Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

08 April 2013

Aku dan Bandung Breakaway (Siri 6)

Selepas turun daripada Tangkuban Parahu,
aku dibawa ke Kampung Daun.
Satu tempat makan yang agak eksotik.
Tempat ni pun gila famous jugak.
Semua parawisata mesti dibawa ke sini.


Kampung Daun memang letaknya dikampung.
Jalan menuju ke sini berlubang2.
Rasa macam nak masuk ke kebun aje.
Tapi pintu gerbangnya cukup gah.
Begitu juga pintu masuknya.


Tempat ini memang meniru suasana kampung.
Ada pokok2 menghijau,
ada sungai dan air terjun,
ada wakaf dan gazebo.
Dan yang penting,
ada makanan pelbagai citarasa.


Semua pelawat kena mendaftar di kaunter pendaftaran.
Sementara menunggu tempat makan disiapkan,
bolehlah duduk2 bersidai atau berjalan2 sekitar taman.
Pada waktu puncak,
kena tunggu sangat lama sebelum dapat meja.
Bila meja dah siap,
nama akan dipanggil dan nombor pondok diberikan.


Bermacam2 jenis tempat makan boleh dipilih.
Berjenis2 pondok/gazebo/ruang santai boleh dipilih.
Kumpulan aku memilih untuk duduk bersila.
Dapat pondok paling jauh sekali di atas bukit.
Kami diberikan satu borang pesanan makanan.
Cuma tick nak makan/minum apa.
Bila sudah siap membuat pesanan,
ketuklah 'ketuk' yang disediakan.
Pelayan akan datang untuk mengambil pesanan.
Lepas itu tunggulah lagi 1/2 jam sebelum makanan sampai.
Sementara itu berborak2lah.
Sambil dengar aliran air mengalir,
juga burung2 berkicau di atas pokok.
Memang terbaik untuk merehatkan minda.


Selepas lebih 1/2 jam makanan pun sampai.
Presentation boleh tahan.
Rasa masakan boleh tahan.
Harganya pun boleh tahan.
Tak semahal kalau di Malaysia.

Pukul 4 petang WIB.
Aku beredar menuju destinasi berikutnya.
Ada van yang ke Toko Tiga.
Ada van yang balik ke hotel.
Ada juga yang kembali ke Pasarbaru.


Malam itu aku makan malam di satu lagi restoran.
Kedai Belacan namanya.
Ramai orang Malaysia aku jumpa di sini.
Orang Kalimantan pun ada.
Restorannya bersih.
Bilik airnya bersih.
Suraunya pun bersih.
Tapi takku sangka,
cempedak dah jadi nangka.

Pada malam itu...



5 ulasan:

  1. eh, tergantung ceritanya......
    **macam tengok slot akasia**

    BalasPadam
  2. Ishhh...banyak sungguh saspennya trip Doc kali ini...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Satu pengakhiran yang dramatik.
      Tunggu siri 8.

      Padam
  3. haaa satu tau kesudahannya sebab saya baca dari entry terbaru ke entry paling lama kakakakakkakakakakkaka

    BalasPadam