.
      Saya dah lama tak ke Kay Ell.
      Plet saya 4 angka.
      Belum mampu nak beli 2 angka.

      Padam
    5. Ok Doc. ingatkan dtg KL nak sopping2 tudung..hahaha

      Padam
  4. saya pun suka recond dari jepun, tak byk masalah walau dia ckp jepun bagai nak rak, manual pun jepun, jenuh cari translater

    BalasPadam
  5. wow..kereta idaman ni..orang rumah aku pun dah asek tanya2 bila nak amek Vellfire ni..Dah ade planning tapi tak penah jumpa thread @ blog macam ni. Bro, kalau bole bagi info sket pasal Vellfire 2.4 & 3.5..Survey Vellfire 2.4 tapi risau pulak. Ramai yg kata berat (walaupun ntah diaorg penah drive Vellfire @ tak) So apa kata kita dengar dari owner Vellfire sendiri dari segi pickup, FC & lain2. Rasanya ramai yg nak tahu ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nasharuddin,

      Terima kasih menyinggah di sini.
      Kalau nak banding 2.4 dgn 3.5,
      memang 3.5 lebih power enjinnya.
      Tapi roadtaxnya berganda2 bayarannya.

      Pada saya 2.4 dah memadai.
      Taklah rasa berat sangat.
      Sama ada dari segi penjagaan.
      Juga dari segi pengunaannya.

      Saya bukannya arif sangat pasal kereta.
      Saya tahu bawa sahaja.
      Tapi pengalaman 15 tahun bawa mcm2 kereta,
      Estima is still the best.

      Padam
    2. Ok, terima kasih untuk balasan. Memang dalam fikiran ni samada estima @ vellfire. Tapi orang rumah dah attack vellfire je. Tu pasal nak survey kalau2 Fuel Consumption dia ok. Takut jugak jadi macam MPV yg saya guna sekarang.

      Padam
    3. Terima kasih atas balasan. Memang budget saya hanya vellfire 2.4 saja. Kalau 3.5 tu selain roadtax, harga pasaran jugak tinggi. Tak mampu pulak rasanya. Itu yg saya rajin cari thread pasal vellfire sbb nak dengar pendapat owner sendiri pasal 2.4cc ni. Saya tak pernah drive toyota jadi tak tahu macamana vellfire ni dari segi Fuel Consumption. Ade yg kata KL - Trengganu pergi balik RM150 je petrol nya.
      Memang estima & vellfire yg saya survey sekarang ni. Cumanya orang rumah dah attack vellfire je. hihihi

      Padam
    4. Assalamualaykum saudara Zouldahan. Saya nak minta kebenaran dari anda untuk menggunakan keterangan anda berkenaan kenderaan buatan negara jepun sebagai isi lampiran dalam kertas kerja saya. harap saudara Zouldahan sudi beri maklum balas. Terima kasih.

      Padam
  6. Mau bertanya la tuan pasal vellfire Z platinum ni.. Saya dah survey byk kedai di area KL. The best price dapat RM213K thn 2010 with sunroof. Boleh advise sikit pasal harga tu kira ok ke tak ok?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah lama saya tak survey harga.
      Tapi rasanya berbaloi tu.

      Semoga dapat beraya dengan kereta baru!

      Padam
    2. Boleh dapat spec golden eye 2012. Nak raya banyak promotion.

      Padam
  7. Salam..ok ke pakai booster radio tu? Clear x sound?

    BalasPadam
  8. assalam semua...
    tuan home-decoration dpt Vellfire Z platinum dgn harga RM213k utk tahun 2010 with sunroof adalah amat murah..
    saya mmg menkaji Vellfire untuk Bos saya...
    rata2 dlm harga
    240k full spec , 229k full spec without sunroof

    BalasPadam
  9. assalam semua...
    home-decoration dpt harga dlm rm213k with sunroof adalah amat murah..
    tahun 2010 pulak tu...
    rata2 saya survey utk bos saya, harga..
    245k untuk full spec with sunroof n cold box
    229k full spec without sunroof n cold box

    BalasPadam
  10. saya dah pakai estima 5 tahun..makeup sampai 30k..last2 skali terpaksa jual sebab leeking sunroof selepas cat semula.sedih sangat n suami dcide ambil vellfire v6. tapi mmng berbaloi...160km/j x rasa apa..setahun lebih pakai tapi x pernah kena lagi saman ekor. mungkin abg polis faham kot...hihihi..

