Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

06 April 2013

Aku dan Bandung Breakaway (Siri 4)

Selepas meninggalkan Pasarbaru,
aku pun dibawa ke Jalan Dago.
Menyambung window shopping.
Jalan Dago memang lokasi favorite untuk warga Malaysia.
Menjadi kemestian kalau datang ke Bandung.
Banyak deretan kedai2 factory outlets disepanjang jalan ini.
Kedai2nya unik.
Banglo2 lama peninggalan Belanda yang diubahsuai.
Tiada satupun bangunan yang sama designnya.


Aku diberitahu,
barang2 yang dijual di sini 'hampir' original.
Sisa ekspot bermaksud barang2 branded.
Tetapi kualitinya tak mencapai spesifikasi international.
Jadi barang2 ini dijual di sini.
Barang2 berjenama mewah semua ada di sini.
Kasut, handbag, barangan kulit,
jeans, pakaian, barangan kanak2.
Pilih sahaja.


Kedai2 disini sungguh cantik.
Luar dan dalam.
Landskapnya pun dijaga rapi.
Cuaca pun redup dan dingin.
Langsung takda rasa peluh melekit dibadan.
Cuma rimas sedikit dengan penjaja2 jalanan.
Sibuk mengekori untuk mempromosi barang2 mereka.


Aku tak beli apa2 disini.
Nak masuk kedai pun takda mood.
Jadi aku ambil gambar luaran sahaja.
Sambil melihat gelagat manusia sekeliling.


Tak ramai pelancong asing di sini.
Rata2 muka orang2 Malaysia.
Juga muka warga2 Indonesia yang seperti dalam Astrobella.
Yang lain2nya adalah penjaja2 jalanan.
Yang langsung tak jemu menjaja barangan mereka.
Pantang ada van parawisata berhenti.
Dikerumuninya mereka sampai bila2.
Selagi barang tak laku,
selagi wang tak bertukar tangan,
selagi van tak bergerak,
selagi itu mereka gigih berniaga.


Kota Bandung memang kota membeli-belah.
Nasib baik aku tinggalkan kad kredit dirumah.
Nasib baik aku tak bawak cash banyak.
Nasib baik aku bukan artis.
Nasib baik aku bukan anak ahli politik.
Kalau tidak habis semua barang aku beli.
Harga barangan memang murah.
Jauh lebih murah banding di JPO.
Jauh lebih bermutu banding di JPO.
Jauh lebih variasi dan terkini banding di JPO.

Waktu Maghrib pun aku masih di sini.
Tak tahulah apa yang nak dibeli lagi.
Kaki dah kejang.
Perut dah lapar.
Badan dah penat.
Sebelum makan malam,
aku dibawa kesebuah lagi gedung.
Toko Tiga namanya.
3 kedai sederet disatukan menjadi satu kedai besar.
Menjual jeans original pada harga murah.
Memang murah banding di Malaysia.
Berhelai2 orang kita membeli.
Tetapi aku hanya menonton sahaja.


Pukul 10 malam waktu tempatan.
Akhirnya aku sampai ke bilik hotel.
Esok nak sambung berjalan lagi.
Pengsan.

9 ulasan:

  1. Jeans yg murah tu agak2 kalau duit malaysia berapa ye?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masih seratus lebih jugak.
      Tapi kurang antara 50-70 ringgit sehelai
      Jika beli di sini.

      Padam
  2. teringat kat Toko tiga ada satu kedai sampai wak nk balik pon x jumpe.. uhhuUU,, nak tau kedai ape? harhar2 - kedai jual poskad bandung!! pak supir pon x tau kat mane..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kedai jual lukisan saya jumpa.
      Kedai poskad langsung tak nampak.

      Padam
  3. Kalau siap duit berkepuk2 mmg puas hati lar kan g bandung..kalau saya mmg kena bwk duit cukup jew lar takot nanti dah sampai cukup bulan makan maggi haha
    .

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak payah berkepuk2.
      Bawa seribu ringgit dah jadi jutawan di sini.
      Tapi kena ada kawalan diri.
      Kalau tidak semua benda nak beli...

      Padam
  4. Kalau saya ada duit banyak pun, mungkin saya tak shopping sangat kot. Saya tak pandai shopping sebenarnya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kena berkawan dengan wife.
      Dia pandai tawar-menawar harga.
      kalau saya shopping dengan dia,
      terkejut tengok dia tawar harga.

      Padam
  5. syurga shopping kan bandung nih......wife sure suka kan!

    BalasPadam