Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2013

Aku dan Hari Ini

Pukul 6 pagi waktu tempatan.
Aku dalam proses nak balik ke Malaysia.
4 hari 3 malam yang penuh dengan pengalaman baru.
Belajar perkara2 baru.
Melihat benda2 baru.
Melihat budaya rakyat tempatan.
Rasanya seminggu pun tak boleh habis kalau nak dicerita kesemuanya.
Terima kasih Ibu Yati sebagai kepala rombongan.
Terima kasih Pak Heri sebagai pemandu arah.

Salam terakhir bersiaran daripada Bandung.



Aku ke Bandung

Dah jemu makan Mee Bandung Muar.
Jadi nak try apa sebenarnya ada di Bandung Indonesia.
Nak cari Sirap Bandung kalau ada.
Nak cuba Mee Bandung kalau ada.
Pukul 6:00 pagi,
Aku dah sampai di tambak Johor.
Bersesak2 dengan ribuan pekerja Malaysia yang bekerja di Singapura.
Pukul 8:00 pagi,
Aku tiba di Airport Changi.
Gila punya bersih.
Gila punya cantik.
Gila punya sistematik.

Pukul 10:30 pagi,
Aku berlepas ke Bandung.
Dan selamat tiba 2 jam kemudian.
Bandung dan Singapura saaangat jauh perbedaannya.
Di Bandung,
Kotanya bercelaru.
Manusia ada di sana - sini.
Kenderaan ada di mana2.
Jalan2nya berlubang2 dan nipis sahaja tarnya.
Sistem pengangkutannya kelam kabut.
Tapi surprisingly lancar.
Makanan di sini pelbagai, sedap juga murah.
Orang2 Bandung melakukan apa sahaja untuk hidup.
'Apa sahaja' ?
Nanti aku cerita.
Warga di sini sangat jauh jurang perbezaan kehidupannya.
Yang kaya, saaangat kaya hidupnya.
Yang miskin, saaangat miskin hidupnya.

Sebelum aku sampai ke sini,
Aku dah rese…

Aku dan Wordless Wednesday

Breakaway.

Aku dan Silver Jubilee Reunion: The Video

Video ini dihasilkan oleh Dr Zulkarnain Hassan,
General Surgeon di Columbia Asia Nusajaya.
Beliau juga merupakan Penghulu geng SMSJ 84/88.
Beliaulah yang paling banyak berusaha
seterusnya merealisasikan majlis reunion tempohari.

Video ini ditayangkan semasa majlis
dan kini telah diupload di YouTube.

Tahniah Nain!
Tahniah Hitler!



Aku ke Reunion Jubli Perak SMSJ

Selepas SPM 1988 aku terpisah.
Masing2 membawa haluan masing2.
Utara Selatan Timur dan Barat.
Dan selepas 25 tahun,
Aku bertemu mereka semula.
Dalam satu majlis gilang gemilang.
Perayaan Jubli Perak SMSJ 84/88.


25 tahun tak jumpa.
Ada yang langsung tak berubah.
Ada yang berubah seratus peratus.
Dulu gemuk sekarang dah kurus.
Dulu kurus sekarang dah gemuk.
Dulu hitam sekarang dah putih.
Dulu berambut sekarang dah botak licin.
Dulu comot sekarang dah handsome.


25 tahun tak jumpa.
Masing2 dah berjaya dengan kehidupan masing2.
Yang dah jadi Prof Madya ada.
Yang dah jadi pakar bedah jantung ada.
Yang dah jadi kontraktor besar ada.
Yang punya bisnes juta2 ada.
Yang jadi doktor ramai.
Yang jadi cikgu lagi ramai.
Tapi semalam itu semua tak penting.
Yang penting mengimbau kembali zaman budak2 nakal dulu.


