Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

03 April 2013

Aku dan Bandung Breakaway (Siri 1)

Rabu 27 Mac.
Aku jadi follower dalam satu trip rombongan.
Kawan wife yang anjurkan.
Ini kali ketiga aku join group ini.
Jadi dah lali sangat dengan mereka.
Kali ini ada seramai 28 orang.
Kali ini selama 4 hari 3 malam.
Kali ini kena naik-turun bas.
Kali ini kena naik-turun pesawat.
Kali ini kena naik-turun van.
Kali ini kena lalu 3 negara.
Tapi memandangkan semuanya dah siap diatur,
driver dah disediakan,
tempat tidur dan diuruskan,
dan aku cuma kena ikut prosedur,
aku redah sahaja.


Jam 6.30 pagi,
aku mula memasuki Singapura.
Dan sekitar jam 8.00 pagi,
aku tiba di Changi International Airport.
Airport terbersih, tercantik dan paling sistematik pernah aku jumpa.
Sampaikan nak buang angin pun takut.
Tapi flight pun boleh delay jugak.


Pukul 10.50 pagi,
aku meninggalkan Singapura.
Dan tiba di Bandung kira2 2 jam kemudian.
Waktu di Bandung adalah awal sejam banding waktu Malaysia.
Kalau di Malaysia sudah pukul 5 petang,
di sini masih pukul 4 petang.
Tapi kedai2 dan pejabat2 sudah mula ditutup.
Pukul 6 pagi, matahari sudah terbit.
Pukul 6 petang, matahari sudah terbenam.


Ada flight yang turun di Jakarta.
Dan kena naik bas 3 jam ke Bandung.
Tapi flight aku terus mendarat di Bandung.
Di Airport Bandara Husein Sastranegara.
Sebuah airport kepunyaan tentera yang dikomersilkan.
Keadaannya biasa2 sahaja.
Rasanya stesen bas Kulai lagi cantik dan lebih besar daripada airport ini.
Bangunannya tidak bercat.
Lantai simennya berlumut.
Aircondnya tidak terasa sejuknya.


Diluar,
Pak Heri sudah menunggu dengan 3 van besar.
Cuaca mulai mendung dan redup.
Suhu sekitar 24-25 darjah.
Walaupun sana sini penuh dengan kenderaan,
walaupun sana sini penuh dengan umat manusia,
keadaannya masih terkawal.
Di dalam van,
aku duduk depan sebelah driver.
Mudah sikit nak bertanya soalan.
Juga memerhati persekitaran yang agak baru.


Perjalanan ke hotel hanya mengambil masa 15 minit.
Tapi kalau aku yang bawa kereta,
rasanya malam baru sampai.
Sebabnya?
Sistem jalanraya di Bandung agak aneh.
Sekali tengok nampak macam berserabut.
Lampu hijau tak semestinya boleh jalan.
Lampu merah tak semestinya kena berhenti.
Kalau disimpang empat,
sistemnya mudah.
Siapa sampai dulu,
dia yang jalan dulu.
Tak payah tunggu kiri kanan.


Aku tiba di hotel kira2 jam 2.45 petang.
Kedatangan kami memang dah dinantikan.
Dapat kunci aku terus masuk ke bilik.
Pagi tadi bangun pukul 3.30 pagi.
Dalam flight langsung tak boleh tidur.
Jadi inilah masanya untuk tidur sebentar.


Aku menginap di Hotel Hyper Inn.
Hotel bajet 3 bintang sahaja.
Rasanya hotel ni baru beberapa bulan beroperasi.
Jadi semuanya masih baru.
Tilamnya empuk.
Bantalnya gebu.
Tekanan airnya laju.
TVnya flat screen.
Padaku ini sudah memadai.
Sebab aku balik hotel untuk tidur sahaja.
Awal pagi dah pergi jalan dan malam baru balik.
Jadi tak perlulah hotel 4 atau 5 bintang.

4 ulasan:

  1. kalau jenis bercuti untuk berjalan2, memang tak perlukan hotel yang gah...melainkan kalau nak memerap dalam hotel je, harus la pertimbangkan hotel yang berbintang :)

    BalasPadam
  2. 6 ptg dah gelap sama spt sabah lar kan..?
    Erm..kalau camtu ler keadaannyer serupa tak payah ada traffic light lar kan..keadaan aiport nyer agak daif lar kan..bagi alynn bilik hotel tu dah lebih memadai..

    BalasPadam
  3. macam dewan sekolah je Bandara dia!!

    BalasPadam
  4. bus stand Kulai lagi cantik? hahahaha..

    Bandung ni mmg bersuhu sejuk ke bro ( suhu 24- 25 )?

    BalasPadam