Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

28 Mac 2013

Aku ke Bandung


Dah jemu makan Mee Bandung Muar.
Jadi nak try apa sebenarnya ada di Bandung Indonesia.
Nak cari Sirap Bandung kalau ada.
Nak cuba Mee Bandung kalau ada.
Pukul 6:00 pagi,
Aku dah sampai di tambak Johor.
Bersesak2 dengan ribuan pekerja Malaysia yang bekerja di Singapura.
Pukul 8:00 pagi,
Aku tiba di Airport Changi.
Gila punya bersih.
Gila punya cantik.
Gila punya sistematik.

Pukul 10:30 pagi,
Aku berlepas ke Bandung.
Dan selamat tiba 2 jam kemudian.
Bandung dan Singapura saaangat jauh perbedaannya.
Di Bandung,
Kotanya bercelaru.
Manusia ada di sana - sini.
Kenderaan ada di mana2.
Jalan2nya berlubang2 dan nipis sahaja tarnya.
Sistem pengangkutannya kelam kabut.
Tapi surprisingly lancar.
Makanan di sini pelbagai, sedap juga murah.
Orang2 Bandung melakukan apa sahaja untuk hidup.
'Apa sahaja' ?
Nanti aku cerita.
Warga di sini sangat jauh jurang perbezaan kehidupannya.
Yang kaya, saaangat kaya hidupnya.
Yang miskin, saaangat miskin hidupnya.

Sebelum aku sampai ke sini,
Aku dah reset minda aku.
Kota ini bukan untuk warga lelaki.
Kota ini syurga untuk warga wanita.
Jadi aku ikutkan sahaja.
Keasyikan wanita untuk mencuci mata.
Dan mengempiskan dompet.

Aku nak tengok kehidupan di sini.
Aku nak rakam kehidupan di sini.
Aku nak rasa segala makanan di sini.
Aku tak da nak beli apa2 rasanya.
Tapi jersi2 original cuma RM60 di Rumah Mode.
Cuma saiznya banyak yang takda.


Ada beberapa hari lagi aku di sini.
Petang semalam hujan lebat.
Suhu pun agak dingin.
Projek hari ini?
Ada banyak tempat dah dibooking.
Kedai jual baju sulam.
Kedai jual telekung.
Kedai jual barangan kulit.
Kedai jual barangan branded.
Tangkuban Parahu tak pergi ke?


Salam siaran dari Bandung Indonesia.






3 ulasan:

  1. Nak ikoooottttt!!!!!!!

    Saya teringin nak ke Tanah Tinggi juga.

    BalasPadam
  2. bestnya jalan2 bandung...shopping adalah perkara wajib di bandung doc! :D

    BalasPadam