Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

04 Februari 2013

Aku ke Sekolah Tun Fatimah


Kalau minggu lepas ke SMS Muar,
hari ini aku ke Sekolah Tun Fatimah pulak.
Anak keduaku antara 23 orang yang terpilih.
Pengambilan pelajar kumpulan kedua.
Hanya klik rayuan secara online.
Tak perlu temuduga.
Tak perlu guna kabel besar-besar.
Tak perlu jumpa pengetua sekolah.
Tak perlu minta surat sokongan wakil rakyat.
Kami hanya berdoa kepada Allah.
Dan yakin pada kebolehan anak sendiri.


Sekolah Tun Fatimah.
Hanya 25 km jaraknya daripada rumahku.
Ramai anak2 kawanku ada di sini.
Jadi aku tak risau apa2.
Tepat jam 9 pagi,
aku tiba di Dewan Besar.
Proses pendaftaran agak mudah kerana orang tak ramai.
Mula2 kena isi borang macam biasa.
Lepas tu hantar borang/dokumen di kaunter disediakan.
Dan bayar yuran makan di kaunter sebelahnya.
Lepas tu pergi ke kedai koperasi.
Pilih dan beli segala jenis baju yang berkaitan.
Lepas tu angkat barang ke bilik asrama.
Ramai adik2 senior nak tolong angkat barang.
Terima kasih banyaklah adik2.


Pukul 10.30 pagi.
Aku masuk semula ke Dewan Besar.
Mendengar taklimat daripada Pengetua dan GPK.
Cerita pasal sejarah sekolah.
Cerita pasal kecemerlangan sekolah.
Cerita pasal kehidupan diasrama.
Dan yang penting bila dan bagaimana nak jumpa anak2.

Malam ini rumahku dah sunyi sepi.
Dua orang anakku dah takda.
Kehidupan harianku sedikit berubah.
Tak lagi kelam-kabut diwaktu pagi.
Tak lagi bergaduh giliran siapa nak ambik anak.
Tak lagi pening nak hantar latihan sukan.
Tak lagi susah2 nak sediakan makanan petang/malam.

16 ulasan:

  1. bila tak lagi kelam kabut mcm biasa, pastinya ada sesuatu yang terasa hilang kan...pastu baru terfikir, oh..nikmat kelam kabut itu membahagiakan rupanya...:)

    BalasPadam
  2. Salam kenal... Urmmm, tak payah rebut2 lagi tapi mesti rindu saat itukan.. saya pun ada gak kenangan dengan STF ni dalam satu pesta pantun tahun 1992, sekarang ni sedang berdoa agar satu hari nanti anak sy dapat belajar di sekolah termasyhur ini, AMinnn.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam ziarah.

      Ni mesti datang dari blog Aziela kan?

      Padam
  3. Tak lagi dapat berbual2 dengan mereka...kan?

    Hebat2 legasi Doc.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulilah.

      Walau pangkat tak setinggi mana,
      walau wang tak sebanyak mana,
      cukuplah ini untuk membahagiakan kita.

      Padam
  4. Saya kagum dengan Doc. Walaupun sibuk, tetapi anak-anak masih lagi berjaya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ibubapa menjadi role model kpd anak2.
      Jadi kena tunjuk yg baik2 kat anak2.

      Padam
  5. Alhamdullilah....

    Sekolah adik saya dulu ni..

    BalasPadam
  6. Same as myself. My only daughter masuk SMS Selangor 3 years ago. Walaupun dekat, tapi bila keluar dgn anak2, pasti teringatkan dia sebab tak cukup korum bila gi makan, main boling dsb. And my wife misses her only daughter sbb dia la yg rajin teman bershopping. Anyway, Allah knows best sebab itu perancanganNya.

    BalasPadam
  7. Mesti rasa cam hilang sesuatu dlm kehidupan harian kan, tahniah! Semoga anak terus cemerlang!

    BalasPadam
  8. tahniah.......semoga menjadi insan yang berguna di dunia dan akhirat :)

    BalasPadam
  9. adik saya dah masuk tahun ke 4 blajar di STF. semalam birthday dia....miss her sooooo much.....

    BalasPadam
  10. adik saya dah masuk tahun ke4 study at STF. semalam birthday dia...huhu...sedey...maknanya dah 4 tahun dia sambut bday kat sana....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Anak saya dah keluar asrama.
      Dah pindah sekolah biasa.
      Tak boleh nak sesuaikan diri.

      Padam