Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2013

Aku dan Pesakit Hari Ini

Imej
Seorang lelaki Melayu.
Nama Melayu.
Berbinkan orang Melayu.
Ibubapanya Melayu.
Lahir di Kuala Lumpur.
Berusia 32 tahun.
Bercadang akan menikah bulan depan.
Datang ke klinik petang semalam.
Ada masalah besar katanya.
Perlu diselesaikan dengan segera.
Dia belum dikhatankan.
Dia belum bersunat.
Aku sangat terkejut.
Aku tak terkata apa-apa.
32 tahun usianya.
Bukan 12 tahun.

Dia kata masa kecik2 dulu dia hampir disunatkan.
Tetapi dia lari sebab takut.
Selepas itu dia terus mendiamkan diri.
Dan bila saat2 nak menikah dah semakin hampir,
baru dia tergerak nak bersunat.
Aku tanya,
" Kau sembahyang ke tidak? "
" Kau sembahyang Jumaat ke tidak? "
Dia hanya senyum sahaja.
Sekadar nak tahu.
Sah ke tidak sembahyangnya selama ini?

Dua tahun dulu aku pernah ada kes serupa.
Seorang lelaki Sabah.
Umur dah lebih 40 tahun.
Dah berkahwin dan punya anak 3.
Katanya masa kecik2 dah bersunat atas batang pisang.
Tapi tok mudim potong sikit aje.
Dia datang klinik untuk bersunat semula.
Bil…

Kenapa aku berUBAH?

Imej
7 hari lagi.
Hari mengundi.
Hari menentukan masa depan negara.
Gila punya lama rasanya.
Aku pun dah mula baca Sinar Harian.
Antara suratkhabar yang tak berat sebelah.
Yang tak memihak ke mana2 parti.
Yang takda cerita2 dakyah atau propaganda.
Yang masih bercerita tentang realiti kehidupan.
Bukan cerita parti2 politik semata2.
Harga rumah makin naik.
Harga barang makanan makin naik.
Nilai ringgit makin mengecil.
Jenayah berleluasa.
Dunia kacau- bilau.

Dua minggu ini asyik bercerita tentang politik.
Jumpa kawan2 di mamak,
cerita pasal politik.
Jumpa pesakit2 di klinik,
juga cerita pasal politik.
Ramai berubah muka bila aku kata aku dah UBAH.
Ramai yang terkejut bila aku dah UBAH.
Ramai juga bertanya kenapa aku UBAH?

Malaysia sepatutnya negara demokrasi.
Bukan negara komunis.
Rakyat sepatutnya bebas memilih.
Rakyat sepatutnya bebas membuat pilihan.
Tetapi daripada kecil aku dah dimomokkan.
Hanya satu parti yang boleh memerintah negara.
Hanya satu parti yang boleh memajukan negara.
Dulu,…

Aku ke Restoran Bi Si Nai

Imej
Ada satu restoran masakan Thai di Kulai Besar.
Restoran Bi Si Nai namanya.
Tepi jalan besar JB-Ayer Hitam.
Depan Poliklinik John.
Sebelah Dataran Cahaya Kulaijaya.
Restorannya sangat simple.
Tapi sentiasa penuh dengan pelanggan.
Bulan lepas ada kawanku upload gambar di FB.
Tempat kerjanya buat jamuan staf di sini.
Aku tengok macam sedap aje masakannya.
Dan malam ini.
Aku berkesempatan mencubanya.

Restorannya agak bersih. Layanannya pantas. Ada Astro di flatscreen tv dan WiFi percuma. Ada Ice-blended kalau nak cuba. Ada Satay. Dan yang penting, masakan Thai di sini sedap2. Sambal Belacannya pun terangkat. Cuma air yang dipesan agak manis sedikit. Tapi secara keseluruhan, boleh datang lagi ke sini.
Salam hujung minggu kawan2.

Aku ke Columbia Asia Nusajaya

Imej
Dah lebih 2 minggu anakku demam.
Macam2 komplennya tapi aku buat donno aje.
Itu antara ruginya jadi anak doktor.
Bila sakit bapak buat tak tahu aje.
Ala! demam biasa aje tu.

Sebenarnya,
Sejak balik dari Bandung dulu,
anakku sering mengadu sakit perut,
sakit kepala, pening juga cirit-birit sekali-sekala.
Tapi aku tengok dia masih ligat lagi.
Masih boleh bersilat,
masih boleh berlatih hoki,
masih boleh pergi dan balik sekolah.
Jadi aku buat tak kisah.

Minggu ini beberapa kali cikgunya telefon.
Dia demam kat sekolah.
Dia kata dia muntah kat bilik air.
Dia kata dia sakit perut.
Aku ingat dia 'berlakon'.
Sebab bila sibuk dengan bersukan,
pelajarannya banyak yang tertinggal.