    BalasPadam
  11. saya pun dah pakai estima selama 5 tahun..makeup kete tu hampir 30k..mmng sayang sangat..lepas hantar cat tiba2 ada problem sunroof leekingsetiap kali hujan...suami dcide nak jual estima n ambil vellfire...sedih pada mulanya sbb estima saya sangat2 cantik. rupa2nya bila pakai vellfire...perhhh...kelas ko..160km/j x rasa ape pun...setahun lebih dah pakai...sampai skang x kena lagi saman ekor walaupun x pernah bawa slow...vellfire terbaik...

    BalasPadam
  12. lagi bersemangat nak beli vellfire ni...ada kedai kat ceras offer alphard 2009 harga 175k....saya cari kat mudah, vellfire 2009 harga 176K...skrang den dlm dilema

    BalasPadam
  13. Sy baru sj pakai vellfire 2 minggu. Dok cari apa2 kelemahan tp tak Nampak sangat. Rasa mcm best. Berat...ada rasa skit sbb sblum ni pakai Serena Highstar memang berbeza dan lebih berdesup. Tak sabar nak balik kg di Kedah cuti skolah Mac nanti. Setakat ni sy berbangga sgt ngan Vellfire saya.

    BalasPadam
  14. Vellfire..emmm best sgt2 berbanding ngan Serena Highwaystar sy dulu

    BalasPadam
  15. Assalam Tuan-tuan sekalian, saya tengah dalam dilema nak ambik Estima full spec 2.4 (power boot, electric/auto 3rd roll seat, DVD player) dengan Vellfire 2.4 Z Platinum. Harga sama jer. Nak minta pandangan sahabat semua. Penning la..hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Estima jimat sikit feul consumption berbanding VF.tp enjin lama ACR50.Facelift Estima 2012 nmpk menarik.

      Padam
    2. enjin dan gearbox estima ACR 50, ACR 55, vellfire dan alphard ANH 20 adalah sama....yang membezakan adalah chasis dan body sahaja....:)

      Padam
  16. kat mana nak servis keta vellfire area ampang

    BalasPadam
  17. Ambil vellfire..tidak mengecewakan.. kerana saya sudah pakai kedua2nya..
    Vellfire superb.!!!

    BalasPadam
  18. Vellfire superb.!!! Dijamin x kan kecewa.

    BalasPadam
  19. Kite sama2 cuba hindarkan perasaan riak bila memandu vellfire tu..

    BalasPadam
  20. Banyakkan berzikir masa memandu tak kira kereta apa pun..insya allah berkat

    BalasPadam
  21. Slm bos...nk ty mcm mn kt nk tau AP tu sabah ,sarawak @ palsu @ semenanjung.....n

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mintak salesman tunjuk AP.
      Tengok chop company mana.
      Ada alamat.
      Semenanjung ke sabah/sarawak.
      Palsu ke bukan,
      Tengok no chasis pd AP.

      Padam
    2. tak sangka jumpa blog bro nie.....org umah nie yg sibuk sgt nak beli vellfire @ alphard.....pening saya memikirkan soal kereta nie.....saya minat kat estima tapi dia tang vellfire pulak....almaklumlah passengger semua sekali 8 org.....so nampak gayanya saya kena tumpukan kat vellfire.....need more info berkenaan ngan roadtax, minyak petrol yg sesuai, kos penyelenggaraan.......

      Padam
    3. VF harga dh mula turun sikit slps VF2015 launching.if bleh tunggu 1-2 thn, lg turun tu.tp kalau dh passengernya 8 org mananya bleh tunggu lg.sila beli.

      Padam
  22. Tqwm bro...nk ty 1lg..btl ka 2.4 pkai timing chin n 3.5 pkai timing balt

    BalasPadam
  23. Ada cara tak utk tukar setting dvd player dari bahasa jepun ke English ?

    BalasPadam
  24. Salam bro,nak mintak info sikit:
    1) kat kedai mana tuan buat utk letak booster kat radio tuan tu?
    2) tuan tau tak kat mana kita boleh beli audio utk estima ni?

    BalasPadam
    Balasan
    1. pua kumbu. pergi shj kedai aksesori di keliling area KSL dan Holiday Plaza.hampir semua kedai kat situ boleh bikin.cuma pastikan tawar harga baik punya.maklum le area tu, target keta singpore jek.sy tukar booster harga 280.setakat ni ok jek.standard radio japs jgn tukar sbb kebanyakan radio tu high spec.original.sayang nk tukar.

      Padam
  25. Salam bro..VF 2015 nmpk gorgeous.2.5, double wishbone.

