Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

04 April 2013

Aku dan Bandung Breakaway (Siri 3)

Khamis 28 Mac.
Hari kedua di Bandung.
Program hari ini,
shopping sakan di Pasarbaru Trade Center.
"Sampai kedai tutup" kata ketua rombongan.
Lepas tu baru cerita pasal yang lain2.


Pasarbaru Trade Center.
Lebih kurang macam Pasar Payang di Kuala Terengganu.
Pusat jualan segala jenis barang.
Tempat dimana semua warga Bandung berkumpul.
Di luar bangunan,
segala jenis makanan basah dan kering ada dijual.
Di dalam bangunan setinggi 7 tingkat itu,
hampir setiap inci bangunan dipenuhi barang2 jualan.
Ada tingkat khas menjual kain dan tekstil,
ada tingkat khas menjual jeans dan barangan kulit,
ada tingkat khas menjual busana Muslim dan keperluan beribadat,
ada tingkat khas menjual kasut dan beg tangan.
Pendek kata,
rambang mata nak memilih.
Kalau disetiap tingkat ada 200 kedai,
setiap pekedai pasti menegur anda supaya singgah.
Berbuih mulut nak mengucapkan terima kasih.
Pembantu2 kedai di sini sangat2 ramah.
Jarang aku jumpa yang masam muka.


Warga Bandung memang gigih berniaga.
Kalau anda berjalan disatu lorong kedai,
pasti ada lelaki2 akan membantu anda.
Bercerita tentang produk2 dikedai tersebut.
Bila anda bergerak ke kedai sebelah,
dia pun cuba menjual barang dikedai sebelah jugak.
Mula2 aku berasa pelik.
Tapi akhirnya aku tahu,
rupa2nya dia pekerja freelance.
"Sekadar membantu" katanya.
Maksudnya dia makan komisen.
Kalau tuan kedai rasa murah hati,
dia bayarlah barang seribu dua rupiah.
Kalau tidak mereka pun tak kecik hati.


Suasana disetiap tingkat ibarat pasar malam.
Barang2 disusun sampai ke tempat laluan perjalanan.
Nak cari tangga pun susah nak jumpa.
Apatahlagi nak cari bilik air.
Aku setuju dengan Harith Iskander.
Wanita akan pergi kesemua kedai untuk membeli satu barang.
Semua barang kedai dibelek2nya.
Semua barang ditawar2 akan harganya.
Dah dapat sesuatu barang,
pasti akan cuba cari barang lain yang mungkin lebih murah dan lebih cantik.


Walaupun muka aku muka Jawa,
tapi di Bandung aku dikenali sebagai orang Malaysia.
Orang Malaysia cukup mendapat perhatian di sini.
Gangguan daripada peniaga2 jalanan menjengkelkan.
Gangguan daripada pemuzik2 jalanan menjengkelkan.
Gangguan daripada peminta2 sedekah menjengkelkan.
Tak semua orang Malaysia kaya2.
Tak semua orang Malaysia murah hati.
Dan kalau nak rasa jadi artis terkenal,
datanglah ke Bandung.
Turun bas aje dah ada yang menunggu.
Nak naik bas aje dah ada yang menahan.
Semua nak minta 'autograf'.
Semua nak suruh beli barangan mereka.
Semuanya merayu2 beli produk2 mereka.
Gila punya rimas.
Gila punya tension.


Ketika wife masih mengukur keluasan lantai Pasarbaru ini,
aku dah duduk2 sambil termangu2 di Lantai 6.
Di sini sangat kurang kedai2 buku, kedai2 DVD,
kedai2 jual aksesori handphone.
Nasib baik di Lantai 6 ada satu Video Arcade.
Habis semua games aku main.
Lumba kereta, lumba superbike, tembak2 Alien,
malah karaoke lagu2 Indon pun aku bantai sekali.
Satu kupon cuma Rp1250 = 40 sen.

Masuk waktu makan tengahari,
aku pun lalu diruang makan.
Belum apa2,
dah berkerumun wakil penjual suruh order makanan mereka.
Dahlah menu susah nak sebut,
nak order pun tak tahu mana yang sedap.
Selepas lebih 10 kali berpusing2 sambil mencari wife,
akhirnya aku pilih satu gerai masakan Sunda.
Nasi Ayam Penyet dan Air Kelapa.
Tak sia2 aku pusing 10 kali.
Makanannya adalah yang terbaik sepanjang aku di Bandung.