Wife pun dah beberapa kali ingatkan aku.
Suruh check anak bungsu tu.
Suruh check darah.
Suruh beri antibiotik.
Tapi biasalah doktor.
Dah biasa tengok orang sakit.
Anak sendiri tak dihiraukannya.

Dua hari ini aku tengok dia dah lain macam.
Tak lalu nak makan.
Berat badan dah turun 4 kg.
Muka nampak pucat.
Demam p…

Aku dan Pesakit Hari Ini

Imej
3 hari yang lalu.
Jam sembilan malam.
Seorang wanita Indonesia datang ke klinik.
Tangannya terluka kena gores sinki aluminium.
Ada luka sepanjang 5 cm di ibu jari tangan kanannya.
Aku tengok lukanya agak dalam.
Ibu jarinya pun dah tak lurus.
Ibu jarinya dah tak boleh ditegakkan.
Memang sah dan pasti.
Ada urat jarinya dah terputus.
Aku cakap aku tak boleh nak buat.
Aku cakap tak boleh nak jahit lukanya.
Aku cakap kena pergi ke hospital kerajaan.
Kena sambung urat yang putus.
Baru lukanya boleh dijahit.
Kalau tidak ibu jarinya akan cacat selama2nya.

Dia mula tak keruan.
Dia mula panik.
Dia mula menangis.
Dia mula bercerita pasal kerja kantinnya.
Dia mula bercerita pasal taukenya.
Dia mula bercerita pasal situasi kewangannya.
Tapi aku hanya sekadar doktor cabuk sahaja.
Aku tak cukup peralatan untuk sambung urat yang putus.
Aku hanya mampu menulis surat rujukan ke hospital.

Hari ini dia datang kembali.
Dia nak beli ubat supaya lukanya cepat sembuh.
Lalu aku panggil dia berjumpa denganku.

Aku dan Kisah Doktor Ika

Imej
Tak susah rupanya nak berlagak jadi doktor.
Tak susah rupanya nak bekerja sambilan diklinik.
Tanpa sebarang kelulusan perubatan,
pun boleh jadi doktor sambilan.
Dah berapa ramai pesakit yang diperiksanya.
Dah berapa banyak ubatan dipreskripsinya.
Dah berapa banyak MC ditulisnya.
Dan selepas 3 bulan bekerja,
baru disyaki dan ditangkap doktor palsu ini.

Hebat 'minah' ni.
Bomoh palsu aku biasa dengar.
Ubat2 palsu pun aku biasa dengar.
Doktor2 palsu pun aku biasa jumpa.
Tapi kalau menipu sampai ke tahap ini,
memang hebat dan berani mati 'minah' ini.
Kena rujuk pakar psikiatri ni.



'Doktor Ika' didakwa menipu Oleh FADZLY IZAB
utusanmelaka@utusan.com.my
MELAKA 19 April - Seorang lelaki berperwatakan lembut dikenali sebagai 'Doktor Ika' dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan menipu pemilik sebuah klinik swasta dengan menyamar sebagai seorang doktor wanita sejak awal tahun ini.
Hasni Jamal Aripin, 26, mengaku tidak bersalah selepas pertud…

Aku dan Pesakit Hari Ini

Imej
3 hari yang lalu.
Seorang lelaki macho awal 40-an datang klinik.
Bekerja kilang.
Kerja berat katanya.
Mengadu sakit2 pinggang.
Ubat biasa aku berikan.
Painkiller dan Muscle Relaxant.

Hari ini dia datang lagi.
Masih mengadu sakit pinggang.
"Ubat saya beri tak cukup kuat ke?"
"Saya makan 2 biji aje doktor."
"Kenapa?"
"Kawan saya kata makan ubat tahan sakit tak bagus."
"Merbahaya."
"Nanti boleh rosakkan buah pinggang."
"Jadi saya takut nak makan."
"Habis macamana nak baik?"
"Tapi kawan saya suruh saya cuba makan jamu."
"Saya dah makan tapi macam tak lut aje."
"Masih sakit jugak."

Beginilah bang,
kalau abang percaya cakap kawan,
terpulanglah abang.
Buat apa susah2 datang ke klinik.
Saya pun bukannya pandai sangat.
Setakat doktor cabuk aje.
Exam pun tak lulus.
Degree pun beli kat internet.