25 tahun tak jumpa.
Yang beranak tujuh ada.
Yang kahwin sesama rakan sekelas ada.
Yang masih tak kahwin ada.
Yang dah meninggal dunia ada.
Yang hampir dapat menantu ada.
Yang hampir jadi warg…

Aku dan Minggu Ini

Minggu ini aku sibuk sikit.
Uruskan dokumen untuk audit.
Uruskan dokumen untuk cukai pendapatan.
Rutin tahunan.
Dan tahun ini pun dah masuk tahun ke 10.
Akauntan aku dah tahu sangat dah buku kira-kira aku.
Akauntan aku pula jenis ikut buku.
Tak boleh nak korner2 walau sikit pun.
Aku nak claimed rebat buku dia tak beri.
Aku nak claimed rebat internet dia tak beri.

Aku bukan seorang bisnesman.
Aku terlalu lurus untuk menjadi ahli perniagaan.
Aku buka klinik pun bukan untuk berniaga.
Ramai sungguh dah bertanya,
Bila aku nak buka klinik sendiri?
Bila aku nak tambah cawangan lagi?
Rasanya cukuplah setakat ini.
Inipun aku dah tak larat dah.
Kalau boleh dah malas nak duduk klinik hari2.
Kalau boleh dah malas nak kerja sampai malam.

Berbual2 dengan akauntan banyak menyedarkanku.
Setiap seringgit yang aku ambil dari pesakit2ku,
20 sen adalah hak kerajaan.
Untung rugi belum siap kira lagi,
tiap2 bulan dah kena bayar PCB.
Tiap dua bulan kena bayar CP500.
Lambat sikit kena penalti.
Kurang sikit p…

Aku dan Murtabak Singapore Muar

Pernah baca entri ini?
Pernah baca entri ini?
Ini sambungannya.


Setiap kali ke Sains Muar di Kesang,
aku mesti mencari Mee Bandung.
Mee Bandung, Mee Bandung, Mee Bandung.
Anak dan wife dah jemu dah.
Lalu ada kawan di Instagram beri cadangan,
cuba Murtabak Singapore pulak.

Kedainya sebaris dengan kedai Mee Bandung Muar.
Ada kawan orang Muar yang bagi tanda arah.
Banyak positive review di Foursquare.
Pagi semalam aku datang.
Untuk bersarapan pagi dengan murtabak.


Ini Murtabak Super.
Boleh makan 3-4 orang.
Dagingnya, telurnya, bawangnya, rotinya,
Digoreng sempurna.


Ini pula pencicahnya.
Bukan kari atau dhal.
Cuma sos campur timun sahaja.


Sedap. Sebab itu sekeping tak cukup kenyang. Nak kena tambah lagi. Bungkus dan bawa balik pun boleh. Walaupun sejuk masih sedap dikunyah. Lain kali kena cuba yang special pulak.



Aku dan Pesakit Hari Ini

Dah bertahun pesakit ini memujukku.
Minta tolong buang ketumbuhan ditangannya.
Tapi aku asyik mengelak aje.
Aku dah malas nak bedah2 orang.
Aku pujuk dia ke klinik pakar.
Tapi dia nak suruh aku jugak.



Dua minggu lepas dia datang.
Ketumbuhannya semakin membesar.
Lalu aku beri dia temujanji.
Datang ke klinik pagi ini.
Pukul 9 dia dah sampai.
Lima tahun menunggu dan hari ini pengakhirannya.
Dia minta kebenaran.
Nak rakam dalam video.
Nak tunjuk kat anak2 dan kawan2 katanya.


Selepas 20 minit mengerjakannya, inilah hasilnya. Ketulan lemak sebesar bola ping pong dikeluarkan. Tak sabar dia nak balik. Nak tunjuk kat anak dan isterinya.

Salam Hujung Minggu kawan2.



Aku dan Daging Rusa Black Pepper

Ingat entri ini?
Ada daging rusa bakar dimajlis ini.
Rupa-rupanya.
Sahabatku ini ada ladang menternak rusa.
Nun di Bandar Tenggara sana.
Petang semalam dia call aku.
Dia nak hantar daging rusa yang baru disembelihnya.
Dia beri aku sebelah kaki siap dengan tulang rusuk sekali.


