Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

24 Mac 2013

Aku ke Reunion Jubli Perak SMSJ



Selepas SPM 1988 aku terpisah.
Masing2 membawa haluan masing2.
Utara Selatan Timur dan Barat.
Dan selepas 25 tahun,
Aku bertemu mereka semula.
Dalam satu majlis gilang gemilang.
Perayaan Jubli Perak SMSJ 84/88.


25 tahun tak jumpa.
Ada yang langsung tak berubah.
Ada yang berubah seratus peratus.
Dulu gemuk sekarang dah kurus.
Dulu kurus sekarang dah gemuk.
Dulu hitam sekarang dah putih.
Dulu berambut sekarang dah botak licin.
Dulu comot sekarang dah handsome.


25 tahun tak jumpa.
Masing2 dah berjaya dengan kehidupan masing2.
Yang dah jadi Prof Madya ada.
Yang dah jadi pakar bedah jantung ada.
Yang dah jadi kontraktor besar ada.
Yang punya bisnes juta2 ada.
Yang jadi doktor ramai.
Yang jadi cikgu lagi ramai.
Tapi semalam itu semua tak penting.
Yang penting mengimbau kembali zaman budak2 nakal dulu.


25 tahun tak jumpa.
Yang beranak tujuh ada.
Yang kahwin sesama rakan sekelas ada.
Yang masih tak kahwin ada.
Yang dah meninggal dunia ada.
Yang hampir dapat menantu ada.
Yang hampir jadi warga Singapore ada.
Pendek kata semuanya ada.


Daripada 90 orang yang mendaftar,
lebih 70 orang berjaya menghadirkan diri.
Rakan serumah,
rakan sebilik,
rakan sebelah meja,
rakan sekelas,
rakan sepadang bola,
rakan hisap rokok,
rakan panjat pagar,
rakan ponteng prep,
sampai pukul 1 pagi pun tak habis bercerita.


Walaupun usia dah cecah 4-series,
perangai masih macam dulu jugak.
Walaupun muka dah berubah,
perangai masih tak banyak berubah.
Kutuk-mengutuk perkara biasa.
Kalau simpan dalam hati,
memang tak kekal sampai sekarang persahabatannya.


Perjumpaan bermula jam 3 petang.
Ada sessi minum petang, sembahyang asar dan bacaan tahlil.
Ramai juga cikgu2 yang dah arwah.
Ada 3 sahabat yang seusia dah pulang ke rahmatullah.
Lepas tahlil terus sambung bersembang lagi.
Dan lepas Maghrib baru majlis sebenar bermula.
Ramai cikgu2 yang datang.
Semuanya dah tahap datuk dan nenek nampaknya.
Aku cuma kenal dua orang sahaja.
Cikgu PJ yang pernah merotan aku.
Dan Cikgu Aishah yang mengajar Kimia.
Yang lain2 langsung terpadam daripada memoriku.


Perjalanan majlis agak lancar.
Shamul dan Masumi jadi MC.
Dr Nain tukang jaga slaid projektor.
Terbaik ialah masa menyanyi semula lagu sekolah.
Dah 25 tahun tak menyanyikannya.
Seperti biasa ada cabutan bertuah dan table games.
Dan finalenya adalah persembahan nyanyian oleh Alap the Great.
Lagu Cinta Muka Buku Sains Paduan diparodikan.
Gamat dewan mendengar bait2 liriknya.
Majlis rasmi berakhir kira2 jam 11.30 malam.
Tapi aku tunggu dan bersembang sampai pukul 1 pagi.
Ada juga yang menyambung sampai pukul 3 pagi di McD.
Maklumlah mana cukup nak rewind cerita 25 tahun dalam 1 hari?


Geng SMSJ 84/88 memang gila2.
Masing2 ada kelebihan masing2.
Walaupun dah berkedudukan tinggi,
mereka masih tak lupa asal usul mereka.
Persahabatan 5 tahun tak pernah berakhir.

Kami telah berjanji.
Reunion semula Jubli Emas 50 tahun.
Lokasi dah ditetapkan.
Aturcara majlis pun dah diaturkan.
Pertandingan kerusi roda berhias.
Pertandingan gigi palsu tercantik.
Pertandingan lari bersama cucu.

Semoga berjumpa 25 tahun lagi.


4 ulasan:

  1. saya suka yg pertandingan masa reunion jubli emas 50 tahun tu nanti...hihihi..saya juga akan ada reunion bersama rakan sekelas nanti, padahal baru 2 tahun tak berjumpa (-.-")

    BalasPadam
  2. Great!
    Dan ada sorang ex student Cina ya bro?

    Jubli Emas 50 tahun? waaaaaaa...

    BalasPadam
  3. Memang menyeronokkan kalau ke reunion.

    BalasPadam
  4. Wah! Semua komited dan cooperate. Best.

    BalasPadam