Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

23 Mac 2013

Aku dan Minggu Ini

Minggu ini aku sibuk sikit.
Uruskan dokumen untuk audit.
Uruskan dokumen untuk cukai pendapatan.
Rutin tahunan.
Dan tahun ini pun dah masuk tahun ke 10.
Akauntan aku dah tahu sangat dah buku kira-kira aku.
Akauntan aku pula jenis ikut buku.
Tak boleh nak korner2 walau sikit pun.
Aku nak claimed rebat buku dia tak beri.
Aku nak claimed rebat internet dia tak beri.

Aku bukan seorang bisnesman.
Aku terlalu lurus untuk menjadi ahli perniagaan.
Aku buka klinik pun bukan untuk berniaga.
Ramai sungguh dah bertanya,
Bila aku nak buka klinik sendiri?
Bila aku nak tambah cawangan lagi?
Rasanya cukuplah setakat ini.
Inipun aku dah tak larat dah.
Kalau boleh dah malas nak duduk klinik hari2.
Kalau boleh dah malas nak kerja sampai malam.

Berbual2 dengan akauntan banyak menyedarkanku.
Setiap seringgit yang aku ambil dari pesakit2ku,
20 sen adalah hak kerajaan.
Untung rugi belum siap kira lagi,
tiap2 bulan dah kena bayar PCB.
Tiap dua bulan kena bayar CP500.
Lambat sikit kena penalti.
Kurang sikit pun kena penalti.

Kawan2ku ramai dah kena audit dengan lembaga hasil.
Tahun lepas wife aku pun kena.
Kalau kena audit,
Pasti kena denda dan penalti.
10 ringgit boleh jadi 20 ringgit.
100 ringgit boleh jadi 200 ringgit.
Aku ada bertanya kat akauntan,
Kenapa mereka tak kejar syarikat besar2?
Kan lagi banyak hasilnya?

Sebab itu aku angin betul dengan kerajaan.
Duit cukai yang aku bayar dibelanja sewenang2nya.
Ibarat duit tu macam parti pemerintah yang punya.
Ibarat duit tu macam keluar daripada poket sendiri.
Tabur sana sini untuk pancing undi.


Pagi semalam aku tengok video ini.
500K views dalam beberapa hari sahaja.
Kisah kekayaan Taib Mahmud.
Kisah bagaimana kroni2 nya mengumpul harta.
Kisah bagaimana mereka mempermainkan undang2 negara.
Kisah bagaimana mereka mengelak bayar cukai.
Video ni buatku rasa sangat sedih.
Betapa tak adilnya kehidupan dunia.
Yang kaya semakin kaya.
Yang miskin terus miskin.
Seperti biasa,
semua yang terlibat menafikannya.
Seperti biasa,
Anwar Ibrahim adalah dalangnya.
Agen Yahudi.
Agen Amerika.
Agen British.
Nak menghancurkan negara.

Video ini sangat teliti penghasilannya.
Video ini bukan seperti video lucah Anwar Ibrahim.
Audionya sangat jelas.
Cerita2nya pun sangat spesifik.
Tiada paksaan.
Tiada tekanan.
Semuanya seolah2 sangat biasa dilakukannya.
Ini bukti sangat jelas.
Bukan ikan bilis yang dipancingnya.
Tapi ikan2 jerung yang kelaparan.

Hari ini semua anak2ku dah ada di rumah.
Cuti panjang selama seminggu.
Meriah sikit rumah.
Riuh sikit rumah.
Kalau difikir2kan,
Dah malas nak pergi kerja dah.
Nak duduk rumah aje.
Takpun nak bawak anak2 jalan2.

Salam hujung minggu kawan2.


4 ulasan:

  1. Patutlah senyap ker Doc. Banyak isu rupanya. Doc sama dgn hubby saya. Tengok duit penat lelah kita dibazirkan dgn mewah. Berdarah jiwa.

    BalasPadam
  2. Dah jelas lagi nyata sepupu sepupu Taib Si Perompak ni mengaku dalam video, masih SPRM dan Polis tak buat siasatan. Ini lah Malaysia. Semuanya salah Anwar, semuanya salah Nik Aziz, semuanya salah DAP. UMNO itu suci. BN itu suci.

    BalasPadam
  3. Selamat berhujung minggu doc.. :)

    BalasPadam
  4. Awal doc buat lhdn. Due june kan? Better akauntan yg betul baru xde masalah ngan tax.

    BalasPadam