Daging rusa termasuk dalam kategori makanan eksotik.
Harganya mencecah 50 ringgit sekilo.
Pertama kali makan daging rusa.
Dimajlis perkahwinan sahabatku tempohari.
Dan hari ini untuk pertama kali.
Aku cuba memasak daging rusa.


Ramai yang kata.
Daging rusa sangat lembut.
Tak perlu dimasak lama2.
Lagipun sangat baik untuk kesihatan.
Rendah lemak.
Rendah kolesterol.
Tinggi protein.
Bagus untuk aliran darah juga jantung.


Inilah resepi aku hari ini. Daging Rusa Black Pepper. Rasanya? Alhamdulilah sedap. Nak resepinya? Google aje. Nak daging rusa? Tunggu tahun depan. Tunggu rusa2 itu membesar dulu.




Aku dan Projek Hari Ini

Dah lama aku tak beri ceramah. Dan hari ini jadi sejarah. Aku dapat jemputan. Mengajar cikgu2 KEMAS daerah Kulai. Kena beri sedikit taklimat. Pengiraan BMI dikalangan kanak2 sekolah.
Setahun 3 kali cikgu2 kena collect data. Kena ukur tinggi dan berat kanak2 KEMAS. Kena kira BMI mereka. Namun semuanya dah tersedia. Semuanya dah ada dalam jadual. Cuma masalahnya.  Hampir semuanya makcik2 dah rabun. Takut tengok nombor kecik2 dalam carta BMI. Lepas tu pengiraan umurnya sangat spesifik. Kena ikut tahun dan bulan sekali. Nasib baik satu kelas tak lebih 30 orang murid. Taklah pening sangat nak kumpul data.
Taklimat 1/2 jam jadi sejam. Lagi 1/2 jam bersembang dengan ketua KEMAS kat situ. Merangkap Ketua Wanita UMNO Bahagian. Cerita hal2 politiklah apa lagi. Pukul 4 petang baru masuk klinik.



Aku dan Wordless Wednesday

"Tabik spring" kat Mamat Khalid dan Que Haidar.



Aku dan Lawak Hari Ini

Soalan klise wartawan Malaysia/
Jawapan klise artis Malaysia:

Soalan:
Bagaimana tahap hubungan anda sekarang?

Jawapan:
Kami hanya kawan biasa, tak lebih dari itu.
( Istilah kawan biasa ialah berpelukan dikhalayak 
dan berlaga pipi di majlis anugerah.
Kalau kawan tak biasa macamanalah agaknya )

Soalan:
Bagaimana perasaan anda setelah memenangi award/pertandingan ini?

Jawapan:
Saya tak sangka menang sebab calon lain lebih hebat.
( Apa salahnya kata saya memang jangka saya menang sebab saya telah buat yang terbaik )

Soalan:
Susah tak watak yang dilakonkan?

Jawapan:
Watak itu berat sebab bertentangan dengan saya yang sebenarnya.
( Memanglah, kalau tidak tak berlakon namanya )

Soalan:
Apa watak idaman anda?

Jawapan:
Watak lasak sebab mencabar.
( Sebenarnya yang mencabar dalam lakonan bukanlah fizikal 
tetapi bagaimana untuk memberi jiwa kepada watak itu )

Soalan:
Apa tujuan anda membuat konsert ini?
Apa tujuan anda menerbitkan album kompilasi ini?

Jawapan:
Ini hadiah saya untuk peminat yang selama ini…

Aku Gila Instagram

Aku dah terjebak.
Bermula di sini.
Dan sekarang semakin ligat.
Sekarang ada pula InstaPlace.
Boleh tunjuk di mana gambar diambil.

Nak dapat gambar yang cantik2,
tak perlu kamera DSLR mahal2.
iPhone pun dah cukup.
Tapi mata kena sentiasa memerhati.
Mata kena sentiasa peka.
Mata kena sentiasa mencari.
Angle and composition.
Juga sedikit imagination.
Berikut antara hasilnya.











Salam hujung minggu kawan2!
From iPhonography Addict.


