Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

16 Mac 2013

Aku dan Pesakit Hari Ini




Dah bertahun pesakit ini memujukku.
Minta tolong buang ketumbuhan ditangannya.
Tapi aku asyik mengelak aje.
Aku dah malas nak bedah2 orang.
Aku pujuk dia ke klinik pakar.
Tapi dia nak suruh aku jugak.



Dua minggu lepas dia datang.
Ketumbuhannya semakin membesar.
Lalu aku beri dia temujanji.
Datang ke klinik pagi ini.
Pukul 9 dia dah sampai.
Lima tahun menunggu dan hari ini pengakhirannya.
Dia minta kebenaran.
Nak rakam dalam video.
Nak tunjuk kat anak2 dan kawan2 katanya.


Selepas 20 minit mengerjakannya,
inilah hasilnya.
Ketulan lemak sebesar bola ping pong dikeluarkan.
Tak sabar dia nak balik.
Nak tunjuk kat anak dan isterinya.


Salam Hujung Minggu kawan2.




23 ulasan:

  1. Lemak ke doktor patut la boleh rasa.ksdang2 lari2 kan.tapi sakit

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak sakit pun.
      Cuma segan bila bersalaman dengan orang.

      Padam
  2. seronok dia nak tunjuk kat anak bini setelah sekian lama :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Antara nikmat dan keseronokan menjadi doktor.
      Inilah sebahagiannya.

      Padam
  3. tak ngeri nyilu tapi....
    dia sangat percaya kan Dr...
    klu tak dia tak kan tunggu samapai lima tahun...

    BalasPadam
  4. macam lemak ketumbuhan tuh...excited patient tuh nak tunjuk anak bini...hihihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Siap rakam dalam video.
      Cuba cari dlm YouTube.
      Mungkin ada...

      Padam
  5. untung pernah wat posting surgery dulu2 ya...teror...

    BalasPadam
  6. doktor..
    ngerinya
    apa sebab boleh jadi macam ni eh?

    BalasPadam
  7. mcm mana boleh jadi bulat besar ketumbuhan tu doktor? tersumbat ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Takda apa2 yg sumbat pun.
      Nasib badan agaknya...

      Padam
  8. Kalau kat bahagian abdomen, macam mana Doc? Kalau x buang, boleh ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lipoma tak bahaya.
      Lipoma tak kan jadi kanser.
      Tak buang pun takpa.
      Tapi tak cantik ler...
      kalau nak buang pun,
      cosmetic reason.

      Padam
  9. Nasib bdn. He trust u so much.
    Nasib bdn. Dia kena camni.

    BalasPadam
  10. salam doc..sy ade jugak lipoma kat bahagia badan..tp bru sekarang teragak nk buang sbb dh kje..ade la duit sikit..hehe..bleh tau kat klinik/hospital mne yg bleh wat pembedahan ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tengok saiz.
      Kalau kecil2an,
      klinik swasta boleh buat.
      Tapi kalau dah besar,
      baik ke hospital kerajaan.
      Pergi ke Pesakit Luar,
      minta dirujuk ke Klinik Pakar Bedah.
      Tunggu appointment.
      Tunggu lama sikit tapi murah.
      Kalau nak ke Pakar swasta pun boleh.
      Tapi ribu2 jugak ongkosnya...

      Padam