Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

15 Mac 2013

Aku dan Daging Rusa Black Pepper

Ingat entri ini?
Ada daging rusa bakar dimajlis ini.
Rupa-rupanya.
Sahabatku ini ada ladang menternak rusa.
Nun di Bandar Tenggara sana.
Petang semalam dia call aku.
Dia nak hantar daging rusa yang baru disembelihnya.
Dia beri aku sebelah kaki siap dengan tulang rusuk sekali.


Daging rusa termasuk dalam kategori makanan eksotik.
Harganya mencecah 50 ringgit sekilo.
Pertama kali makan daging rusa.
Dimajlis perkahwinan sahabatku tempohari.
Dan hari ini untuk pertama kali.
Aku cuba memasak daging rusa.


Ramai yang kata.
Daging rusa sangat lembut.
Tak perlu dimasak lama2.
Lagipun sangat baik untuk kesihatan.
Rendah lemak.
Rendah kolesterol.
Tinggi protein.
Bagus untuk aliran darah juga jantung.


Inilah resepi aku hari ini.
Daging Rusa Black Pepper.
Rasanya?
Alhamdulilah sedap.
Nak resepinya?
Google aje.
Nak daging rusa?
Tunggu tahun depan.
Tunggu rusa2 itu membesar dulu.





5 ulasan:

  1. Ramai yang cakap daging rusa sedap..tapi saya tak pernah rasa....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedap beb bila dikunyah...
      Pergh...
      Eksotik...

      Padam
  2. Uishhh.... memang banyak hikmahnya babi tu diharamkan.

    Kalau kami, daging rusa tu masak rendang, Doc.

    Psssst : Join saham menternak rusa ker? Tahun depan boleh makan rusa ternakan Doc?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mana ada saham.
      Cuma dia cakap,
      kalau nak lagi kena tunggu tahun depan.

      Padam
  3. Bulan lepas baru sembelih 3 ekor arnab (guna utk study), tapi tak sanggup nk mkn sbb selama ni hari2 dok cuci & bg depa makan minum...huhuhu....tapi husband & anak mkn dgn riang gumbira :) rezeki katanya...

    BalasPadam