Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

06 April 2013

Aku dan Bandung Breakaway (Siri 5)

Hari Jumaat.
Hari ketiga di Bandung.
Hari ini tak pergi shopping.
Hari ini aku tak nak buang duit.
Duit dah habis.


Sebelum sampai ke Bandung aku dah diberitahu.
Tempat ini telah ditutup lebih sebulan.
Ada aktiviti letusan gunung berapi.
Tak selamat untuk dikunjungi.
Tapi nasib aku agak baik.
Tempat ini dah dibuka semula untuk kunjungan.
Jadi pagi2 lagi aku dah naik van.
Satu jam perjalanan daripada hotel penginapan.


Jalan menuju ke Tangkuban Parahu agak selesa.
Melalui pekan2 kecil, kampung2 juga kebun2.
Pemandangannya menarik.
Walaupun jalan agak sesak,
perjalanannya lancar.
Semakin menghampiri gunung,
semakin hijau pemandangannya,
semakin dingin suhunya,
semakin bersih udaranya.


Deretan pokok2 pain menyambut kedatanganku.
Pokok2 teh juga kelihatan menghijau dipintu masuk..
Pengunjung dikenakan bayaran Rp50 ribu seorang.
Dikira berbaloi dengan pengalaman yang aku akan dapat.


Tangkuban Parahu.
Perahu yang terbalik.
Mitos ceritanya korang carilah sendiri.
Tapi ianya adalah kawah gunung berapi.
Ianya pernah meletus beberapa kali.
Dan kini menjadi pusat tarikan pelancong bila ke Bandung.


Apa ada di sini?
Kawah gunung berapilah apa lagi?
Keluasan dan kedalamannya susah nak ukur.
Lebih 2km kot panjangnya.


Disebabkan ini pusat tarikan pelancong,
kawasan ini dipenuhi dengan penjaja2 jalanan.
Pelancong dan peniaga sama ramainya.
Macam2 benda dijual disini.
Sebelum sampai Pak Heri dah berpesan,
jangan beli barang2 yang dijual di sini.
Harganya harga cekik leher.
Kalau nak beli pun tawar separuh harga.
Pesan dia lagi.
Jangan mudah simpati.
Jangan menunjukkan minat.
Jangan bertanya harga.


Suhu di sini dingin sekali.
Sekitar 20 darjah lebih kurang.
Sesekali kabus datang berlalu.
Terasa macam berada di puncak dunia.


Macam2 barang jualan ada dijual di sini.
Deretan kedai2 tak terkira jumlahnya.
Aku dan anak2 mencuba pisang goreng dan jagung bakar.
Wife pula mencuba makan Bakso.
Memang terbaik waktu sejuk2 begini.
Tapi memberi pengajaran sepanjang hayat.
Nanti aku cerita.


Berpusing2 aku berjalan2 sekitar kawasan ini.
Walaupun rimas diganggu para penjual,
aku buat bodoh aje.
Ada seorang mamat jual tasbih batu gunung.
Mengekori aku sejak turun van lagi.
Sibuk pulak mengajar aku camna nak compose photo aku.
Sambil tu dia sibuk suruh beli tasbih dia.
Sepuluh kali aku kat tak nak,
sepuluh kali juga dia memujuk aku.
Last2 aku naik angin.
Barulah dia beredar.
Dia kata dah lama tunggu aku.
Tapi siapa yang suruh tunggu?


Tangkuban Parahu.
Tempat untuk mencari ketenangan.
Tempat untuk rasa kebesaran ciptaan Tuhan.
Tempat untuk honeymoon pun OK jugak.
Tapi harrassment daripada para penjaja agak melampau.
Sepatutnya kehadiran mereka dihadkan.
Pergerakan mereka dibataskan.


Pukul 11.30 pagi WIB.
Aku meninggalkan Tangkuban Parahu.
Dah puas dah.
Dah boleh bersiap untuk balik.





10 ulasan:

  1. saya cukup teruja tengok tangkuban perahu ni....walaupun bukan dengan mata sendiri..... :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kena pergi dan saksikan sendiri.

      Padam
  2. Mmg best kt sana doc.. dingin jek tempatnyer.. tp itu la mengenangkan penjaja yg hazab sngt kt sana.. erkkk.. kita nak bergambar pun jd rimas.. tp org jual2 makan kt sana saya tak berani nak cuba sbb takut sakit perut... kwn saya dah pesan berkali2 supaya jng beli apa2 pun makanan kt sana.. hehe.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya tahan juga tak nak makan.
      Tapi tengok pisang tanduk goreng sebijik2 tak boleh tahan.
      Lepas tu jagung bakar.
      Pergh...

      Padam
  3. masa pergi tahun lepas , sampai di sana awal.
    tiada lagi kedai yang dibuka.
    Tapi , penjaja yang mengekori , masyaallah ....
    Allah sahaja yang tahu betapa rimasnya ...

    Namun , dalam keras keras hati , pB terkena juga ...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pak Heri dah pesan.
      Jadi,
      Saya keraskan hati.
      Jangan mudah kasihan.
      Jangan mudah terpedaya.

      Saya tak beli apa2 di sini.

      Padam
  4. tu la ujan abu belerang dinegeri orang, baek lagi negeri sendiri abg doc kanns.,ehHHee

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bagus betul perumpamaan ini.
      Boleh masuk kamus Wak!

      Padam
  5. belom pernah sampai lagi sini...teringin nak pergi, bilalah ada rezeki, memanjang ke sana kerja kerja kerja koh koh koh

    BalasPadam

  6. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.


    BalasPadam