Aku sebenarnya seronok berada di Pasarbaru.
Walaupun aku tak membeli apa2,
banyak yang aku dapat perhatikan.
Warga Bandung sememangnya rajin bekerja.
Sedang kita berjalan2 pasti ada yang menyapa.
Sedang kita berjalan2 pasti ada yang bertanya.
Kuih-muih, air2 minuman semuanya boleh dijual secara mobile.
Ada yang mengusung dulang menjual kuih.
Ada yang menarik peti menjual air2 botol.

Pasarbaru walaupun sesak dengan manusia,
persekitarannya agak bersih.
Walaupun tiada larangan merokok,
dan ada yang merokok sambil berniaga,
udara didalamnya bersih dan nyaman.
Bilik airnya pun sama.
Luas dan tidak berbau hancing.
Juga tiada bangsat yang menghisap rokok di bilik air.
Masjid terdapat di tingkat paling atas.
Luas seluas2nya.
Ramai yang aku lihat berehat2 sambil berborak2.
Ramai juga lelaki sepertiku.
Yang kehilangan isteri.


Barang2 disini kebanyakannya adalah buatan tempatan.
Berbanding dengan produk2 negeri China,
barangan buatan Indonesia lebih halus dan bermutu.
Harga2nya pun boleh tahan murah dan masih boleh ditawar.

Pukul 4 waktu tempatan.
Akhirnya aku berjaya keluar daripada Pasarbaru.
Kemana selepas ini?



12 ulasan:

  1. Pasarbaru syurga membeli belah..member pergi melalui agent pun ckp mcm tak cukup masa..tak sempat nak tawaf satu building..haha

    BalasPadam
  2. Salam,

    I've been readin ur blorg for quite awhile n currently based in jkt. Ade plan gerak jkt ke? Leh meet up.

    Ps: shoppin telekung kat tanah abg is much cheaper hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam kenal.
      Saya tak ke Jakarta.
      Lain kali maybe...

      Padam
  3. ada yang pergi bandung just untuk shopping. pergi flight pagi.. balik petang

    BalasPadam
  4. catatan ini membuat sy rindukan Bandung lebih2 lagi Pasar Baru :-)))

    BalasPadam
  5. Tang dikerumuni penjual tu yang saya tak suka bila gi Indon..rimas.

    BalasPadam
  6. Di Pasar Baru ni , pB pun kena 'pow' jugak ...

    BalasPadam
  7. Saya baruuu nak tanya pasal toilet. Nasib baik Doc ada ceritakan.

    BalasPadam
  8. hahahha suka phrase suami yang kehilangan isteri kakakakkakakakakkaka

    BalasPadam

  9. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi kami di:

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Kami memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati di Indonesia. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour dan Bali Muslim Tour.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.

    BalasPadam
  10. Jom...jom...
    Cuti cuti Bandung with family
    And get our amazing tour package for 4 Days 3 Night..
    ▪ 4 pax price about 940K/94sgd/284RM

    ▪ 5 Pax Price about 870K/87sgd/264 RM

    ▪ 6 Pax price about 820K/82Sgd/246 RM

    ▪7 Pax price about 785K/78.5Sgd/238 RM
    πŸ‘ πŸ‘“πŸ‘žπŸ‘ŸπŸ‘’πŸ‘—πŸ‘œπŸ‘’πŸ’°

    Note : Package included
    ▪ Daily transport included driver, fuel, tol, parking, driver meals
    ▪ New car with 7 seater, full Aircon
    ▪ Daily mineral water
    ▪ Breakfast daily from hotel
    ▪ Daily tour (as costumer request)
    ▪ Hotel 3 star with 2 person inside
    ▪ Airport pickup and drop
    ▪ Tax and service
    Hotel choice 🏀🏣🏒
    ▪ Tebu hotel ( riau street )
    ▪ Fave braga (inside shoping mall)
    ▪ Kembang hotel (cihampelas jeans street, cihampelas walk shoping mall )
    ▪ Citra dream hotel (walking distance to pasar baru)
    ▪ Dbest hotel pasar baru (with pool)

    More detail you can contact us
    Primera Trans Bandung
    Whatsapp : +6285 318 49 0001
    Gmail : primeratrans@gmail.com
    Path : Primera trans
    Facebook : Primera Trans Bandung

    Happy holiday allπŸŽΆπŸŽ΅πŸ“πŸ“πŸŽ‰

    BalasPadam