Seorang lagi pesakit.
Seorang ibu.
Datang membawa anaknya berusia 4 tahun.
Mengadu anaknya dema…

Aku dan Hujung Minggu Ini

Imej
Hari Sabtu.
Hari untuk bermalas2.
Tapi ada company kata nak hantar pekerja buat medical.
Bukan seorang dua,
tapi hampir 20 orang.
Tunggu punya tunggu tak datang2.
Call ofis tak berjawab.
Ini bukan pertama kali.
Dah banyak kali terkena.
Janji2 yang tak boleh pakai.
Kita tunggu bagai nak rak.
Masa nak datang konon nak urgent.
Nak kena siapkan cepat.
Tapi bila tiba masanya,
mungkir janji.
Langsung takda courtesy nak call atau informed. Mangkuk punya HR.


Tengahari hari Sabtu.
Aku ke open house rumah bekas kawan sekolah. Seorang pakar bius.
Dia kerja di Singapore.
Tak sampai 2 tahun kerja,
dah boleh beli rumah 3/4 juta ringgit di Nusajaya.
Aku yang dah 10 tahun kerja jadi GP,
nak beli X6 pun tak mampu2 lagi.

Lepas rumah dia,
aku ke rumah kawan sekolah lama juga. Walaupun dia tak buat open house, Aku redah aje. Aku dengar rumahnya dah siap renovate.
Dia seorang Pakar Bedah.
Kerja sendiri baru 3 tahun.
Dah ada rumah 2 1/2 tingkat di Nusajaya.
Aku kagum dengan rumahnya.
Dah siap renovate luar …

Aku ke Medan Ikan Bakar Sabak Awor (lagi?)

Imej
Kali pertama ke gerai no 8.
Kali kedua ke gerai no 10.
Dan kali ketiga ke gerai no 9 pulak.
Rasanya cukuplah 3 kali sahaja.
Kena cari tempat lain pulak.


Hujung minggu lepas aku datang lagi.
Aku try Norseha Ikan Bakar.
Kesimpulannya?
Rasa masakan yang standard.
Layanan yang standard.
Cuma harga makanan lebih murah.

Berikut adalah menu yang dicuba:



Antara ketiga-tiga kedai, kedai Wak Jos adalah yang terbaik. Kalau rasa nak datang lagi, memang kedai Wak Jos yang aku tuju dulu.
Salam berhujung minggu kawan2.

Aku di JPN Kulaijaya

Imej
10 hari yang lalu.
Petang hari selasa yang panas.
Aku ke JPN Kulaijaya.
Anak bungsu dah cukup umur untuk dapat kad pengenalan.
Aku ambil nombor dan isi borang.
Ada 5 orang lagi sebelum giliranku.
Rasanya taklah lama nak menunggu.
Tapi 30 minit berlalu,
nombor masih tak gerak2 lagi.
Lepas 40 minit,
aku pun cabut.
Ada lain urusan yang lebih penting.


Hari ini.
Pagi hari Jumaat yang mendung.
Pukul 8.15 pagi.
Aku kembali semula ke JPN Kulaijaya.
Ada 5 orang lagi sebelum giliranku.
Tetapi tak sampai 10 minit,
giliranku pun sampai.
Pukul 8.45 pagi,
semuanya dah selesai.
Tunggu sebulan lagi untuk dapatkan kad pengenalan.


Selepas ini, dah takda lagi separuh harga. Tiket wayang dah kategori dewasa. Tiket kapal terbang dah kategori dewasa. Kos sara hidup dah bertambah. Bermakna kena lebih berjimat. Kena lebih berhemah dalam berbelanja.




Aku dan Cerita Minggu Ini

Imej
Musim pilihanraya datang lagi.
Ada pesta besar-besaran seluruh negeri. Masing2 sangat yakin dengan diri sendiri. Tapi nasib ditentukan pengundi.
Musim pilihanraya datang lagi. Tapi kali ini lambat sekali. Berbulan menunggu bagai nak mati, Sehingga keluar pelbagai spekulasi.
Musim pilihanraya datang lagi, Masing2 menaruh harapan tinggi, Ketua2 bahagian sibuk menawar diri, Juga melobi sampai tak sedar diri.
Musim pilihanraya datang lagi, Tidak kira apa punya parti, Masing2 punya agenda tersendiri, Nak berkuasa itu yang mesti.
Hari-hari kita dihidangkan, Berita2 sensasi juga fitnah sembarangan, Di suratkhabar, internet, tv juga telefon tangan, Tiada lagi batasan atau halangan.
Cerita2 dan gambar2 lucah disebarkan, Bertujuan untuk menjatuhkan lawan, Benar atau palsu tidak diendahkan, Yang penting lawan mesti kecundang.
Setiap malam pasti ramai bekerja, Menggantung poster juga bendera, Disimpang jalan atau dimana sahaja, Ada sampai bergaduh bertikam pun ada.
Dua minggu lamanya aku menanti…

Aku dan Wordless Wednesday

Imej
Aku pun tak sabar. Maaf kawan2. Mood pilihanraya. Seronok tengok orang berpolitik. Sampai takda mood nak update blog.

