Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

04 April 2013

Aku dan Bandung Breakaway (Siri 2)

Petang hari pertama di Bandung.
Aku memulakan penjelajahanku dengan mencari tempat makan.
Sebelum sampai ke kedai ini,
aku melalui jalan2 utama kota Bandung.
Untuk pertama kalinya.
Hebat.
Asyik.
Kagum.
Bukan dengan pembangunannya.
Tapi dengan gelagat warga Bandung.
Nanti aku cerita.
Perut tengah lapar kena cerita pasal makan dulu.


Ketua rombongan membawa aku mencuba Nasi Padang.
Dah beberapa kali dia ke sini.
Rasanya ramai orang Malaysia datang ke sini.
Sebab tabung derma bina masjid penuh dengan note RM.
Bila aku duduk sahaja dimeja,
lima belas jenis lauk dihidang di atas meja.
Ada telur, ada sotong, ada ayam, ada daging,
ada ikan, ada sambal, ada sayuran.
Semuanya nampak sedap.
Semuanya nampak menyelerakan.
Aku diberitahu,
setiap lauk yang di'cuit',
walaupun sedikit akan kena bayar.
Jadi aku pilih beberapa lauk sahaja.
Yang tak nak makan letak jauh2.
Kalau tidak confused tukang kira bil nanti.
Budaya di sini.
Air basuh tangan disediakan seorang satu mangkuk.
Air masak putih disediakan seorang segelas.
Gratis. Percuma.
Dan aku juga diberitahu,
kalau datang ke sini kena cuba jus buahnya.
Betul.
Jus buahnya tanpa gula dan kurang ais.
Memang terasa manis buahnya.
Bukannya manis rasa gula ataupun tawar rasa ais.


Ini pertama kali makan masakan Padang.
Warna lauk-pauknya nampak pudar.
Takda hiasan atau aksesori tambahan.
Tapi rasa rempah ratusnya out of this world.
Maklumlah daripada pagi tak makan.
Perjalanan lebih 500km.
Hujan turun renyai2 pulak tu.
Semuanya menjadi penyebab untuk makan banyak2.
Aku cuba Sate Padang mereka.
Rasanya pelik.
Dagingnya masin.
Kuah kari dituang diatasnya.


Bila dah kenyang,
aku pun dibawa masuk ke jalan bertol.
Lebuhraya menuju bandar/pekan Kopo.
Lokasi pertama untuk wanita membuat warm-up.


Ini tempatnya.
Satu rumah yang telah diubahsuai.
Menjadi gedung atau gudang menjual kain2 bersulam.
Takda langsung signboard.
Tapi van pelancong datang silih berganti.
Semuanya orang2 Malaysia.
Semuanya wanita.
Semuanya masuk dan tak keluar2.
Barang2 jualan disusun dilantai sahaja.
Kena rajin menyelak untuk memilih warna yang berkenan.
Sebab itu wanita masuk tak keluar2.
Susah nak memilih warna agaknya.
Harga barang2 dikedai ini adalah harga gudang.
Murah sangat untuk warga Malaysia.
Dan harganya tak boleh ditawar.
Bila nak membayar,
juruwang akan bertanya " Naik van yang mana? "
Seperti dijangka,
ada komisen untuk pemandu2 van rupanya.


Destinasi kedua menjelang malam.
Rumah Mode Factory Outlet.
Lebih kurang macam Johor Premium Outlet.
Masa aku sampai sudah malam.
Cuma ada sejam setengah sahaja sebelum kedai tutup.
Jadi tak banyak yang boleh aku buat.
Duduk2 aje kat kerusi sambil tengok ikan2 koi.
Aku sangat kagum dengan dekorasi dan landskapnya.
Pokok2 hijau, kayu2 jati, batu2 gunung berapi.
Ikan2 koinya sihat2.
Air kolamnya sangat jernih.
Bagaimana pula dengan barang2 yang dijual?
Sebagaimana JPO,
Rumah Mode pun untuk orang2 kaya-raya.
Kebanyakan barang berharga ratusan ribu rupiah.


Selepas membantu Pak Guard menutup pintu kedai,
aku dibawa ke Stone Cafe.
Tempat makan malam di puncak bukit Dago.
Tak jauh daripada Rumah Mode.
Restorannya sangat cantik.
Pelbagai jenis tempat duduk boleh dipilih.
Duduk dibalkoni,
Duduk bersila kat gazebo,
duduk gaya Jepun pun boleh.
Suhunya dingin macam di Cameron Highlands.
Tempat terbaik untuk candlelight dinner kalau hanya berdua.
Ada juga live band nyanyi lagu2 jazz.
Dan kota Bandung dapat dilihat dari puncak bukit.
Makanan di sini sangat pelbagai.
Selain masakan tempatan,
ada masakan Western juga Asian.
Food presentation mengkagumkan.
Macam Masterchef America.
Tapi rasa masakannya biasa2 sahaja.
Nasi Padang petang tadi lagi sedap.


Selepas mendengar beberapa lagu jazz,
aku pun balik ke hotel.
Kat sebelah-menyebelah hotel ada 'tempat riadah'.
Tempat massage pun ada kata Pak Heri.
Tapi duduk bilik lagi baik.
Tengok local channel.
Sesungguhnya orang Indonesia bangga dengan identiti mereka.
Semua channel menayangkan rancangan tempatan.
Filem Inggeris dialihbahasakan.
Heran juga aku,
mana drama2 sinetron mereka?
Pukul 11 malam waktu tempatan,
aku pun tertidur.
Pertama kali aku tidur diluar Malaysia.

8 ulasan:

  1. ramai para suami bersidai di luar kedai!!
    :)

    air sirap bandung ado?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itu bukan para suami.
      Itu pemandu2 van parawisata.

      tak ramai suami datang ke Bandung rasanya.

      p.s saya lupa nak order sirap bandung.

      Padam
  2. dr, satey tu dagingnya rasa pelik sebab tu daging kerbau :-) n lagi satu, kuah sate tu bukan kuah kari, tapi kuah tepung :-) sedap kan?..

    BalasPadam
    Balasan
    1. daging kerbau ke?
      saya rasa pelik sebab sate biasanya manis kan?
      ini sate masin.

      kuah tepung?
      padanlah tak berapa nak sedap...

      thanks for the info...

      Padam
  3. Sate kat Indon memang tak sedap.
    Tapi air jus, memang terbaik,pure punya perahan.
    Ada try makan ikan gurame kat Bandung?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ikan gurame= ikan tilapia.
      Kegemaran orang Indon.
      Saya tak suka tapi...

      Padam
  4. Suhu sejuk di waktu malam dan candle light dinner tu menggoda saya... Tapi food kurengg yer..? Hmmm...

    BalasPadam
  5. air jus memang terbaekkk kan, jus alpukat favourite aku....sure layan kalau ke sana!

    BalasPadam