Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

05 Mac 2013

Aku dan Pencerobohan Lahad Datu


Baca disuratkhabar.
Baca di portal berita online.
Baca di Facebook.
Dengar cerita kawan2.
Aku masih juga tak faham.
Apa sebenarnya berlaku di Lahad Datu?
Ada yang kata,
Ini semua sandiwara UMNO.
Ini semua sandiwara kerajaan.
Ini semua momokan kerajaan.
Maklumlah pilihanraya dah dekat.
Ada juga yang kata,
Ini semua kerja Anwar Ibrahim pengkhianat negara.
Ini kerja dia untuk menghuru-harakan negara.

Bagaimana mereka boleh menceroboh masuk?
Sempadan negara takda yang jaga ke?
Mana peralatan2 canggih kita?
Mana kapal selam Scorpene kita?
Kenapa perlu berunding?
Kenapa tak ditembak atau dibom sahaja mereka?
Kenapa askar lambat bertindak?
Kenapa bila dah ramai terkorban baru nak bertindak?
Kenyataan ahli2 politik paling memualkan.
Masing2 menangguk di air keruh.
Masing2 bercakap ikut sedap mulut.
Masing2 nak jadi juara bercakap.
Tapi cakap tanpa fakta.
Ada yang kata mereka bukan penceroboh.
Ada yang kata mereka datang kerana dijemput.
Ada yang kata mereka telah dijanjikan macam2.
Kerajaan kata ini kerja pembangkang.
Pembangkang kata ini kerja kerajaan.
Askar naik Air Asia pun jadi bahan sindiran.
Mentaliti ahli2 politik kita.
Bercakap tak menggunakan otak.
Bercakap ikut sedap mulut sahaja.

Tengok gambar2 di suratkhabar.
Aku sedih dan pilu.
Ramai ahli keluarga kehilangan orang2 tersayang.
Dikala ahli2 politik sibuk mengumpul harta dunia,
dikala ahli2 politik sibuk mempertahankan jawatan mereka,
ada yang menggadai nyawa demi mempertahankan maruah negara.
Memang itu kerja dan tanggungjawab mereka.
Mereka dah berjanji setia untuk menjaga keharmonian negara.
Tapi mereka tidak minta begini akhir hidup mereka.
Dah terkorban baru disebut wira negara.
Dah terkorban baru nak beri anugerah macam2.


Sejak 12 Februari mereka dah datang.
Tetapi berita kedatangan mereka seolah2 dirahsiakan.
Ada menteri kata mereka bukannya menceroboh.
Ada menteri kata mereka bukannya militan ataupun pengganas.
Ada menteri kata mereka hanya orang2 tua,
berkain pelikat dan berselipar jepun.

Kematian polis dan askar kita bukannya kerana nasib semata2.
Ada yang mesti dipersalahkan.
Mematuhi perjanjian Geneva kononnya.
Tidak boleh membunuh sesama Islam kononnya.
Apa lagi yang perlu ditunggu?
Nak tunggu 'orang2 tua' tu mati kebuluran,
nak tunggu lebih ramai lagi askar mereka datang?
Nak tunggu lebih ramai rakyat kita terbunuh?

Ini artikel terbaik aku baca setakat ini.
Ini bukannya masalah parti pemerintah.
Ini bukannya masalah parti pembangkang.
Ini masalah pendokong kerajaan.
Lambat sangat membuat keputusan.




8 ulasan:

  1. mual dengan kenyataan dua2 pihak parti politik..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Apa2 hal Najib yang salah.
      Apa2 hal Anwar yang salah.
      Pencacai kedua2 belah pihak nak jadi penyelamat.
      Harap2 dapat jadi calon PRU nanti...

      Padam
  2. Saya benci dengan politik yang sanggup gadaikan nyawa dan negara.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Diri sendiri no 1.
      Survival politik no 1.
      Agama, bangsa dan negara jatuh no berapa ntah...

      Padam
  3. Memang kita marah bila ada pihak lontarkan dakwaan " kejadian di Lahad Datu sandiwara BN/Kerajaan ". Tapi...kita kena fikir balik...fikir sebetul betulnya...maksud 'sandiwara' itu apa...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ahli2 politik semuanya bersandiwara.
      Semuanya berdrama.
      Nak tunjuk mereka boleh jadi hero.
      Nak tunjuk mereka 'sayang'kan negara.

      Padam
  4. Kedua2 pihak Kerajaan & Pembangkang tidak memberikan respons yg bernas. Ini isu keselamatan negara bukan isu kepentingan politik masing2. Kalau pembangkang yg memimpin, dia pun kena jawab pada rakyat Malaysia kenapa pertahanan kita gagal.

    Kali ni, kita FAIL BIG TIME.

    BalasPadam
  5. LAMBAT SANGAT MEMBUAT KEPUTUSAN - betul sangat...
    Rasanya kat mana2 organisasi pun macam tu
    Org yg melaksanakan tugas - yang panas punggung - sebab orang dari kiri kanan kita dah tembak kita!!!

    BalasPadam