Aku dan Wordless Thursday

Imej
The Time Traveller...


Aku dan Wordless Wednesday

Imej
Siakap Senohong,
Gelama Ikan Duri,
Cakap Bohong,
Masih boleh jadi Menteri.

Selamat Mengundi 5 Mei nanti...



Aku dan Warna-Warni Kota Bandung (2)

Imej
Sumpah!
Ini entri terakhir pasal Bandung.
Cukuplah.





Aku dan Bandung Breakaway (Siri 8)

Imej
Ini episod terakhir siri Bandung Breakaway.

Pada tengah malam sebelum balik Malaysia,
anak2ku mula sakit perut.
Ada yang mula muntah2.
Wife pun sama.
Bekalan ubat yang aku bawa aku cuba berikan.
Tapi semuanya keluar semula.
Nasib baik aku masih boleh bertahan.

Pukul 5 pagi WIB.
Aku dan sampai di airport.
Urusan check in agak rumit sebab banyak beg nak diuruskan.
Ketiga2 anakku dah lain macam.
Masing2 dalam kesakitan.
Rupa2nya hampir semua ahli rombongan mengalami simptom yang sama.
Sah.
Keracunan makanan.
Traveller's Diarrhoea.
Masa dalam kapalterbang,
bergilir2 mereka keluar masuk bilik air.
Muntah, cirit-birit, sakit perut juga demam.
Dan Alhamdulilah.
Aku masih segar lagi.


Pukul 11 pagi waktu Malaysia.
Akhirnya aku tiba di Singapura.
Bas yang sepatutnya menunggu kami tak kelihatan.

Pukul 2 petang.
Aku tiba di Johor Bahru.

Anak2 dan isteri semuanya dah keletihan.
Urusan pasport terasa panjang dan rumit.

Sebelum sampai ke rumah,
aku singgah diklinik dahulu.
Tambah bekalan ubat u…

Aku dan Bandung Breakaway (Siri 7)

Imej
10 yang terbaik di Bandung:

1. Tukaran matawang.

Aku jadi jutawan segera di sini.
Belanja apa2 pun mesti main ribu2.
Masuk bilik air pun kena bayar Rp 1000.
T-shirt sehelai dah Rp 30 000.
Airport tax dah Rp 75 000.
Padahal Rp 1000 = 30 sen aje.
Padaku terlalu banyak angka kosong.
Mula2 aku agak confused.
2 ribu dengan 20 ribu pun silap.
Senyum aje cashier Dunkin Donut tengok aku.


2. Trafik.

Walaupun jalan2 raya tak sehebat di Malaysia,
walaupun sistem trafik nampak macam kelam-kabut,
perjalananku di sekitar Bandung adalah lancar.
Mereka punya sistem tersendiri.
Lampu merah tak semestinya berhenti.
Lampu hijau tak semestinya kau punya jalan.
Disimpang2 kena berhati2.
Tak semestinya kena tunggu yang kanan.
Tak semestinya yang kiri jalan dahulu.
" Siapa sampai dulu, dia jalan dulu "
Itu prinsipnya.
Kebanyakan kereta disini jenis baru2.
Toyota dan Honda paling banyak.
Tapi motosikal adalah raja di sini.
Kita kena hormat mereka.


3. Penjaga parkir.

Dimana2 sahaja tempat parkir,
me…

Aku dan Bandung Breakaway (Siri 6)

Imej
Selepas turun daripada Tangkuban Parahu,
aku dibawa ke Kampung Daun.
Satu tempat makan yang agak eksotik.
Tempat ni pun gila famous jugak.
Semua parawisata mesti dibawa ke sini.


Kampung Daun memang letaknya dikampung.
Jalan menuju ke sini berlubang2.
Rasa macam nak masuk ke kebun aje.
Tapi pintu gerbangnya cukup gah.
Begitu juga pintu masuknya.


Tempat ini memang meniru suasana kampung.
Ada pokok2 menghijau,
ada sungai dan air terjun,
ada wakaf dan gazebo.
Dan yang penting,
ada makanan pelbagai citarasa.


Semua pelawat kena mendaftar di kaunter pendaftaran.
Sementara menunggu tempat makan disiapkan,
bolehlah duduk2 bersidai atau berjalan2 sekitar taman.
Pada waktu puncak,
kena tunggu sangat lama sebelum dapat meja.
Bila meja dah siap,
nama akan dipanggil dan nombor pondok diberikan.


Bermacam2 jenis tempat makan boleh dipilih.
Berjenis2 pondok/gazebo/ruang santai boleh dipilih.
Kumpulan aku memilih untuk duduk bersila.
Dapat pondok paling jauh sekali di atas bukit.
Kami diberikan satu b…