Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

10 Mac 2013

Aku dan Lawak Hari Ini

Soalan klise wartawan Malaysia/
Jawapan klise artis Malaysia:

Soalan:
Bagaimana tahap hubungan anda sekarang?

Jawapan:
Kami hanya kawan biasa, tak lebih dari itu.
( Istilah kawan biasa ialah berpelukan dikhalayak 
dan berlaga pipi di majlis anugerah.
Kalau kawan tak biasa macamanalah agaknya )

Soalan:
Bagaimana perasaan anda setelah memenangi award/pertandingan ini?

Jawapan:
Saya tak sangka menang sebab calon lain lebih hebat.
( Apa salahnya kata saya memang jangka saya menang sebab saya telah buat yang terbaik )

Soalan:
Susah tak watak yang dilakonkan?

Jawapan:
Watak itu berat sebab bertentangan dengan saya yang sebenarnya.
( Memanglah, kalau tidak tak berlakon namanya )

Soalan:
Apa watak idaman anda?

Jawapan:
Watak lasak sebab mencabar.
( Sebenarnya yang mencabar dalam lakonan bukanlah fizikal 
tetapi bagaimana untuk memberi jiwa kepada watak itu )

Soalan:
Apa tujuan anda membuat konsert ini?
Apa tujuan anda menerbitkan album kompilasi ini?

Jawapan:
Ini hadiah saya untuk peminat yang selama ini menyokong saya.
( Walaupun hadiah, jangan ingat dapat tengok konsert percuma atau album percuma )

Sumber:
Siti Jarum
Mingguan Malaysia

3 ulasan:

  1. Semua tu adalah ayat2 jawapan sopan yang sangat tidak kreatif.

    BalasPadam
  2. saya.. saya... no komen...ehhee...

    BalasPadam
  3. wak pon X penah tengok konsert jugkak.,aHHKs

    BalasPadam