Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

18 Mac 2013

Aku dan Murtabak Singapore Muar

Pernah baca entri ini?
Pernah baca entri ini?
Ini sambungannya.


Setiap kali ke Sains Muar di Kesang,
aku mesti mencari Mee Bandung.
Mee Bandung, Mee Bandung, Mee Bandung.
Anak dan wife dah jemu dah.
Lalu ada kawan di Instagram beri cadangan,
cuba Murtabak Singapore pulak.

Kedainya sebaris dengan kedai Mee Bandung Muar.
Ada kawan orang Muar yang bagi tanda arah.
Banyak positive review di Foursquare.
Pagi semalam aku datang.
Untuk bersarapan pagi dengan murtabak.


Ini Murtabak Super.
Boleh makan 3-4 orang.
Dagingnya, telurnya, bawangnya, rotinya,
Digoreng sempurna.


Ini pula pencicahnya.
Bukan kari atau dhal.
Cuma sos campur timun sahaja.


Sedap.
Sebab itu sekeping tak cukup kenyang.
Nak kena tambah lagi.
Bungkus dan bawa balik pun boleh.
Walaupun sejuk masih sedap dikunyah.
Lain kali kena cuba yang special pulak.




19 ulasan:

  1. oh sedapnya. Pegi johor nt nk cari la. Landmark apa ye doc?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sek Sains Muar sebagai landmark.
      Kalau dari bandar Muar,
      buat U turn depan Sek Sains Muar.
      Ada deretan kedai di sebelah kiri.
      Selepas Shell tetapi sebelum Petronas.
      Ada signboard besar.
      Murtabak Singapura.
      Cari di Foursquare pun boleh.

      Padam
    2. Terima kasih tuan, akan ku save petunjuk ini.

      Padam
  2. kalau dekat pasti saya akan ke sana mencuba :)

    BalasPadam
  3. owh sy org muar tapi dh lama duduk area sepang,sbb family semua kje klia.owh mmg x pernah miss tiap kali trn umh uncle kt muar,mesti sggh beli murtabak sgpore.sama ada mkn situ atau tapau.kalau tapau,smpi je sepang,saya mesti panaskan,suka sgt cecah sos bertimun tu perghhhh ^^

    BalasPadam
  4. kalau saya balik Muar..
    kalau 3 hari..
    3 hari 3 malam saya boleh makan Murtabak Singapore yang ini!!
    Then
    tapau balik KL
    simpan dalam esboks..
    untuk masa depan..

    BalasPadam
  5. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  6. Doc, kalau tengahari cuba asam pedas kedai tu, memey terbaik. Kalau nasib baik ada udang goreng saiz XL murah lak tu. Pas ni leh try braiyani muara dekat deretan shoplot di kawasan kilang menghala ke giant. Dari jalan besar dah nampak, cuba try baryani kambing hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ok Lan.
      Tambah satu lagi senarai kedai nak dilawat.

      Padam
  7. Walaupun saya selaluuu lalu depan tu, tapi x pernah singgah. Ada recommendation nie, Insya Allah saya singgah.

    BalasPadam
  8. tak pernah cuba lagi lar ....

    insyaallah , next time kesana , pB akan ajak aBear

    BalasPadam
  9. Tgk rupa pun dah boleh agak, sedap.. :)

    kalau kat JB, ada juga kedai famous jual murtabak spore ni bro...kat Kg Melayu Majidee..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yg kat Kg Melayu Majidee saya dah try.
      Tapi yg kat Muar lebih sedap rasanya.

      Padam
  10. Pesal x tau pasal murtabak ni? Blk mesti cuba ni.

    BalasPadam