Aku dan Grand Ville Exclusive Bungalow

Kalau aku orang kaya,
aku beli rumah banglo ini.
Lokasinya sangat privasi.
Lamannya sejuk mata memandang.
Boleh buat private garden.
Boleh buat private swimming pool.

Kalau aku orang kaya,
aku beli rumah banglo ini.
Ada ciri-ciri rumah hijau.
Bagus untuk alam sekitar.
Dapat jimatkan elektrik.
Dapat jimatkan air.

Tapi aku bukan orang kaya.
Sekadar tengok rumah contoh bolehlah.
Sekadar berangan2 bolehlah.
Sekadar mengira2 bajet bolehlah.
Memilikinya hanyalah di alam mimpi.



Aku dan Pesakit Hari Ini

Seorang gadis berusia 20 tahun.
Bekerja sebagai kerani.
Datang ke klinik ditemani seorang lelaki.
Kawan satu tempat kerja katanya.
Dia mengaku telah terlanjur.
Dan kandungannya dah berusia 6 bulan.
Dia datang untuk buat antenatal check up.
Kandungannya sihat walafiat.
Insha Allah bulan 6 ini,
bayi lelakinya akan lahir.
Keluarga pihak lelaki dah tahu dan sanggup bertanggungjawab.
Tapi keluarga pihak perempuan belum tahu.
Dia sedang berkira2 bagaimana nak beritahu keluarganya.
Masalahnya,
lelaki yang bertanggungjawab kini berada dalam penjara.
Bulan 10 tahun lepas hukuman dijatuhkan.
Penjara 5 tahun atas kesalahan samun.

Gila punya complicated masalah gadis ini.
Perut semakin membesar.
Bakal suami ada dalam penjara.
Keluarga belum diberitahu.
Tapi aku tengok dia relaks sahaja.
Macam takda masalah.
Rasa bersalah pun tidak.
Rasa takut jauh sekalilah.

Hebat gadis zaman sekarang!




Aku dan Pencerobohan Lahad Datu

Baca disuratkhabar.
Baca di portal berita online.
Baca di Facebook.
Dengar cerita kawan2.
Aku masih juga tak faham.
Apa sebenarnya berlaku di Lahad Datu?
Ada yang kata,
Ini semua sandiwara UMNO.
Ini semua sandiwara kerajaan.
Ini semua momokan kerajaan.
Maklumlah pilihanraya dah dekat.
Ada juga yang kata,
Ini semua kerja Anwar Ibrahim pengkhianat negara.
Ini kerja dia untuk menghuru-harakan negara.

Bagaimana mereka boleh menceroboh masuk?
Sempadan negara takda yang jaga ke?
Mana peralatan2 canggih kita?
Mana kapal selam Scorpene kita?
Kenapa perlu berunding?
Kenapa tak ditembak atau dibom sahaja mereka?
Kenapa askar lambat bertindak?
Kenapa bila dah ramai terkorban baru nak bertindak?
Kenyataan ahli2 politik paling memualkan.
Masing2 menangguk di air keruh.
Masing2 bercakap ikut sedap mulut.
Masing2 nak jadi juara bercakap.
Tapi cakap tanpa fakta.
Ada yang kata mereka bukan penceroboh.
Ada yang kata mereka datang kerana dijemput.
Ada yang kata mereka telah dijanjikan macam2.
Kerajaan …

Aku dan Hujung Minggu Ini

3.3.13.
Ada jemputan ke majlis perkahwinan.
Kenalan masa  kerja di hospital dulu.
Satu majlis paling hebat pernah aku hadiri.
Satu majlis perkahwinan paling "grand" pernah aku hadiri.
Jadi aku nak berkongsi di sini.

Mungkin ada yang kata aku ni kolot. Aku tak mengikuti perkembangan. Zaman sekarang. Majlis bertunang dah sangat grand. Majlis kahwin apatahlagi. Biarlah apa orang nak kata. Buat majlis ikutlah kemampuan. Kalau dah mampu apa salahnya. Tapi aku masih tak setuju. Cuma aku malas nak berbahas di sini.