Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

24 Februari 2013

Aku ke Medan Ikan Bakar Sabak Awor


Kali kedua datang ke sini.
Aku datang selepas Isyak.
Agak terlewat.
Full house.
Sebelum ini aku ke gerai no 8.
Rancangannya nak ke gerai no 9 pulak.
Tapi tiada meja yang kosong.
Jadi aku ke gerai no 10.

Kupang Masak Sambal
Udang Goreng Black Pepper
Wak Man Ikan Bakar.
Gerai hujung sekali.
Pilihan ikannya kurang sedikit banding gerai sebelah.
Tapi menunya lebih kurang sama sahaja.
Rasa masakan boleh tahan.
Kuah untuk udang dan kupang,
juga sambal untuk ikan bakar boleh tahan sedapnya.
Tapi memandangkan semua meja penuh,
hampir setengah jam menunggu,
barulah makanan sampai.
Nasi panas jadi sejuk menunggu lauk tak sampai.
Air kena tambah sementara menunggu lauk sampai.
Tapi satar gerai no 5 sangat sedap.
Itulah pengisi perut sementara tunggu lauk sampai.

Kembung Bakar Sambal
Sotong Goreng Tepung

Tips hari ini:
Datang sebelum Maghrib.
Boleh sembahyang di sana.
Boleh parking depan pintu masuk.
Boleh tengok langit senja.
Boleh pilih gerai terbaik.
Boleh dapat makanan lebih awal.

Salam siaran dari Homestay Kesidang


10 ulasan:

  1. memang x seronok bila air dah habis tapi makanan masih tak sampai2...tapi kalau kedai tu ramai orang redha je la.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bila tunggu makanan tak sampai2,
      perut lapar jadi semakin lapar.
      makanan tak sedap pun jadi sedap.

      Padam
  2. unik nama tempat Sabak Awor ni..
    my next holiday destination will be Muar.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh stay kat Kesidang.
      Boleh bawak joran sekali.

      Padam
  3. biasa pergi ke restoran wak jos sahaja ...


    dah cuba roti arab dekat roundabout depan the store tu ker ??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Belum cuba.
      Tak biasa makan roti arab.
      apa kelebihannya?

      Padam
  4. udang goreng blackpaper tu mengancam lah!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Gerai no 8 punya udang black pepper lagi sedaaap...

      Padam
  5. Dah selesai urusan sekolah di JB yer Doc? Ini mesti melawat Tg. Agas pula kan...

    BalasPadam