    BalasPadam
  26. Assalammualaikum, Bro.. TQVM sebab ada tempat mengadu...Saya baru beli estima 2008 reg. 2012 ...saya lupa nak tanya pasal AP dan minta salinannya...bagaimana kita nak tahu dan nak minta ?
    Satu lagi, kat area jb kat mana service estima yang baik, even repair atau apa apa nak ganti barang, dimana?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dear Zamri,

      Tahniah atas kehadiran Estima baru anda.
      Biasanya AP disertakan sekali dlm dokumen jualbeli.
      Kalau takda tanyalah kat salesman.
      Mesti ada copy punya.

      Estima paling mudah nak servis,
      Mana2 kedai pun boleh.
      Alatganti pun senang nak cari.

      Join geng MEOG.
      Malaysian Estima Owner Group.
      Dalam FB pun ada.
      Group Whatsapp pun ada .
      Semalam baru diaorang buat gathering kat Kulai.

      Padam
    2. TQVM tuan. Saya sudah pun terima salinan AP hari ini. Semua berkeadaan sah disisi undang-undang. 1 lagi tuan nak tanya. Saya dah pasang internal booster untuk radio tapi hanya dpt dari 76-90 sahaja. Apa sebabnya? adakah booster tersebut tidak bagus atau signal booster tersebut tidak kuat?

      Padam
    3. Welcome to MEOG.
      Saya dah nampak awak di group Whasapp.
      Apa2 soalan tanyalah dengan otai2 di sana.

      Wasalam.

      Padam
  27. Salam saya dah pakai vell ni since early 2012, mileage pon dah dekat 150k km dah sy lenjan. so far mmg xde masalah besar cuma last month kena tukar cooling coil aircond sbb leaking dan x sejuk,cost dlm 1k ++. Dan lg satu baru 2 hari lepas my wife kata ada signal vsc off keluar dan kereta jadi vibrate . So sy beritahu berhenti parking tepi mati kan enjin dan start semula. Dan ok. X de kena lg. So ada sesapa di sini yg pernah kena mcm tu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. assalam, boleh tahu tahun dibuat dan modelnya...berapa cc?

      Padam
  28. Slm sy pon bru angkt sbijik vellfire 3.5 taun 2014 dan kete nie sngat best.. Semuanya perfect..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tuan....3.5 pkai taiming chin ka @ timing balt

      Padam
    2. 3.5 v6 timing chain tuan.

      Padam
    3. 3.5 v6 timing chain tuan.

      Padam
  29. servis vellfire myk hitam bape liter eh..1st time nk servis..basic apa yang nk tukar
    myk hitam n filter konpem..plug?

    BalasPadam
  30. Ku teringin nak memakai.....huhuhuhu...bila nie....
    Klau ada sapa yg nak saya sambung bayar ....sila pm saya 01111485355

    BalasPadam
  31. Info yg sgt membantu dan beracun. Smlm dh servey, hari ni submit loan..mudah mudahan ada jodoh..Tq tuan dan puan

    BalasPadam
  32. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dpt harga berapa tuan? Montly anggaran berapa?

      Padam
    2. Model x sj yg sesuai dgn budget sy..158k otr. Anggaran bulanan 1.7k..masih menunggu bank jawap ni...

      Padam
  33. Klu ade grup whatsapp bole mtk tlg add sye?
    Thanks!!
    +60193222180
    Hydair
    (3.5cc v6)

    BalasPadam
  34. Klu ade grup whatsapp bole mtk tlg add sye?
    Thanks!!
    +60193222180
    Hydair
    (3.5cc v6)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Group Estima ada.
      Group VF belum ada lagi..,

      Padam
  35. Saya bercadang utk beli kereta recond dr abadi motor. Dimaklumkan kereta tersebut ap sarawak. Pandangan tuan akan ada sebarang masalah tak sekiranya kereta tersebut ap sarawak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rasanya takda masalah.
      Yg penting bukak AP klon.
      Cuma masa nak jual balik esok,
      Salesman akan main harga.
      Harga kurang sedikit banding AP semenanjung.
      Khabarnya lah...

      Padam
  36. Dr Zoul, boleh masukkan saya dalam grup wasap estima.....saya tinggal di Taman Muhibah Saleng. No 019-777-6346

    BalasPadam
  37. Assalamualaikum, saya nk tau mengenai FC & Mentainance Cost berbanding dengan Innova?

