Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

06 Mac 2013

Aku dan Pesakit Hari Ini


Seorang gadis berusia 20 tahun.
Bekerja sebagai kerani.
Datang ke klinik ditemani seorang lelaki.
Kawan satu tempat kerja katanya.
Dia mengaku telah terlanjur.
Dan kandungannya dah berusia 6 bulan.
Dia datang untuk buat antenatal check up.
Kandungannya sihat walafiat.
Insha Allah bulan 6 ini,
bayi lelakinya akan lahir.
Keluarga pihak lelaki dah tahu dan sanggup bertanggungjawab.
Tapi keluarga pihak perempuan belum tahu.
Dia sedang berkira2 bagaimana nak beritahu keluarganya.
Masalahnya,
lelaki yang bertanggungjawab kini berada dalam penjara.
Bulan 10 tahun lepas hukuman dijatuhkan.
Penjara 5 tahun atas kesalahan samun.

Gila punya complicated masalah gadis ini.
Perut semakin membesar.
Bakal suami ada dalam penjara.
Keluarga belum diberitahu.
Tapi aku tengok dia relaks sahaja.
Macam takda masalah.
Rasa bersalah pun tidak.
Rasa takut jauh sekalilah.

Hebat gadis zaman sekarang!




17 ulasan:

  1. dan bayi tu nanti dah berusia 5 tahun baru akan kenal siapa bapanya...hurmmmm.

    BalasPadam
    Balasan
    1. itupun kalau masih dalam jagaan emaknya.

      Padam
  2. Mmg teruk dah sekarang ni doktor. Macam2 kes. Saya tgk kat malaysia, kalau couple tu mengalahkan yang dah kahwin. Pegang tangan peluk2 tak tau malu. Saya kat india sekarang, kat sini ada juga couple2 tapi dorang langsung takde peluk2 dan pegang tangan depan public. Curfew pelajar perempuan pun awal, pukul 9 dah tak boleh keluar. terjaga lah sikit.


    kita doa banyak2 kita dan keluarga dijauhkan daripada perkara macam ni. takut

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau kat sini pun ada curfew bagus gak.
      Tak payah saya kerja sampai malam.

      Padam
  3. dunia akhir zaman....benda haram, pandang sebelah mata pun tidak...takut jauh sekali...semoga allah memelihara bayi yg tak berdosa tu... * sedih* :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ini bukan kes no 1.
      Hampir setiap bulan,
      mesti ada yg terlanjur datang ke klinik.

      Padam
  4. yup..saya pun dah 2-3 kali jumpa kes mengandung luar nikah ni...mereka mmg selamba..relax

    BalasPadam
    Balasan
    1. Langsung takda rasa bersalah.
      Saya nak berceramah pun takda selera.

      Padam
  5. sian kat budak bayi tu kanns.,UHuuu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya lebih kesian kat bakal datuk/neneknya.

      Padam
  6. Macam menakutkan juga bila hal yang sebegini besar lebih mudah dikongsi dengan orang lain, tapi takut nak bagi tahu family.
    Ya Allah, moga dijauhkan.

    BalasPadam
  7. Na'uzubillah... Apa Doc kata padanya? Dia tak ada minta nasihat pun yer...?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya beri nasihat medikolegal sahaja.
      Dan saya kata saya boleh carikan famili angkat kalau dia taknak bayi tu.

      Padam
  8. masyaallah.. seram dengar. mudah2an anak2 kita semua tidak terjerumus dalam golongan seperti ini. risau cikda .. anak2 sendiri meningkat remaja. walau membesar di depan mata tapi cabarannya tak terkata..

    BalasPadam