Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

03 Februari 2013

Kenapa aku suka Bandar Maharani

Aku pernah kerja di hospital Muar.
Masa jadi houseman dulu.
Sekitar tahun 1996-97.
Walaupun kena kerja siang dan malam
dan jarang dapat tengok matahari,
sempat jugak aku jalan-jalan makan-makan di bandar Muar.


15 tahun dulu.
Pagi hari minggu.
Selepas ward round dan sebelum balik tidur,
aku pergi bersarapan Mee Rebus dulu.
Lepas tu bungkus satay sikit untuk makan tengahari.
Lepas tu baru balik bilik dan tidur sampai petang.
Kalau hari tak on call,
Lepas kerja aku ke Tanjung Agas.
Makan rojak petis sambil tengok muara sungai.
Kalau hari tak on call,
aku makan malam di Seri Bentayan.
Ada Mee Bandung Muar yang famous,
atau Nasi Goreng Ayam Bentayan yang juga famous masa itu.
Sekarang warung2 tu dah dipindah lokasi.
Tapi aku tak pasti kemana.


Hari ini.
Pagi hari minggu.
Aku bukannya post call.
Tapi awal2 aku dah bangun.
Nak bersarapan dengan satay dan mee rebus.
Kedainya dah berpindah lokasi rupanya.
Dah tak berkongsi dengan tauke cina yang bancuh air.
Kedainya dah makin maju nampaknya.
Siap ada aircond lagi.
Mee rebusnya masih macam dulu.
Meenya dicelur dahulu supaya lebih lembut.
Dan kuahnya masih lemak manis seperti dulu.
Sataynya lebih kecil tapi masih sedap macam dulu.

Hanya di Muar sahaja.
Orang makan satay diwaktu pagi.
Kalau order satay,
Tak perlu beritahu nak berapa cucuk.
Dia hantar satu pinggan anggaran 30 cucuk.
Kalau kurang boleh tambah.
Kalau tak habis tinggal sahaja.
Masa nak bayar dia kira lidi sahaja.
Masih 50 sen secucuk.


Waktu tengahari.
Aku pergi ke Medan Selera Tanjung Emas.
Dulu Tanjung Agas namanya.
Ada deretan gerai menjual asam pedas.
Ada juga Mee Bandung.
Ada juga Rojak Petis.
Perencah mee bandung dan asam pedas pun ada dijual.
Asam pedas di sini memang power.
Kalau cuaca panas, memang berasap kepala menahan pedas.
Ramai pembesar negeri pun makan di sini.
MB Johor, TPM, Duta Singapura pun pernah datang ke sini.
Kalau banding dengan Asam Pedas Melaka,
di sini ianya lebih pekat dan likat.
Tak payah bubuh daun kesum atau bunga kantan,
dah cukup perisanya.

Pendek kata,
di Muar segala jenis masakan Johor mudah dicari.
Daripada pagi sampailah ke malam.
Aku masih tercari-cari.
Mana perginya gerai menjual Nasi Goreng Bentayan.
Teringin dan kepingin nak rasa.


14 ulasan:

  1. Kena buat trip ni..terliur tgk gambor..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Datanglah hujung minggu.
      Saya mungkin ada di sana.

      Padam
  2. Banyaknya places of interest. Saya hanya pergi ke Tanjung Emas 2 minggu lepas semata2 nak makan asam pedas. Setuju dengan Doc, asam pedas Melaka dengan Muar memang tak sama. Dan saya memang prefer Muar punya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak beli perencah asam pedas,
      dan cuba masak sendiri?

      Padam
  3. Salam...setau saya hanya di Muar sahaja satay dibuat breakfast..:)

    -bekas penuntut SMS Muar-

    BalasPadam
    Balasan
    1. Khabarnya kat Batu Pahat pun ada.

      Hidup SAMORA!

      Tapi saya geng SAJOHA...

      Padam
  4. Salam, catatan Dr Zoul ni membuat hati terlonta2 hendak ke Muar. Akhir sekali bulan lepas menikmati asam pedas Pt jawa & dua bulan lepas makan sate Muar, kedai ada air-cond, tak pasti adakah gerai yg sama dimaksudkan Dr Zoul.. ish! teringat2lah pulak!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam ziarah.

      Rasanya kedai yg sama kot.
      Sate Warisan.
      depan menara Telekom yg tinggi tu.
      Selang sebuah ada satu kedai lagi.
      Menu yg sama juga.
      Cuma yg tu takda aircond.
      tapi satenya nampak besar sikit...

      Padam
  5. saya pun kene gi muo! pernah sampai pagoh je~

    BalasPadam
  6. Dr pun macam suami saya juga.
    selalu mengimbau zaman kecik-kecik dia.
    arwah ayahnya selalu bawa dia menikmati sate pagi di muor.
    mereka bukan orang muor pun.
    tapi sanggup kesana sebab menu sarapannya special.
    "takde kat tempat lain" kata suami saya.ngeh..ngeh..

    BalasPadam
  7. Well, Doctor, nice to read your blogs! I have been in Muar since 1982 working at ST. Now doing freelance training. Settled down Muar , hometown of my children. Keep up your interesting blog.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thank you for reading my blog.
      Hope to see you in Muar someday...

      Padam
  8. Salam wbt,
    Saya adalah anak jati kelahiran Muar, setelah graduasi saya dapat posting kerja pun di kampung halaman Muar juga.. sgt terharu dengan catatan ttg Muar tanah kelahiran saya ni. Datanglah ke muar lagi Dr. Skrg Muar adalah bandar Di-Raja :)

    BalasPadam