    BalasPadam
  38. Salam . Saya nk minta tolong sangat sesiapa yg ada group kereta tu invite saya masuk group korang . Saya seorang pelajar kolej vokasional dalaa bidang ni dan ingin bertanya kepada yg lebih pakar untuk mempertajamkan pengetahuan saya dlm bidang ni . Harap faham ya . Terima kasiih . 0123107403

    BalasPadam
  39. salam.. sy decide nak beli vellfire.. bole sapa2 suggest.. bagus beli recon atau used? bagus amik 3.5 o 2.4?tq

    BalasPadam
  40. salam.. sy decide nak beli vellfire.. bole sapa2 suggest.. bagus beli recon atau used? bagus amik 3.5 o 2.4?tq

    BalasPadam
  41. Assalam....saya nk tnya psal yg pakar2 keta vf ni, knape lpas tukar bateri keta jdi vibrate semasa idling...rpm turun naik...pliss

    BalasPadam
  42. Assalam....saya nk tnya psal yg pakar2 keta vf ni, knape lpas tukar bateri keta jdi vibrate semasa idling...rpm turun naik...pliss

    BalasPadam
  43. Salam..untuk tahunan VF 2.4 mcmn ye, insuran+roadtax..

    BalasPadam
  44. Assalam.... sya nak bertanya, macam mna dengan pengunaan petrol VF 3.5? adakah terlalu tinggi?

    BalasPadam
  45. Assalamualaikum....alhamdulillah..terjumpa dgn blog..terima kasih share info...kalau boleh share sekali lagi yg mana2 berpengalaman...selepas pakai vellfire 2 ke 3 thn mcm mana maintenance..? So ada perasaan nak tukar yg lain?..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam
      Kereta Jepun ni senang nak jaga
      Spareparts senang cari
      Maintenence pun tak mahal
      Saya dah pakai VF lebih 4 tahun.
      So far so good.
      Belum cadang nak tukar lagi.
      Tunggu anak2 dah lagi besar.
      Baru boleh tukar lain.

      Padam
  46. wahh..ramai perminat VF ni..sy alah sorang perminat vf jg...blum da rezeki lg nk sambar VF...

    BalasPadam
  47. NAK TANYA KEPADA PEMAKAI VF. DLM 5 THN SETAKAT NI ADA MASAALH KRITIKAL KE TENTANG VF...MOHON SHARE PD YG DA PENGALAMAN...

    BalasPadam
  48. Salam...cadang nk sambar velfire 2.4..dok tgh reki2 ni...minta pencerahan pasal rotax dan insurance utk velfire 2.4..tq

    BalasPadam
  49. Sy pun peminat VF. Esok sy nk survey VF kat JB. Target 2.4 tahun 2011@2012.

    BalasPadam
  50. Tuan beli fm booster jenis apa? Harga berapa?

    BalasPadam
  51. Assalamu'alaikum
    Terima Kasih atas perkongsian web ini, maklumat yang sangat baik. Saya baru berjinak2 untuk beli kereta Vellfire ni. Kalau ada sesiapa yg boleh bagi pandangan dari segi harga dan tahun model. Saya ingin model 8 seater (maklum laa anak ramai :) ).

    BalasPadam
    Balasan
    1. kenapa nama saya tak keluar ?

      Padam
    2. Harga kereta sahaja Vellfire 2.4 2012 @ Spec ZG dalam RM220 w GST (pilot seat). Dicadangkan beli dari NAZA sebab AP asli dan kenderaan luar/dalam diakui dalam keadaan amat baik i.e seperti baru.
      Cuba call Aidil Shah (NAZA PJ) 019-2444116.

      Padam
  52. Syabas dan tahniah tuan..info dan komen yg sgt membantu dan beracun..saya tengah survey antara estima dan vellfire utk dibawa balik mesia..kevetulan ada peluang guna AP student..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
  53. Kalau nak servis minyak apa yg terbaek yer????

    BalasPadam
  54. Kenderaan terakhir kita adalah keranda juga....

    BalasPadam
  55. Maintenance untuk vellfire 3.5 tinggi tak?

    BalasPadam
  56. Velfire saya eksiden. Bumper depan pecah kena tukar yg baru. Ade sesiapa tahu kat mana boleh dapatkan full set bumper depan velfire? Area setapak? Harga lebih kurang berapa? 0178777830.

    BalasPadam
  57. Assalam...saya sudah 3 tahun bersama Mr.Vell 2.4 Z Platinum...Alhamdulillah Superb!...Cuma nak tahu transmission fluid CVTi tu kena tukar masa berapa KM...so far kereta baru jalan dlm 60K KM....any idea?

    BalasPadam
  58. Assalam...saya sudah 3 tahun bersama Mr.Vell 2.4 Z Platinum...Alhamdulillah Superb!...Cuma nak tahu transmission fluid CVTi tu kena tukar masa berapa KM...so far kereta baru jalan dlm 60K KM....any idea?

    BalasPadam
  59. Slm...sy nk tny AP alamat sabah/srwk tp turun port klang... ade masalah x..

    BalasPadam
  60. Aku nak beli Estima. Tapi AP sabah.Siapa2 yang pernah pakai AP nie tolong cerita sikit.

    BalasPadam